Friday, February 28, 2014

Mak terlampau-lampau lalainya

Salam.

Kesibukan saya terlampau sampai saya lupa birthday anak manja saya Nur Wardah pada 16 years old. Anak kesayangan saya dah remaja, moga anak manja saya terus membesar dgn baik, berjaya di akhirat & dunia. Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa besarnya kasih sayang saya kepada anak ini. Satu-satunya anak perempuan saya yang saya nama kan Nur Wardah sempena nama sahabat saya di kampus dulu. Pelajar jurusan Al-Quran, cantik, lembut dan baik orangnya. Cahaya Mawar Merah saya membesar dengan sihat dan membahagiakan saya dan keluarga.

Akhir-akhir ini, saya sibuk sangat dengan pekerjaan yang tiada hentinya, outstation, seminar & berbagai agenda kerja  .... tanpa saya sedar 20 Januari 2014 dah berlalu. Patutlah Wardah tanya saya bulan lepas, 20 hb saya ke mana? Jawab saya, saya sebuk sangat dengan conferences & pelbagai. Ya Allah, saya lupa anak saya dah besar rupanya, maafkan mak sayang. Mesti sayang sedih sebab mak lupa tarikh saya lahir. Bila saya kata "Sorry, baby mak lupa". Wardah kata "tak apa, adel tahu mak sebuk". Tapi hati saya sangat terkilan.

Sebuk semula dgn kerja, hilang ingatn lagi tentang manja saya. Tiba-tiba Amjad tanya "Eh, kenapa bedy tatak wardah mcm tak beday?'...
Adek yang sangat sayang Tatak Wadah

Doa saya setiap hari...

Ya Allah yang Tuhanku,
Sesungguhnya hambamu ini insan yang paling hina di sisiMU,
Ya Allah yang Tuhanku,
Sesungguhnya Nur Wardah adalah anugerah yang paling Indah dan Sempurna
Sesungguhnya Nur Wardah bawa cahaya kepada kami sekeluarga,
Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Ya Allah,
Kurniakan Nur Wardah segala rezeki yang halal dan terbaik,
Kurniakan Nur Wardah ilmu yang membina dunia dan akhirat,
Kurniakan Nur Wardah kesihatan yang baik di duniamu ini,
Kurniakan Nur Wardah iman yang kukuh sepanjang hayatnya,

Ya Allah,
Saya ampunkan semua dosa-dosa anak perempuan saya yang bernama Nur Wardah,
Saya halalkan segala yang saya berikan kepada Nur Wardah,
Ya Allah,
Kekalkan kebahagiaan kami sehingga ke Jannah MU Ya Allah,
Kurniakan kesenangan di dunia hingga  akhirat MU Ya Allah,
Kurniakan kami kesenangan dari dunia hingga akhirat kamu Ya Allah.

AMEEEN
HADIAH HAPPY BELATED BIRTHDAY MY SOUL




My soul...
.
My heart & my soul

Doakan kami....Terima kasih.