Tuesday, November 6, 2012

Sumur

Salam Selasa.

Kenapa tajuk hari ini sumur? Ianya datang dari perbualan saya dengan anak saya Wardah. Peperiksaan SPM yang bermula semalam, mendebarkan semua ibu2 (biasanya ibu yg lebih rapat dgn anak2) dan bapa2 yang anak2 mereka menjadi calun SPM. Along terserempak dgn guru kimianya di kedai buku dan bersalaman kerana mungkin lepas ini mereka tidak berjumpa lagi. Tiba2 dalam kereta Mak Andak berpantun kepada Along:-

Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi.

Along bertanya kepada Wardah, Adek tahu apa sumur?
Jawab Wardah dengan selamba " perigi".
Kata Along: Adek, salah jawapannya telaga, tapi betul2, jawapannya perigi. Dek ...apa beza perigi dengan telaga?
Jawab Wardah "entah"

Definisi perigi seperti di bawah, lubang yang digali bagi mendapatkan mata air di bawah tanah.


Definisi telaga adalah perigi yang digali dan diletakkan kolong (simen bulat) bagi memudahkan proses mengambil air dan kurang bahaya.


Kata Wardah : Along nikan timba mencari perigi
Jawab Along : Salah, Along bukan perempuan, maksud peribahasa tu perempuan yang meminang lelaki
Kata Mak Ndak : Kan Ain tu dah hantar SMS maksudnya dia pinang Along lah tu.
Jawab Along : Mak Ndah apesal? dari perigi ke budak tu pulak. Tak sukalah...
Kata Wardah :  Ain tu macam perigilah kannnnnn....Longggg....
Kata Along : Suka hati dialah nak jadi apapun, Along tak kesah, tak nak ambil tahupun.

Tuan2 dan Puan2, gossip Along & Ain bermula bila Ain telah menghantar hadiah dengan pos laju sempena hari jadi Along yang ke 17. Sebuah handphone nokia yg dalamnya dah disetkan nombor telefon dia sendiri.... Along sangat marah dan malu, Saya minta Along pulangkan dengan baik sebab harganya yang mahal dan dan Along tidak memerlukannya sebab Alongpun ada handphone sendiri. Pesan saya pada Along, baik2 jaga diri dan jangan terpengaruh dengn cinta2 monyet dulu. Yang penting cari ilmu untuk masa depan dan belajar lengkapkan tuntutan agama.

Untuk anak2 gadis remaja, jangan terlalu murah hati dengan membeli barang2 berjenama untuk lelaki yang anda minati, sayangi diri anda yang masih remaja, penuhi kehidupan dengan aktiviti yang positif sebab yang hamil di luar ikatan perkahwinan itu adalah gadis MELAYU, yang banyak membuang bayi adalah gadis MELAYU, yang keciciran di sekolah juga orang MELAYU. Nasihat ini untuk anak2 gadis MELAYU termasuk Nur Wardah anak perempuan kesayangan saya, jauhilah sikap2 negatif seperti ini dan untuk anak2 lelaki MELAYU pulak jangan ambil kesempatan atas kelemahan gadis2 ini. Bertanggungjawablah kepada gadis2 bangsa anda sendiri....Wallahuallam.