Monday, December 15, 2014

Makin Rasa Saya Dah Tua

Salam semua.
Tiba-tiba terasa nak berkongsi dengan semua apa yang ada dalam fikiran saya. Ini separuh dari wajah makhluk Allah yang sangat saya senangi. Kat Hotel, tunggu meeting, tak ada kerja duduk melanguk tiba-tiba terlibat seorang remaja yang sebaya dengan anak manja saya ini. Rasa macam Wardah ada sama dengan saya, MasyaAllah dah besar dia rupa-rupanya, dah nak masuk U pulak dua tahun lagi. Tahun depan SPM dah Wardah. Anak dara saya dah sweet 17 tapi ada beberapa perkara membuatkan saya terasa sangat tua,
1. Dia dah pandai masak sendiri (tak perlukan saya lagi)
Sekarang Wardah dah pandai masak yang senang2 & makanan yang dia suka, karipap inti ikan, nasi goreng & sekodok bawang. Boleh lah saya tumpang makan, Alhamdulillah syukur pada Allah.
 Dalam syukur ada rasa sayu saya, Ya Allah terasa lagi semakin kurang pergantungan dia pada saya. Adakalanya walaupun saya dah masak dia minta izin untuk masak sendiri mengikut citarasa dia.Mungkin ibu-ibu faham perasaan saya, rasa jauh dari kesayangan saya yang dah makin menginjak usia dewasa,
Dalam dada ada sebak juga, andai saya tiada nanti dia boleh berdikari tetapi selalu saya bergurau dengan dia, saya sayang dia macam dia baby lagi. Bagi saya dia dengan Along tetap baby saya dunia & akhirat. Tetap manja bak kata Along hari ini bahawa saya adalah mak yang mengongkong bila bercakap tetntang kawan universitinya yang boleh kemana2 tanpa beritahu ibunya dan ibu meletak sepenuh kepercayaan pada kawan baiknya. Kalau kawannya 3 hari tidak balik rumah baru ibunya cari. Jujur saya jawapan saya " Mak tak akan buat macam tu sebab dalam masa 3 hari macam-macam boleh jadi, Mak rasa biar mak menangis dulu dari mak menangis kemudian".
2. Sikap matang Wardah
Baru-baru ini ada seorang kawan saya mintak tolong saya cari kerja di bank-bank di area KL. Kawan saya seorang Mak Nyah pekerja yang baik dan sangat cantik.  Kadang-kadang Wardah bercerita dengan saya tentang kawan2 dia, kawan2 saya dan dia berkata pada saya " Mak, Kak Cam tu mak nyah pun tapi dia baik sangat. Dia sayang mak ayah dia, dia tak susahkan mak ayah sendiri & orang lain. Mak cakaplah pada kawan2 mak tolong dia," Kadang2 bila ada kawan-kawan PLHIV saya bermasalah dia tanya saya "Mak boleh tolong adek jual lukisan adek? Nanti adek share lah kalau lukisan tu laku RM 10, RM5 adek ambik, baki mak kumpul tolong kawan-kawan mak?'. Syukur Allah buka hatinya melihat manusia yang bernasib malang dengan hati yang luhur dan bersih. Dalam hati, bukan mak tak nak tolong jualkan tapi mak taktahu nak jual di mana. Wardah juga selalu bertanya pada saya "Uncle Najmi tu dapat sabar dengan macam2 kerenah orang kan mak? Kalau Adek mesti sekali-sekala Adek marah jugak. Agaknya sebab Uncle Najmi buat blog tu kerana Allah, Adek nak sangat jumpa dia tapi dia tak nak jumpa kita. Adek doa kita boleh jumpa dia kat syurga nanti".
3. Sikap penyayang Wardah
Dia sangat bersimpati pada kucing2 terbuang & rumah kami tempat lunch & dinner kucing2 tersebut yang selalu datang 5 ekor yang dia bagi nama Hitam Besar, Hitam Kecik, Putih, Comot & Sore Kuat.
Tetamu yang datang tak pernah diundang, pulangnya tak pernah dihalau. Tuan2 jangan anggap saya berbangga teta[i saya adalah ibu yang bercerita kisah anak2 saja. Moga 2015 yang akan tiba membawa rahmat kepada kita semua.

Tuesday, October 28, 2014

Hari Libur Mak Ndak

Salam.
Akhir2 ini mak ndak semakin ketara mempunyai hari liburnya sendiri dgn caranya sendiri. Kami hanya hantar ke mana dia nak berlibur. Kami faham sunyinya mak ndak dari hari Isnin sampai Jumaat. Sejak Along keluar rumah belajar di U ketara betul perubahan dari segi fizikal.
Hari ini dia minta saya hantar dia ke  Econsave. Seperti biasa kalau tak Along pasti Wardah jadi escort. Masing2 sedar peranan mak ndak dlm hidup mereka. Nasihat saya pada anak2saya, sayangi mak ndak & jaga kebajikan mak ndak sampai bila2. Hari Sabtu & Ahad memang saya khaskan untuk hari Libur Mak Ndak samada ke Pasar Seksyen 6 atau Pasar Seksyen 16.
Mak Ndak menunggu waktu solat Asar, Wardah baca buku untuk exam, Oli baring sebelah Mak Ndak dan yang lain diatas berehat. Lepas Asar Wardah naik dan beritahu saya "Mak, Mak Ndak ngan Adek nak pergi econsave.

 Di Econsave Mak Ndak mencari buah-buahan untuk dia, Wardah & Along. Antara sayur yang wajib dia beli Brocolli, Salad, Daun bawang, terung mini, cendawan dan petai (kalau ada) kerana itu semua makanan kegemaran anak Manja dia. Wardah pergi timbang dia tunggu troli sebab Mak Ndak lambat berjalan.
      
Selain dari itu dia akan cari Dim Sum, Rori Prata Kawanku & Jejari ayam khas untuk Along walaupun Along tak de di rumah, kalau ditegur dia akan jawab Khamis nanti Along balik boleh makan tapi bila Along balik mereka akan ke Wong Solo, seksyen 7, Pak Su Seksyen 16, Kedai Soto Seksyen 8 & balik happening mereka cari satay Samuri sampai ke Kajang.

Sedia membayar untuk pulang dan Bodyguard yang kirakan duit Mak Ndak. Kadang2 saya rasa Mak Ndak abdikan diri hanya untuk dua beradek ini semata-mata. Dari lahir sampai besar, Mak Ndak jaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. Selain dari bosan dengan pergerakan yang terhad, Mak Ndak juga sentiasa perlukan mereka berdua untuk melakukan aktiviti hariannya. Kesian Mak Ndak tapi itulah kuasa Allah kalau dulu Mak Ndak dukung Hulk Hogan saya kehulu dan ke hilir tapi kini Hulk Hogan saya yang bawak & pimpin Mak Ndak kemana-mana.

 Mak Ndak perlukan anak2 saya sepenuhnya dalam kegiatan harian. Ke Pasar Along yang bawak barang, pergi makan Wardah yang uruskan air dan makanan Mak Ndak, semuanya mereka berdua sebab kalau tak ada mereka sapa lagi yang Mak Ndak ada. Kalau di kampung sepupu2 Wardah turut bantu Mak Ndak sama seperti Along & Wardah so duty mereka terhenti sekejap. Dari Malam hingga Senja, Wardah sentiasa bersama Mak Ndak & saya dapat rasakan perasaan Mak Ndak bila tahun depan Wardah habis sekolah, betapa sunyinya Mak Ndak. Kata Mak Ndak "Adek, tak payah belajar jauh2 sebab Mak Ndak risau kat Adek" bukan risau tapi terlampau sayang sebenarnya.
 Berjalan ke kereta terdengkut2, tapi elok untuk lutut Mak Ndak dan saya cadangkan Mak Ndak Ambil terapi di klinik api Wardah pulak yang selaju2nya mengaku dia pun nak pergi terapi. Hari-hari Mak Ndak tinggal dengan Oli dan Oli dan ambil alih kerusi plastik sembahyang Mak Ndak & nampaknya saya terpaksa beli kerusi baru untuk Mak Ndak sebab nak pukul kucing menangkan Mak Ndak pun tak boleh, kesian pulak pada Oli.
Moga Mak Ndak sentiasa berada dalam baragoh Allah begitu juga dengan keluarga kami. Wardah dgn Mak Ndak tak sabar tunggu JDT lawan Tok Gajah & Wardah dah beli toy gajah untuk Oli peluk tidur. Gud Luck Charm katanya. Itulah kisah Mak Ndak & anak-anak saya.

Tuesday, October 7, 2014

Kalau saya masih tidak bersyukur....

Salam Selasa dan masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Hari ini 7 hb Oktober 1995 tepat pukul 1:01 saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberikan Nama Muhammad Iqbal. Anak lelaki yang sihat, comel dan cergas. Anak lelaki yang membesar dengan sihat dan Allah permudahkan segala rezekinya, Alhamdulillah.
Ya Allah, kenapa saya mesti sujud lebih lama padamu,
Pertamanya Ya Allah,
Kau kurniakan anak seorang zuriat,
Kau kurniakan anak yang sempurna sifatnya,
Kau anugerahkan anak yang baik rupa parasnya.

Along anak lelaki kesayangan mak, 
jadilah sebuah rumah yang kukuh, 
Buat ahli keluarga berlindung dari panas dan hujan,
Dari ribut dan angin kencang,
Sebab Along adalah anak lelaki kesayangan mak adalah anak yang kuat.
Bina rumah tersebut di atas jalan yang lurus,
Bina rumah Along dengan berimamkan Along,
Berjemaah adek2 dan mereka yang Along mesti lindungi,
Bina tiang rumah Along dengan solat 5 waktu,
Beratapkan zikir pada Allah,
Beralangkan rukun Islam & rukun Iman.
Along jadilah benih yang baik,
Walau tercampak kemanapun ianya akan tumbuh jadi pokok yang baik,
Begitu juga zuriat kita yang seterusnya,
Moga benih2 ini akan tumbuh menjadi pokok rendang yang cantik,
Menyejukkan insan lain untuk berteduh,
Kerana mak yakin hati seorang insan yang mak lahirkan adalah hati yang subur dengan belas ehsan.


 Mak sangat-sangat rindukan masa comel Along, Mak boleh buli, cium dan gomol sesuka hati. Along hari ni mak nak cubit perut fikir sepuluh kali, bila berdiri mak hanya sampai ketiak Along dan Along selalu ketawa geli hati tapi Along tetap anak yang berbudi.
 Along tetap anak saudara kesayangan semua, Along tak malu tunggang motor kapcai Ayah De kesana kemari, teman Mak Ndak kepasar atau kemana2. Sayangnya mereka pada Along tak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana itu Along mesti jaga diri.
Along, bodohlah emak sebagai seorang ibu tidak pandai menilai kasih seorang anak lelaki seperti Along.
Along, jahillah emak sebagai seorang ibu tidak tahu menghargai anugerah dan rezeki Allah yang tiada ternilai ini.
Along, sesungguhnya 19 tahun bersama Along, setiap saat mak syukuri,
Mak sujud syukur atas pemberian Ilahi, seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Iqbal yang walaupun garang suaranya tapi sungguh mulia hatinya.
Ya Allah, aku sebagai ibu yang mengandung, melahirkan serta membesarkan anak ini mengampunkan segala dosanya dari saat dalam kandungan sampai bila2 serta temukanlah kami nanti di JannahMU, Ya Allah kerana anak lelaki ini adalah anak lelaki yang sentiasa berbakti kepada aku ibunya, dia anak yang taat pada orang tuanya, Aku mohon padaMU Ya Allah, peliharalah iman anak lelakiku ini, permudahkan segala urusannya diduniaMU ini dan juga diakhiratMU nanti. Ya Allah sesungguhnya padaMU aku serahkan segala urusan anak lelaki kesayanganku ini, semoga dia menjadi lelaki soleh dan menerangi hidupku didunia dan akhiratMU dengan amal jariahNYA. 
Selamat Hari Lahir yang ke 19 Muhammad Iqbal!!