Hari minggu ni saya ingin berkongsi ahli keluarga baru kami yang baru sahaj kehilangan ibunya, masih terlalu awal untuk menjadi yatim piatu. Saya kongsikan wajah comelnya. MasyaAllah bila dah tua, senangnya lupa. rasa dah update tapi belum rupanya.
Tuan & puan,
Alhamdulillah saya ada ahli keluarga baru, yang menggembirakan hati kami sekeluarga terutama Wardah. Manja, Comel dan Ceria, our new baby in the house.
Baby Oli
Anak yatim piatu yang Wardah jumpa di belakang pintu dapur
Duduk dengan Along tengok TV
Comelkan
Seksinya...wangi perut Oli
Oli rajin belajar
Dua abang ni pun happy
Kami diduga dgn Oli kena sakit mata...kesian anak comel ini
Kesian comel kami...
Malam2 didukung Along pergi klinik
Oli ikut tatak wardah kemana2, tak aktif lagi
Terlena Along Oli tunggu nak jemput Oli dari klinik
Mata Oli sepet, dia duduk dalam bilik tatak wadah jer...
Oli lemah dan muram
Tapi kami pelajari satu perkara baru, Kata doctor Oli masih terlalu kecil dan tak dapat susu ibunya yang maut dalam mulut anjing jiran kami, tanpa susu ibu banyak baby kitten yang alami sakit seperti Oli, Along cadangkan kami cari ibu kucing untuk bagi Oli menyusu sekejap, dari Kota Kemuning ke Seksyen 7 Shah Alam kami beroperasi natijahnya TIADA SUSU SEBAIK SUSU IBU KANDUNG SENDIRI, TIADA KASIH SEBAIK KASIH OBU KANDUNG SENDIRI, hasil operasi mencari susu ibu kandung kami berakhir dengan rupa Along ini.
Puas Along pegang ibu kucing, puas Tatak Wadah tonyoh Oli pada si ibu kucing, dalam 6 percubaan tiada yang berjaya. Kita manusia mesti bersyukur masih punya Ibu dan Ayah, kasihi mereka selagi ada hayat mereka, bagi Along & Wardah, sebagai muslim kerana itulah perintah Allah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kerana ayah dan ibu kita boleh melihat bulan dan matahari. Tuan & Puan, minya jasa baik berikan satu petua untuk mengatasi masalah Oli kami. Petua dan cadangan tuan dan puan amatlah saya hargai. Terima kasih.