Thursday, August 28, 2014

No Comment...Observe jer

Salam.



Saya sedang cuba memahami pasaran ayam dan jenis-jenis spesifikasi ayam. Semalam saya balik dari solat n saya terdengar perbualan ini. Gen X bercerita sesama mereka.
A: Eh sapa lagi x balik nih?
B: Aku
C: Ingat ko balik ngan kakak ko...
A: Kepala Hotak ko... ko nak ameklah
B: La.. bahu ko tempat dia nanges
A: Aku layan jer, sejak aku jumpa dia dulu, ngumpat jer keje dia.
C: Arini masuk jer, ofis si BS tu dah memekak. Sejak dia kawan dgn BB tu makin BS. Mulut macam Buto.
A: Ko mesti ingat dia tu PA of GCEO...
C: Ada aku heran?
D: Sori2 nak tahu apa BS & BB tu
C: Bodoh Sombong & Bodoh Bongkak
Bla, bla....

Balik rumah dengan perbualan Wardah & kawan dia. Ini perbualan Gen Y
W:  Esok ko stayback
X :  Bla, bla, bla
W:  Bapak besa ko buat
 X:  Bla, bla, bla
W:  Tengok ahh camne
X:   Bla, bla,bla
W:  Hahaha sakai


Pergi dapur mak ndak, Popo dengan Tok Mak tgh minum raya yg dah terlebih raya
MA; Jemput minum kak... Popo tak minum kopi ya?
PO: Semua boleh masuk, Mak Dak hati jgn susah
TM: Besaunye jag air Mak Ndak, senang kalau bebudak dtg beraya
MA: Beli kat kg kede dua inggit
PO: Kat Kedah ada, besaq lagi mak dak...kenuri punya guna
MA: sengaje beli... simpan
PO: Lamenya saya tak ghase kari umbut pisang... sedap tu
TM: Saye semalam masak asam pedas daging tetel, lepas ngap rasanyer. Masak sendiri puas....
Bla, bla, bla Saya  yang mendengar rasa selesa dan sejuk hati. Berbeza agama, bangsa dan dialek tapi mereka mesra makan semeja, tiada umpat keji dan santai berbicara. Itulah generasi sebelum dan pra merdeka.

Anak2 kita generasi X, Y
Mungkin tak pernah makan ubi kayu
Mungkin tak pernah rasa air perigi,
Mungkin tak pernah rasa tidur atas tikar mengkuang,
Kita oleh terima bahawa itu adalah rezeki mereka,
Tapi saya harap anak-anak ini tak lupa jati diri, Agama, Bangsa dan Adat Resam kita,
Tapi doa saya anak-anak ini sentiasa ingat Ibu Bapa, hormat guru2 dan orang lebih tua.

Old school macam makcik ni bangga lahir Islam dan Melayu, warganegara Malaysia sebab itu makcik jadikan adat resam Melayu tu cara hidup makcik, ianya tak lekang dek panas, tak reput dek hujan. Maaf kalau tulisan ini menyinggung perasaan anda.

Monday, August 18, 2014

Hati Ada Segaris Luka

Salam.

Berkongsi sedikit rasa luka di hati saya kerana saya ibu yang melankolik sedikit. Kesnya semalam saya nak ajak Along pegi open house kenalan saya. Ini perbualan kami:
Mak: Along, mak nak pegi rumah Auntie Liza, raya. Jom kita semua pegi ye.
Along: Mak, Along hari ni ada reunion sekolah kat White Coffee. Along dah janji. Rumah Auntie Liza pukul berapa?
Mak: Pukul 2, mak tunggu along balik kita pergilah.
Along: Tengoklah kalau sempat, sebab acad ajak Along pegi rumah dia. Mak dia ajak jugak. Along pergi dulu mak.
Baru pukul 1:00 petang, dia cepat-cepat siap dan solat lepas tu dia dah kat dalam kereta, tinggalkan saya selepas bersalam.

Wardah turun dengan Oli dan sempat lagi Wardah perli saya.
Wardah: Makkan ada anak lelaki lagi, Oli nikan lelaki".
Mak: anak manusia tak sama dengan anak binatang"
Wardah: " Mak, kadang2 anak binatang lebih baik dari anak manusia... kan adek kakak...Oli yang soleh"
Saya diam kerana ada benarnya kata-kata Wardah dan saya kadang2 akui pekara ini memang wujud dan berleluasa. Saya dalam facebook ada ramai kawan suka kucing dan ada satu kisah kucing milik seorang hamba Allah ini yang telah meninggal dunia tetapi kubur arwah sentiasa ditemani kucingnya.Kalau kucingpun sayangkan tuannya tetapi saya pernah baca ada juga anak-anak yang lupakan orang tuanya.
Oli tengok saya dengan mata sayu, saya tengok TV cerita Tamil semalam, kisah seorang ibu yang tabah dalam membesarkan seorang anak lelaki, kisah anak lelaki itu anak lelaki yang sangat bertanggung jawab kepada keluarga, akhirnya rohnya ibunya tersenyum puas hati dengan sikap dan kebaikan anak ini. Tetapi di akhir cerita satu ingatan yang sangat terkesan apabila teman wanita anak lelaki itu berkata Jangan Cerita Pasal Anak Selagi Kita Belum Sah Berkahwin... Harap semua anak-anak muda begitu sikap dan pemikirannya.
Perjalanan hidup mereka jauh lagi, saya doakan semua kesayangan saya dijauhkan ALLAH dari segala perbuatan yang mungkar, moga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA.

Monday, August 11, 2014

Surat Paling Sedih Pernah Seorang Ibu Terima

Mak yang sangat Oli sayangi, surat ini Oli tuliskan khas untuk Mak, Oli tidak bertujuan mengadu, Oli tidak ada niat nak memburuk-burukkan Along & Tata Wada anak kesayangan Mak, Olipun sayang Along Ibal & Tata Wada malahan Oli sangat sayangkan kedua-duanya buah hati Mak. Kalau Tata Wada tidak bermurah hati mengambil Oli sebagai adik angkat mungkin Oli tidak berada di dunia ini lagi. Kalau Along tidak mengasihi Oli masakan Along Ibal kutip Oli dari dalam longkang. Oli syukuri nikmat kasih sayang Tata Wada & Along Ibal.
Mak, untuk pengetahuan Mak, kalau Along Ibal kemas rumah, Oli tidak boleh duduk di sofa kegemaran Oli. Bila Oli tengah menonton drama Berlima Ramadhan di TV1, Along Ibal pasti datang ganggu dan bermain dengan Oli. Mak, tiada ketenangan untuk Oli bagi menikmati saat libur Oli. Sekurang-kurangnya hormatilah masa libur Oli.

 Mak yang Oli hormati, pantang Oli lalu dekat Along Ibal, Oli pasti ditangkap dan hidung Oli dicium bertalu-talu akibatnya kembang hidung Oli. Cubalah Mak letakkan diri Mak dalam tempat Oli, bosankan. Selain dari itu, Along Ibal akan pakaikan Oli baju yang sangat merimaskan. Tolong Oli Mak.. sedangkan ramai kawan-kawan sekuliah Alongpun tidak berbaju lengkap, rambutpun warna oren macam Oli.
Mak yang Oli sentiasa rindui, bila Mak tiada dirumah, Tata Wada paksa Oli teman dia belajar tapi hidung Oli dia sentiasa pegang, cuit dan cium. Mak, Tata Wada akan bawak Oli kemana-mana dia pergi malahan kekedai dan menghantar dia kesekolah. Paksaan tidak akan memberi pendidikan kepada sesiapa sahaja.
Mak, pantang Oli berehat pasti Tata Wada akan mengganggu, Oli akan dipeluk dan dicium sesuka hati dia dan selalu paksa Oli untuk didukung. Oli rimas dengan kawalan mereka yang buat Oli macam patung. Olipun ada rasa jemu dan bosan tetapi hak Oli selalu dinafikan mereka.
Waktu makan Olipun Tata Wada suka menyibuk, dia tengok dekat-dekat cara Oli makan dan kadang-kadang paksa Oli makan ubat yang Oli tidak suka akan rasanya. Mendidik makhluk lain mesti perlukan kelembutan dan kesabaran contohilah Nabi kita sendiri Nabi Muhammad S.A.W


 Mak, yang paling menyedihkan Tata Wada kurung Oli dalam bakul bila ada kawan Oli datang rumah untuk berhariraya sedangkan tetamu itu perlu dimuliakan. Tata Wada hidangkan makanan tetapi dengan cara tidak sopan. Tata Wada takut Oli terkena jangkitan kuman dari tetamu-tetamu itu. Berprasangka buruk adalah sikap tidak dibenarkan dalam Islam.

Oli sedih tengok tetamu yang datang, tidak dibenarkan masuk dan duduk atas selipar bukan diatas sofa. Nasihatkalah Tata Wardah supaya lebih menghormati tetamu Oli yang bertandang ke rumah kita. Tetamu menurut Islam mesti dihormati dan di muliakan.
 Mak, jangan marah kalau suatu hari nanti Oli gigit Along Ibal dengan Tata Wada, kedua-duanya mesti berhenti buli Oli.
Mak yang baik hati, bayangkanlah tidak kira hujan atau panas, Oli mesti duduk dalam rumah. Alasan Tata Wada anjing jiran sebelah akan menyalak, bising dan mengganggu jiran sebelah menyebelah. Oli paling hairan kerana anak jiran yang lain boleh mendengar radio sekuat hatinya. Olipun perlukan kebebasan seperti makhluk Allah yang lain.

Along Ibal bawak Oli balik kampung beraya, Oli dipakaikan baju tanpa seluar sama macam baju budak-budak Melayu yang kita nampak di kompleks membeli belah tu. Along Ibal tidak memahami etika & kesopanan berpakaian. Oli rela tidak berbaju kalau disuruh berpakaian seperti tidak cukup kain sebegitu.
Kalau rimas sangat Mak, Oli masuk tidur dalam peti sejuk, aman dunia Oli sekejap. Tiada sesiapa mencium Oli dan Oli bebas. Oli rasa damai di dalam peti sejuk tetapi sekarang Along Ibal & Tata Wada dah tahu dan Oli tidak boleh aman lagi dalam peti sejuk.

Mak, balik kampung raya ini adalah saat paling indah bagi Oli kerana pertama kali dalam umur 6 bulan Oli merasai kebebasan. KEBEBASAN berkawan dengan semua makhluk Allah yang alin, kebebasan berjalan sendiri ke sana ke mari, kebebasan bermain di mana mana sahaja, walaupun sekejap tetapi amat Oli hargai.
Mak. berikanlah Oli kebebasan itu, Oli tidak akan lari dari rumah, Oli akan jaga diri, Oli akan jauhkan diri dari gejala-gejala yang tidak baik kerana Oli kucing yang benci Dadah, Rasuah dan benda-benda yang tidak baik. Mak, berikan Oli kebebasan sebagai makhluk Allah yang tidak berakal tapi Oli akan cuba berfikir.

Sayang Mak Oli.