Tuesday, September 2, 2014

Kampung Durian Tawar Selepas 57 tahun merdeka...

Salam.
Saya ingin berkongsi cerita tentang tempat di mana cinta saya tertumpah... Anda mungkin gelak bila baca nama kampung saya Kampung Durian Tawar tapi durian di sini semua manis2 belaka termasuk penduduknya. Dari zaman kecil dulu, saya dan keluarga menetap di sini, walaupun tidak menarik dan istimewa tetapi hari ini saya ceritakan kenapa cinta saya jatuh disini, dan hati saya terpaut di sini selamanya.
Bercerita tentang fakta penting bagi saya:
1. Demography
Majoritinya kaum Melayu yang bekerja sebagai petani asalnya, pekerja-pekerja kerajaan tetapi selaras dengan kemajuan negara anjakan ekonomi penduduk lebih kepada pekerja-pekerja makan gaji samada swasta ataupun kerajaan. Kaum China lebih kepada peniaga ledai runcit dan pemborong. 
2. Ekonomi
Kalau dulunya banyak rumah kosong dan yang tinggal hanya golongan tua yang tinggal di kampung hanyalah ibu bapa dan anak2 merantau ke bandar-bandar besar mencari rezeki. Bersama kesayangan saya membeli kelapa di sebuah kedai usang diselekoh jalan raya kampung yang begitu daif keadaannya tapi inilah asalnya pusat ekonomi di bandar kecil kampung saya. 
My Soul suka pergi kedai-kedai di sini
Barisan kedai usang dan lama
Isi kedai yang penuh dan padat
Usang, bau asap yang damai dan saya sukakannya..
Asalnya sebuah kedai runcit pelbagai jualan tapi nama kedainya kedai Aik tetapi kini saya yakin ianya berkembang menjadi kedai DIY sebab saya pernah nampak papan tanda yang sama di Bandar Bera.
Selekoh yang agak bahaya untuk dilintasi oleh kanak-kanak & orang tua
Rumah pemilik tanah-tanah dan rumah kedai tadi yang kebanyakkan disewa oleh kaum China kecuali kedai yang kami pergi tadi. Kata Mak Ndak pemilik rumah yang dulunya bagaikan istana pada mata saya adalah Arwah Haji Sare, Arwah Tok Imam Mail & Arwah Haji Tekah. Haji di sini adalah wanita. Setiap kali nampak rumah ini, saya selalu bayangkan pemiliknya seorang wanita Melayu berbaju kurung cekak musang pahang atau kebarung pahang, cantik dan anggun. Mungkin keluarga mereka keluarga bangsawan kampung Durian Tawar suatu masa dulu.
Saya menyusur jalan kampung perlahan-lahan dan sayu hati saya melihat rumah usang ini. Berlatarbelakangkan sungai Pahang dan di keliling sungai kecil yang orang kampung panggil Sungai Cereh, mengimbau semula memori saya. Rumah Arwah Pakcik Kiya, yang dulunya cantik terjaga.
Tebing sungai Pahang yang dipenuhi semak samun, dulunya penuh dengan pucuk paku, sumber makanan berkhasiat untuk kami semua. Suburnya pokok-pokok ini, kalaulah sayur pasti saya petik dan bawa pulang.
Sebuah rumah batu menghala ke sungai Pahang dan rasa saya alangkah seronoknya kalau dapat tinggal disini. Aak-anak bebas bermain basikal dan mandi sungai. Subur tanahnya untuk bercucuk tanam,
Paya kecil yang dulunya orang kampung menanam padi, sudah berpuluh tahun terbiar dan generasi kedua & ketiga mereka sudah pulang kekampung membuat rumah2 samada untuk berehat di musim cuti atau menetap di kampung.
Comel kerbau tu kata Wardah tapi bagi saya tak nampak apa yang comelnya...
Kalau saya mampu membeli tanah ini, ingin saya bina chalet comel untuk kesayangans saya berehat kerana lurus di hadapan saya jalan besar Temerloh ke Triang dan di belakangnya luas terbentang sungai Pahang dikelilingi sungai cereh yang airnya hampir tiada kecuali musim banjir dan berjalan tak sampai 20 minit saya ke kedai paling saya suka di dunia iaitu kedai Sitan.
Ya Allah, cantiknya Kampung Durian Tawar saya... damai dan hening
Pokok bunga ini dah lama usianya panjang umur betul pokok ini 
Bagaikan Bonsai yang menjatuhkan debunga kala musim luruh di depan kedai Sitan.
3. Sosial
Kedai Sitan turut memberi pekerjaan sampingan buat orang-orang kampung dimana hasil kampung yang selama ini terbiar mendapat pasaran apabila di letakkan di sini. Pusat rekreasi orang-orang tua bercerita tentang isu-isu semasa dan pertemuan penduduk kampung pada waktu senggang mereka.
My kesayangans juga menumpahkan cintanya pada masakan atau makanan di sini. Sekarang musim cempedak di sini, jadi ada sepinggan goreng cempedak panas di hidangkan. Harganya hanya 50 sen dengan 3 ulas cempedak di dalamnya. Ada nasi lemak sebungkus hanya RM1.20, Nasi berlauk RM2.50 dan pulut ayam RM3.00. Ramai yang membungkus pulang tapi bagi saya harganya sangat murah dan Wardah turut membungkus pulang apa makanan yang dia mahu.
Saya makan mee halus harganya RM1.20 dan tambah telur rebus, Alhamdulillah kenyang sampai tengahari. Yang paling enak dan saya tidak mungkin lupakan teh tarik kedai Sitan, walaupun sekeliling dunia saya pergi tiada yang sama. Kalau tak percaya, jom saya belanja. Yang pasti semua bungkusan itu pasti susut dalam pukul 10 ke atas. Selepas merdeka, hari ini saya pergi kerja sendat & mengah.

Sunyi dan sayu tetapi kepulangan generasi ramai melahirkan terlampau ramai doktor2 dan jurutera2 baru memberi impak tinggi kepada penduduk. Jarum-jarum digunakan dan dibuang sesuka hati tanpa kira dimana dan rumah siapa mereka nak jadikan ward kecemasan. Jurutera pula sibuk mencari rumah2 yang boleh mereka pecah masuk dan mencuri segala besi letrik dan segala barang2 berguna.
Menjelajah kampung Mengkarak Stesen, yang dahulu persinggahan keretapi suatu masa nanti
Berbeza dengan Kampung Durian Tawar ianya membangun menjadi sebuah bandar dengan penempatan setempat dan teratur. Kedai usang sudah bertukar baru dan ianya 97% penduduk berbangsa Cina manakala 3 % berbangsa India termasuk Melayu yang terdiri dari penjawat awam.
Perumahan yang terdiri dari banglo-banglo mewah dan mereka asalnya adalah penoreh getah dan penanam sayur samada tanaman dilakukan di atas tanah pajakan orang kampung ataupun tanah mereka sendiri. Inilah bandar besar suatu ketika dulu kerana ianya adalah tempat persinggahan keretaapi sebelum mereka bertolak ke Gemas.
Deretan rumah kedai baru yang lengkap dengan gereja dan sebagainya. Kebanyakannya kedai makan dan hanya sebuah kedai runcit termasuk sebuah kedai wakil penjual kereta Toyota.
Landasan keretapi yang masih di gunakan, sayu hati saya melihat kemajuan dan kemakmuran mereka. Selepas 57 tahun merdeka, mereka membina bandar mereka sendiri dari hasil kerja kuat mereka berbudi kepada tanah dan anak-anak mengorak langkah menuntut ilmu di Singapura, London dan serata dunia. Membela nasib keluarga dari jauh di perantauan tetapi hasilnya deretan rumah mewah di bina. 

Hasilnya, dua kesayangans saya tertidur lena setelah lawatan kawasan. Siap berselimut, berbungkus dua beradik ni. Kenyang makan banyak semasa berarapan kat kedai Sitan, Oli siap makan ayam goreng seketul dgn nasi lemak. Moga selepas 57 tahun mereka, ekonomi negara makin kukuh dan hidup kita sesama bangsa maju dan makmur.