Monday, April 30, 2012

Kem Motivasi

Salam. Sekarang ni ada banyak tempat beriadah menyediakan kemudahan kem rekreasi...Iqbal anak saya baru2 ini menyertainya. Kata Iqbal ni yang the best setakat yang dia dah pergi. Along memang suka aktiviti2 lasak, paintball & go-kart aktiviti masa lapang Iqbal. Sebab this year SPM, semuanya dibekukan. Dari hari Jumaat lepas hingga hari Ahad petang baru balik ke rumah, anak bujang saya berkelana di Bernam, bermotivasi. Sunyi rumah tak ada Along, tahun depan lagi sunyi. Mungkin tuntutan semasa, kem masa cuti dan kem motivasi menjadi seolah2 satu keperluan kepada anak2 kita. Bagaimana pula bagi keluarga kurang mampu? Saya syorkan PIBG sediakan sedikit peruntukan bagi anak2 ini mengisi masa lapang dengan perkara2 yang berfaedah dan juga program2 komuniti yang mengisi masa mereka dengan berfaedah. Ini hanya cadangan saya, contoh kembali mengaji, kem solat disurau2 berdekatan tempat tinggal masing2 dimasa cuti sekolah,ada program sayangi masjid & surau dengan program percuma sepanjang cuti sekolah. Kembali aktiviti permainan tradisional dan sebagainya.  Hanya cadangan saya, sekiranya ada sekurang2nya mengisi masa lapang anak2 berasal dari keluarga kurang berkemampuan terutama di bandar2 besar. Tetapi blog saya tiada YB2 yang baca sebab ini blog rakyat marhaen.
solat jemaah
team building
along terlentok keletihan
along exercise malam
tapi.....
adek comel ni rindu along


Sunday, April 29, 2012

DOAkan saya kawan2

Tuan2 & Puan,

Ya Allah, Saya dah jadi remaja purba, patut sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Along selalu kata Mak, better recite Quran again & faham maksudnya. Mak, you are consultant, mesti faham teknologi2 dalam Quran. Malunya saya, anak remaja yang nasihatkan saya. Terima kasih anak. Along jugak cakap pada saya, Mak tak payah beli any medicine nak kurus, puasa sunat aje dah cukup. Mak exercise weekend Along temankan. Mak jaga makan...sekali2 bolehlah makan ni.
Lupakan roti canai banjir dengan nescafe tarik. Nanti Adek dengan Along remindkan mak.
Kami allow mak makan sebulan sekali je...Nasi lemak tak usah ambik lagi kalau nak sangat pun sebulan sekali. Maghrib tadi Wardah ambik Al-Quran besar saya dari rehal, susun bantal dan letak atas katil. Mak, kita sambung baca Quran 30 juzuk lagi nak... Ya Allah, sebak saya dengar ajakan anak saya, mengajak saya ke arah kebaikan seperti mana saya harapkan mereka juga.
 Syukur Alhamdulillah. Wardah buka Surah Al-Baqarah dan kawan2 doakan saya dapat habiskan 30 juzuk sebelum Ramadhan 2012 kerana saya amalkan membaca Yassen dan sehari semuka surat Al-Quran.
Bermula dengan Al-Fatihah, remaja purba seperti saya mulakan misi ini. Dikuti dengan muka surat pertama Surah Al-Baqarah. Tuan puan jangan ketawakan saya.
Disebabkan Wardah tidak boleh solat, dia jadi pendengar bacaan dan betulkan kalau ada say tersilap. Wardah menyorok di sebalik bantal di kiri saya. Ustazah nakal...
Moga kita sama2 mendapat fadhilatnya. Cepatnya masa berlalu, kalau tuan2 puan2 baca n3 saya tentang zaman remaja saya, entah bila tiba2 saya dah jadi makcik2. Alhamdulillah, masih boleh bernafas lagi, boleh bekerja, mudah2an dipanjangkan Allah usia bagi Qada apa2 hutang yang tertinggal & tertunggak.
Makanan nipun hanya sebulan sekali...Susahnya ada pengawal badan & pembantu peribadi yang suka sibuk badan ni....Allah, bersyukur saya ada sepasang zuriat yang rendah diri sikapnya. Doakan saya kawan2 agar dapat menghabiskan AlQuran seperti yang dirancang, sebelum ini kami berkongsi tetapi sekarang kami ingin melakukannya secara individu. Doakan...

Kebun Sekangkang Kera

Salam.

Mank Ndak dah tak de keje lain, dia isi masa dengan berkebun kat tanah seluas sekangkang kera. Tuan2 & puan2 mesti geli hati tengok edible garden kami.
Dari tingkat atas, ada belimbing buluh, mak ndak selalu ambik pucuknya rebus dan minum. Katanya elok untuk darah tinggi. Pokok kesum dua pasu, daun besar & kecil sebab Wardah suka masakan campur daun kesum. Atas tanah pejuru kanan, cili padi. Dalam pasu bunga2 yang mak ndak suka. Yang tinggi tu pokok buluh madu, belum ada hasil lagi. Saya ambil dari Kuala Ketil Kedah semasa site visit ke Sekolah Rendah Agama Al-Naim.
Inilah istana cinta saya yang sangat sederhana tetapi didalamnya tinggal insan2 yang amat saya kasihi. Kalau dulu, petang2 ada sepasang adik beradik bermain di hadapan rumah tetapi sekarang kedua-duanya sudah remaja. Ada aktiviti indoors masing2. Bila ada Adam dengan Amjad barulah meriah mereka bermain sama2.
Inilah pokok buluh madu kesayangan Mak Ndak. Kebun Mak Ndak juga ada dua jenis pokok limau purut, daun kasar dan daun halus tetapi kalau susah berbuah.
Terselit pokok bunga raya yang selalu daunnya di makan ulat dan Along selalu spraykan semburan serai. Hari2 mak ndak marahkan ulat2 tu.
Ini sepohon lagi pokok buluh madu mak ndak dengan sepasang pokok daun limau purut. Baru saya perasan setiap pokok mak andak berpasangan. Di sudut hujung, ada pokok kacang tanah, daun kaduk, daun ceylon
& orkid hutan.
 
Pokok cili padi mak ndak yang jadi macam bonsai ada 5 pokok semuanya, hasilnya boleh diharapkan jugak lagipun bebas kimia. Rumput pun mak ndak yang tanam dan dia jaga.
Tenang dan damainya rumah kami. Dalam barisan rumah kami, hanya kami sahaja keluarga Melayu tetapi jiran2 kami semua baik2 dan sepakat. Along & Wardah memang suka tinggal di sini, kata mereka aman, damai dan selamat.