Monday, November 21, 2011

Bila anak gadis saya berahsia

Salam.

Baru-baru saya alami keakraban anak gadis saya dengan kawan. Ianya bermula begini:-
Selepas pulang berhari raya di kampung, saya menunggu anak perempuan saya balik dari sekolah sesi petang. Dalam menunggu tercegat disebelah saya seorang budak lelaki remaja tidak beruniform sekolah mengisyaratkan saya menurun cermin kereta. Airmukanya nampak baik dan apabila saya menurunkan cermin kereta lantas perbualan ini terjadi.

Remaja Lelaki: Assalammualaikum, kakak.
(Tak pasal-pasal dia panggil saya kakak)
Saya: Waalaikumsalam, kenapa dek? (hati saya berdebar)
Remaja Lelaki: Saya XXXXXX, saya suka anak kakak Wardah. Dia baik, pandai
pastu saya nak raya kerumah dia.
(Rumah Wardah bukan ke rumah saya?)
Lama saya terdiam...
Remaja Lelaki: Boleh tak kakak? Saya datang ramai-ramai.
Saya: Makcik tak marah kamu nak beraya tapi Makcik tak berminat kalau
untuk benda-benda lain. Kamu sekolah lagi, belajar dulu. makcik
pun tak galakkan anak-anak makcik ke arah lain.
Muka remaja tu berubah dengan kata-kata tegas saya.
Remaja Lelaki: Tak pelah makcik, saya tanya aje.
Saya : makcik mintak maaf sangat2.

Ya Allah, beraninya anak jantan Melayu hari ini, hanya berminat pada anak gadis orang boleh bertanyakan ibunya secara langsung tanpa segan silu. Kalaulah dalam pelajaran mereka tidak segan silu bertanya guru, alangkah baiknya.

Saya dan Along berpakat menduga Adek. Kami membeli SIM Card baru dan menghantar SMS.

Kami: Wada, aq nak g rye umah k0, Bleh ke? Ag XXXXX 2 XXXXX. Klu bleh reply.

Adek: Ape mslh ko kacau aq? Jgn kacau

Kami: Ko ni blagak gile la...aq nak braye je, nak kenal ko. Slah ke?

Adek : Aq x ske ko

Kami: HOIIII Wada, ko ingat ko bgos sgt? Ctek Cdek sgt? Nti ko abis sklah
mggu dpn. ko ingat aq ni tkut...Puihhh

Adek: ska ati ko, aq cbok. ko sms g aq bgtau fly aq.

Kami: ko ingat aq tkOt...sowila seyes aq ngah keletar kpala lutut

No reply from her till night time but her face showed that dia really susah hati. We pretending asking her but she told us she was okay. At nite I received 1 sms from her close fren.

Friend: Bbi, ko kacau kwn aq nape? X de keje? Wat keje dungu, blaja la cbok kacau kwn org. Ko kacau kwn aq Isnin ni repot plis. dh kls last prasan nak kaple ngan kwn aq. X cukup cermin ko terjun tasek kota kemuning.

Ya Allah, terkejut saya dengan pembelaan kawan baik dia. Esoknya saya berterus terang dengan wardah, dia melompat malu. Saya tanya kenapa tak beritau kami? Jawabnya dia boleh handle sendiri tapi kami ingatkan dia andai benar2 terjadi dia MESTI berterus terang dengan kami. Moralnya anak-anak gadis kita perlu dipantau demi untuk kebaikan, saya perlu menjadi kawan @ sahabat paling rapat Wardah. Itu satu pelajaran amat bermakna bagi saya.

Sesungguhnya, kaseh ibu kekal selamanya dunia dan akhirat. semuga semua anak-anak kita sentiasa dilindungi ALLAH.


Dia tekun belajar, lembut dan penakut orangnya tapi di rumah macam singa. Mudah-mudahan adek pandai jaga diri. Kami sangat sayang Adek.

Laut Tawau pohon jangan dicemari

Salam.

Sedih hati saya apabila melihat laut di Tawau dicemari sampah sarap yang akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Harapan saya penduduk dan pemerintah akan membuka mata dengan paparan saya ini. Biarkanlah generasi kita mewarisi hanya yang terbaik. Kenapa susah sangat rakyat Malaysia menjadi rakyat yang pembersih? Tak susahpun untuk mencari tong-tong sampah dan pihak penguatkuasaan perlu perketatkan undang-undang. Saya hormat Adun dan MP kawasan Tawau, gigih berusaha tingkatkan taraf ekonomi rakyat dengan membuat kerja-kerja yang sukar saya dapati di kawasan lain. Saya menyeru rakyat Tawau buka minda dan berusaha bersama-sama berganding bahu memastikan bumi Tawau yang subur ini "Bumi Peladang" dan hasil laut yang banyak dikekalkan selama-lamanya.
Buangkan sikap ini:-

Tak salah berniaga di laut tetapi janganlah ambil mudah dengan membuang segala sampah sarap ke laut. Kuala-kuala atau muara-muara sungai sampah sarap bertaburan di permukaan air, masalahnya nelayan kecil tiada pendapatan harian. Doakan saya mampu mendapatkan dana bagi meletakkan tukun-tukun tiruan di semua kuala sungai di sini kerana saya akan usahakan perangkap sampah dan berbincang dengan PBT bagi kaedah baru kawalan. Alangkah indahnya kalau kuala sungai itu jernih dan di penuhi anak-anak ikan, pelancongan pun boleh dibangunkan. Kami tidak mengharapkan apa-apa imbalan tetapi berharap dan berdoa segala perancangan kami menjadi kenyataan. Kalau kita sendiri tidak menghargai tanahair kita, siapa lagi.

Tasek Bera, Triang Pahang

Salam.

Tasek Bera is first Ramsar Site in Malaysia. Hidden Mother's Gift which worth for us to explore. Sharing the experiences during my visit. Lama sangat tak update blog due to masa yang tidak mengizinkan but still reading blog orang lain.

just sharing my site visit di Tasek Bera

Tapak RAMSAR pertama di Malaysia, sayang kurang kunjungan kecuali kaki pancing. Keindahan anyaman semelai sukar di dapati lagi. Harap sangat Tasek Bera mampu di nobatkan semula. Makanan di Resort ini enak sekali.



nter;">



Thursday, August 18, 2011

Sape kata orang tua tak main game?

Salam.

Game bukan hanya utk budak2 tapi mak budak turut melibatkann diri secara tegar. Contohnya saya sendiri....Game saya seperti dibawah....

BE RICH.
Sayalah Architect, sayalah engineers, sayalah town planner dan saya orang terkaya di ALAM MAYA ini...Sayangnya hanya di ALAM MAYA not REALITY...Hampeh...



My Personal Secret/Weapons

Saya simpan benda2 ni sejak dulu sampai sekarang....
1. Baju kebaya Arwah emak saya
Hanya ini kenangan yang saya ada...
2. Talipusat anak2 manja saya
Pesan orang tua2, satukan talipusat anak2 semuga persaudaraan mereka teguh.
Saya tak tau kebenarannya tetapi ini my secret weapon bila mereka degil " Tengok ni..talipusat sape, dulu dalam perut mak ambik makanan dari mak?" terkujat jugak along & adek.
3. Lebihan Toooot Along Lepas Berkhatan.


Biggest Weapon ---Along kalau buat something yang tak baik merokok or etc, mak tunjukkan Toooot Along ni kat all your frenz ---
4. First Hadiah from my kids
Masa 4 years old dia beli ni masa birthday saya...
Along 1st present for my birthday masa dia 5 years old.
Kad from my heart & soul masa Along 5yrs old & adek 3yrs old. Luv both of u...

Kota Bharu ....KT

Salam.

Hari ni cuti, puasa tak ada keje nak buat so just sharing cerita-cerita biasa dengan anda semua. Pekerjaan membawa saya ke merata tempat, saya rasa anda juga sama macam saya...sudah pergi ke merata-rata tempat. Setiap tempat mesti ada keunikannya...

Now share masa saya kat sini...
Hotel Renaisance...
Lepak, makan sampai dapat bilik...
Makanan dia...Ehh...kenapa kek dia dah terpotong??? Oppss selamat dalam perut saya.
Bilik dia...
Bandar KB hari Jumaat
Satay Ikan
Istimewanya Satay Ikan...saya terbeli sebab terpengaruh dengan jumlah pembeli tapi rasanya ok...
Sagun...anda tahu apa sagun?

DiTerengganu,

Saya sangat sibuk so just gambar Hotel yang saya tak ingat lagi namanya. Ada kenangan tawar di sini...Receptionist dia punyalah tak friendly...Nak masuk bilik sempat saya lepak kat kerusi kayu lebih 30 minit...
Specialnye ada telaga fake...
Boringnye...
Ini aje....

Cara merasai poligami mudah & murah...

Salam.

Lelaki mesti sukakan berita ini...Anda yang ingin merasai hanya perlu ke Wong Solo, Seksyen 7, Shah Alam dan menikmatinya sepua-puas hati anda. Bawalah pasangan sekali, jangan risau tiada periuk belanga yang berterbangan...

JUS POLIGAMI
Kalau tak salah combination 4 buah - Nenas, Betik, Mangga, Orange tapi saya tak pasti mana satu yang 1st, 2nd, 3rd & 4th.
Pasangannya juga turut saya pamerkan...

Nasi Ayam Penyet.

My 1st Generation

Salam.

Saya berubah mereka turut berubah, saya dari muda jadi tua, mereka dari baby jadi kanak-kanak dan kini remaja. Just to share my kids Dulu, Kini & Selama-lamanya MYKIDS.

Kenapa gambar blurr? Oh mata saya dah tua...
Dah remaja anak-anak saya...
My soul...
Now, dah besar dia...
Mak sayang Adek...sangat2.
Along dah sangat tinggi...
Sibuk ngan gadgets yang dia ada...
Handphone dia lagi....

YA ALLAH,

Aku sebagai ibu kandung mereka memohon kepadaMU dengan segala kerendahan diri dan hati,
Aku sebagai ibu kandung mereka akan sentiasa menghalalkan segala yang telah aku berikan kepada mereka,
Aku sebagai ibu kandung mereka akan sentiasa memaafkan segala kesilapan & kesalahan mereka,

YA ALLAH,
Anugerahlah anak-anakku ini darjah kemuliaan hidup yang tertingggi di Akhirat & duniaMU,
Kurniakanlah mereka akhlak yang terpuji dan disenangi oleh setiap makhlukMU,
Berkatilah setiap usaha mereka,
Lindungilah mereka dari segala perkara2 yang tidak direstuiMU,
Tinggikanlah akal fikiran mereka dalam menuntut ilmu Akhirat dan DuniaMU,
Berikanlah kepada anak-anakku ini kejayaan yang cemerlang dalam hidup mereka,
Panjangkanlah umur mereka, Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, akal yang sempurna dan budi bahasa yang terpuji,

YA ALLAH,
AKu sebagai ibu yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka,
Memohon kepadaMU, Anugerahkanlah mereka darjat yang tertinggi di Akhirat dan DuniaMU sebagai anak-anak yang soleh & solehah,
Ampunkan segala dosa-dosa mereka.
AMEEN.

Amjad yang sentiasa membantu...
Bila Amjad jadi anak Somalia...Setiap kali baca berita tentang rakyat Somalia, sebak dada saya melihat penderitaan anak-anak kecil mereka...

Kesah budak lelaki bernama AMJAD LUKMAN.

Kalau Takut Di Lambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai...

Salam.

Saya tidak sebijak Al-Lavendri pemunya blog komen sen dalam berpuisi tetapi saya tidak akan membina rumah di tepi pantai kerana sekarang Global Issue on Coastal Erosion menakutkan saya, Insyallah saya akan memulakan penyelidikan to slow down the erosion rate due to sea level rise (slr)rapidly increase now. One of my site visit to share with everybody.