Thursday, August 18, 2011

My 1st Generation

Salam.

Saya berubah mereka turut berubah, saya dari muda jadi tua, mereka dari baby jadi kanak-kanak dan kini remaja. Just to share my kids Dulu, Kini & Selama-lamanya MYKIDS.

Kenapa gambar blurr? Oh mata saya dah tua...
Dah remaja anak-anak saya...
My soul...
Now, dah besar dia...
Mak sayang Adek...sangat2.
Along dah sangat tinggi...
Sibuk ngan gadgets yang dia ada...
Handphone dia lagi....

YA ALLAH,

Aku sebagai ibu kandung mereka memohon kepadaMU dengan segala kerendahan diri dan hati,
Aku sebagai ibu kandung mereka akan sentiasa menghalalkan segala yang telah aku berikan kepada mereka,
Aku sebagai ibu kandung mereka akan sentiasa memaafkan segala kesilapan & kesalahan mereka,

YA ALLAH,
Anugerahlah anak-anakku ini darjah kemuliaan hidup yang tertingggi di Akhirat & duniaMU,
Kurniakanlah mereka akhlak yang terpuji dan disenangi oleh setiap makhlukMU,
Berkatilah setiap usaha mereka,
Lindungilah mereka dari segala perkara2 yang tidak direstuiMU,
Tinggikanlah akal fikiran mereka dalam menuntut ilmu Akhirat dan DuniaMU,
Berikanlah kepada anak-anakku ini kejayaan yang cemerlang dalam hidup mereka,
Panjangkanlah umur mereka, Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, akal yang sempurna dan budi bahasa yang terpuji,

YA ALLAH,
AKu sebagai ibu yang mengandung, melahirkan, menjaga dan membesarkan mereka,
Memohon kepadaMU, Anugerahkanlah mereka darjat yang tertinggi di Akhirat dan DuniaMU sebagai anak-anak yang soleh & solehah,
Ampunkan segala dosa-dosa mereka.
AMEEN.

Amjad yang sentiasa membantu...
Bila Amjad jadi anak Somalia...Setiap kali baca berita tentang rakyat Somalia, sebak dada saya melihat penderitaan anak-anak kecil mereka...

Kesah budak lelaki bernama AMJAD LUKMAN.

1 comment:

  1. emm amjad ni anak sapa?maaf sekali lagi menyibuk

    ReplyDelete