Salam & Morning,
Jumaat lepas tunggu Along Solat Jumaat, tup2 terpandang pada pasangan Uda & Dara yang sangat sweet couple. Handsomenya si uda, ooo Ifwat kawan Along with couple. Bersiar-siar di kawasan perumahan depan sekolah. Ifwat ni baik tingkah lakunya, sopan & good looking. Heran jugak sebab tak pernah pulak dia mengelat solat Jumaat. nampak very sweet teenagers couple cam drama Korea gitu. Bila jemaah berduyun-duyun keluar masjid, mereka berpisah. Ifwat kayuh basikal lalu depan kereta saya, angkat tangan & terus balik.
Along masuk kereta & ini perbualan kami:
Mak: Ifwat tak solat ke?
Along: Entah...kenapa mak tanya?
Mak: Tadi mak nampak dia dating kat depan sana. Long, sejak bila Ifwat ada girlfriend?
Along: Dah lama since form 1, Erin nama that girl. Same class, dudukpun sebelah-sebelah.
Mak: Ooo
Along: Today Ifwat last day kat sekolah ni, next week dia masuk Sekolah Teknik.
Mak: Alhamdulillah, girlfriend dia ikut sekali ke?
Along: Tak tahu pulak sebab dia orang sama-sama dapat 7As 1B. Rasanya tak kot sebab Latiff asyik usik Erin, Nanti Ifwat tak ada habis lah Erin.
Mak: Latiff memang macam tu...
Along: Ifwat sejak ada girlfriend asyik dengan Erin aje. Lama dah dia tak join kita orang. Study sama ngan Erin, recess makan ngan Erin, Everything is Erin. We formula both of them Ifwat + Erin = Ifwaterin. Kalau Along boring giler. Kat kelas dia orang sapa tak ada mak we kena kutuk. Tu pasal Latiffpun ada couple, budak Form 2. Entah apa bestnya ada couple.
Mak: Jangan kata orang, nanti Along pulak macam tu.
Along: Tak denya.
Dear readers,
My sincere opinion, tak salah anak-anak remaja ni bercinta asal tahu batasannya. Positifnya cinta Ifwat & Erin, cinta mereka cinta positif. Sama-sama berjaya dalam akademik, ko-kurikulum tetapi PMR memisahkan mereka. Ifwat pilih sekolah teknik kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kejuruteraan. Walaupun berkepit dengan makwe selama hampir 7 jam di sekolah, tambahan 4 jam di Tuition Centre pelajaran tetap tip-top. Untuk Ifwat, Hazeem, Hiffni, Firdaus & the gang, selamat melangkah ke SBP & MRSM. All the best!!! Auntie doakan anda semua terus gemilang walau di mana saja anda melanjutkan pelajaran. Specially for my Along, emak doakan Along berusaha gigih dan terus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Panjang umur, murah rezeki pasti Along & the gang jumpa lagi di rumah musim cuti sekolah & Paintball Valley.
Negatifnya cinta remaja yang membiarkan diri mereka berada di awang-awangan.
Ditempat yang sama tetapi masa berbeza, saya melihat sepasang remaja yang nampak terlalu muda dan masih comot lagi, berpimpinan tangan pulang selepas habis sesi petang. Aduhai...berpelukan seolah-olah dunia ini hanya milik mereka sedangkan bersusun kereta ibubapa yang menunggu. Kamu masih sekolah nak...kesiankan kami ibu bapa yang menunggu, malu sangat dengan lagak teman terlebih mesra kamu. Adik dan Hafiz masuk kereta. Perbualan kami:
Hafiz: Assalammualaikum!
Auntie: Waalaikumsalam. Fiz, Wardah tak keluar lagi ke?
Hafiz: Budak Form 1 lambat sikit sebab dia orang gate sana. Saya gate sini.
Auntie: Sape tu Dek (Hafiz)?
Hafiz: XXXXX & yyyy.
Auntie: Tak elok dia orang buat perangai macam tu. Dia orang kelas apa?
Hafiz: Kelas XXXXXXX.
Auntie: Kesiannya...
Hafiz:dia orangsama-sama suka.
Auntie: Entahlah...no comment.
Wardah: Assalammualaikum.
Mak: Waalaikumsalam.
Wardah: Mak tadi adek nampak couple kenit tu salam. That girl cium tangan boyfriend dia pastu boyfriend dia lak cium tangan girlfriend je. Geli lak adek tengok.
Mak: Bukan ke salam cium tangan tu ngan emak ayah atau orang lebih tua dari kita? Tu namanya salam couple kenit.
Hafiz: Senyum hensem...
Wardah: Hi3...with her dimple
Cinta negatif bawa banyak perilaku negatif merosakkan jiwa anak-anak awal remaja. Adab tatasusila turut diubahnya, jati diri bercelaru. Sayang dari Jalan Kebun ke sekolah bukan dekat, penat menggalas beg berat andai pelajaran tidak kemana. Sayang nak...masa depan kamu jauh lagi. Usia rebung 14 tahun, perutpun masih diisi ibubapa, kalaupun tidak minat pada akademik tapi batasan pergaulan harus dititikberatkan.
Ya ALLAH, jauhkanlah anak-anak kesayanganku, Hafiz & Nadia, anak-anak saudaraku dari terjerumus ke kehidupan sebegini. Bukakan pintu hati mereka menimba ilmu dunia & akhiratMU dengan tekun & tenang. Peliharalah diri mereka dari perbuatan keji & hina...Ameen.
No comments:
Post a Comment