Thursday, June 23, 2011

Wanita Cantik Yang Saya Cari

Entah kenapa sejak dari dulu hingga sekarang, saya minat sangat dengan dua wanita yang kini tidak kelihatan kelibatnya. Mungkin anak-anak muda hari ini tidak mengenali Mazuin Hamzah & Julia Rais.

Dolu-dolu, Mazuin Hamzah ni penyanyi kepada kumpulan Quinary M kerana semua nama anggotanya bermula dari M tapi yang saya ingat Mazuin, Mahyun, Mahani & Mazlan. Lagu famous mereka Cinta Palsu. Sweet sangat2 Mazuin ni. Saya pernah tengok dia cameo dalam filem Dia Ibuku lama dulu. Perkahwinan Cinderella Mazuin Hamzah kepada Pengiran Sufri kerabat Di Raja Brunei sangat gilang gemilang. Last news dia dah bercerai afterthah tak ada khabar berita. Nak sangat tengok wajah dia sekarang.

Kalau ada orang yang tahu, harap sangat boleh share.

Saya rasa wanita Malaysia tercantik adalah pelakun Julia Rais. Cantik bangat, berita terakhir beliau mendirikan rumahtangga sebagai permaisuri kedua kepada YM Tengku Mahkota Pahang. Ada terjumpa gambar anak-anak dia kat Internet, Cunn macam bonda & ayahanda mereka.

Art which really amazing

Tuan-tuan & puan-puan,

I admire art & falling deeply in love with all this guys. Just sharing with all of you their lukisan but look like real photo. Their gold hands painted this better than digital camera. Ciptaan Allah sememangnya sempurna. They are Tom Martin & Steve Hank. Their collections for us to share.



Speechless but this is not photo.

Wednesday, June 22, 2011

18SX Sexy Vegies

Just to share photos from Lucu Aneh Unik Blog. Anyway, very creative

Syahdu teramat....for all IBU, UMMI, MAMA, EMAK & MUMMY

Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar seindah lukisan , lambang hidup insan bergelar ibu.

ANDA ADA BERANI...

Salam.

Choose the best for your feet...Tradaaa...

Bahana Trademark Dato' Siti Nurhaliza

Salam.

Hari Ahad dua minggu lepas, saya terbaca ruangan gossip akhbar mingguan mengulas tentang adik perempuan Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah yang berniaga cupcake bersama suami dan bayi mereka. Satu nusantara sedia maklum trademark Dato' Siti Nurhaliza yang kukuh. Dari usia belasan tahun Dato' Siti Nurhaliza memulakan langkah di dunia seni suara negara. Anak remaja ini matang dari usia, tak kenal penat lelah, belajar dari jatuh dan bangun semula, di himpit fitnah dan umpat keji tetapi saya tabik Dato' Siti Nurhaliza atas keutuhan jati diri & peribadi. Dato' Siti Nurhaliza asalnya hanya anak seorang polis yang berbekalkan bakat, suara dan minat semata-mata dalam meniti rintangan hebat sehingga menjadi Penyanyi Ikon Negara.Tidak pernah ada kelas formal bagaimana membawa diri tengah khalayak tetapi beliau pantas belajar dari pengalaman. Bukan mudah kerana ianya tidak sama seperti ilmu yang kita tuntut di Universiti. Berlandaskan
pengalaman, pemerhatian dan pengamatan beliau yang tidak boleh diterjemahkan semula ke bentuk ilmu, beliau hadir dalam pakej lengkap iaitu bakat, rupa dan budi bahasa. Itulah keunikan Dato' Siti Nurhaliza yang tiada dalam penyanyi-penyanyi lain walaupun adik beradik sendiri.

Sejak dari mula Siti Saerah melangkah ke kilauan lampu glamour dunia hiburan, mereka sering diperbandingkan. Kita lupa bahawa Allah tidak pernah menjadikan manusia itu serupa 100% walaupun mereka kembar. Adik-beradik ini dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi peribadi mereka pasti berbeza. Wartawan tersebut terjumpa Siti Saerah di pusat hiburan berhampiran bersama suami. Memang tidak manis kehadiran Siti Saerah dalam hiruk pikuk mereka yang sedang berdansa di kelab hiburan tetapi dia hadir bersama suami. Itu hak mereka sebagai individu dan saya fikir Dato' Siti Nurhaliza juga tidak berhak mencampuri urusan mereka suami isteri kecuali menasihatkan Siti Saerah supaya menjaga tingkah laku. Harap sangat Siti Saerah dapat memahami aura trademark kakak beliau dan seboleh-bolehnya menjaganya sebaik mungkin.

Memang saya akui, kadang-kadang cara berpakaian, percakapan Siti Saerah jauh berbeza dengan Dato' Siti Nurhaliza tetapi kita tidak berhak menghukum beliau kerana dia adik kepada Dato' Siti Nurhaliza. Doakan Siti Saerah bahagia bersama keluarga, dapat berjaya atas usaha sendiri walaupun hanya berniaga di kaki lima. Semoga terbuka pintu hati Siti Saerah mencontohi cara berpakaian dan peradaban tinggi Dato' Siti Nurhaliza. Walau apapun dugaan yang dihadapi oleh keluarga Dato' Siti Nurhaliza, marilah kita doakan ianya selesai secara baik. Itulah penangan seorang insan yang bernama Dato' Siti Nurhaliza. Dari remaja hingga sekarang, segalanya jadi perhatian masyarakat. Bila bujang ditanya bila hendak mendirikan rumahtangga, bila hendak berumahtangga kenapa bila duda, bila dah berumah tangga bila pula hendak menambah ahli keluarga, entahlah kita manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada.

Tuesday, June 21, 2011

My heart, My Soul & their Manja

Salam.

My heart & my soul always my priority. Just to share their activities & arwah pets Tobby Bobby & Tommy Moomy + Amjad

Arwah Tobby & Tommy

Amjad Lokman

Buah hati

That's all.