Monday, November 21, 2011

Bila anak gadis saya berahsia

Salam.

Baru-baru saya alami keakraban anak gadis saya dengan kawan. Ianya bermula begini:-
Selepas pulang berhari raya di kampung, saya menunggu anak perempuan saya balik dari sekolah sesi petang. Dalam menunggu tercegat disebelah saya seorang budak lelaki remaja tidak beruniform sekolah mengisyaratkan saya menurun cermin kereta. Airmukanya nampak baik dan apabila saya menurunkan cermin kereta lantas perbualan ini terjadi.

Remaja Lelaki: Assalammualaikum, kakak.
(Tak pasal-pasal dia panggil saya kakak)
Saya: Waalaikumsalam, kenapa dek? (hati saya berdebar)
Remaja Lelaki: Saya XXXXXX, saya suka anak kakak Wardah. Dia baik, pandai
pastu saya nak raya kerumah dia.
(Rumah Wardah bukan ke rumah saya?)
Lama saya terdiam...
Remaja Lelaki: Boleh tak kakak? Saya datang ramai-ramai.
Saya: Makcik tak marah kamu nak beraya tapi Makcik tak berminat kalau
untuk benda-benda lain. Kamu sekolah lagi, belajar dulu. makcik
pun tak galakkan anak-anak makcik ke arah lain.
Muka remaja tu berubah dengan kata-kata tegas saya.
Remaja Lelaki: Tak pelah makcik, saya tanya aje.
Saya : makcik mintak maaf sangat2.

Ya Allah, beraninya anak jantan Melayu hari ini, hanya berminat pada anak gadis orang boleh bertanyakan ibunya secara langsung tanpa segan silu. Kalaulah dalam pelajaran mereka tidak segan silu bertanya guru, alangkah baiknya.

Saya dan Along berpakat menduga Adek. Kami membeli SIM Card baru dan menghantar SMS.

Kami: Wada, aq nak g rye umah k0, Bleh ke? Ag XXXXX 2 XXXXX. Klu bleh reply.

Adek: Ape mslh ko kacau aq? Jgn kacau

Kami: Ko ni blagak gile la...aq nak braye je, nak kenal ko. Slah ke?

Adek : Aq x ske ko

Kami: HOIIII Wada, ko ingat ko bgos sgt? Ctek Cdek sgt? Nti ko abis sklah
mggu dpn. ko ingat aq ni tkut...Puihhh

Adek: ska ati ko, aq cbok. ko sms g aq bgtau fly aq.

Kami: ko ingat aq tkOt...sowila seyes aq ngah keletar kpala lutut

No reply from her till night time but her face showed that dia really susah hati. We pretending asking her but she told us she was okay. At nite I received 1 sms from her close fren.

Friend: Bbi, ko kacau kwn aq nape? X de keje? Wat keje dungu, blaja la cbok kacau kwn org. Ko kacau kwn aq Isnin ni repot plis. dh kls last prasan nak kaple ngan kwn aq. X cukup cermin ko terjun tasek kota kemuning.

Ya Allah, terkejut saya dengan pembelaan kawan baik dia. Esoknya saya berterus terang dengan wardah, dia melompat malu. Saya tanya kenapa tak beritau kami? Jawabnya dia boleh handle sendiri tapi kami ingatkan dia andai benar2 terjadi dia MESTI berterus terang dengan kami. Moralnya anak-anak gadis kita perlu dipantau demi untuk kebaikan, saya perlu menjadi kawan @ sahabat paling rapat Wardah. Itu satu pelajaran amat bermakna bagi saya.

Sesungguhnya, kaseh ibu kekal selamanya dunia dan akhirat. semuga semua anak-anak kita sentiasa dilindungi ALLAH.


Dia tekun belajar, lembut dan penakut orangnya tapi di rumah macam singa. Mudah-mudahan adek pandai jaga diri. Kami sangat sayang Adek.

4 comments:

  1. Memang remaja sekarang ni berani sungguh. Dengan cikgu pun dema berterus terang bagitau macam2 hal, dia suka kat orang tu, suka kat orang ni.

    Alhamdulillah Wardah seorang yg tak mudah diganggu gugat maruahnya, mempunyai rakan baik yg sangat penyayang & protective serta keluarga yg amat mengambil berat tentang dirinya. Semoga dia terus kuat menghadapi dugaan & cabaran sebegini.

    ReplyDelete
  2. mmng brani budak tuh. tp sbnarnya rmai bdk2 la ni bprangai bgitu. tak bleh nk salahkn mrk coz salah parents jugak t.de ms nk mmupuk nilai2 murni pd ank mrk....tngoklah budi bhs mrk, sdih!

    syukur wardah dpt mak yg prihatin ;)

    ReplyDelete
  3. salam kenal

    sgt risau dengan dunia sekarang.saya juga ada anak dara yg kian membesar

    semoga Allah lindungi mereka dar org2 yg berniat jahat.amni

    ReplyDelete
  4. hepi :)
    saya khatam blog ini akhirnya

    ReplyDelete