Friday, January 4, 2013

KISAH NAFSU SONGSANG GAY & USIA

Salam Jumaat,

Bila dah menjadi Warga Gangsa ni, banyak Allah gerakkan hati saya untuk berkawan dengan semua lapisan masyarakat tak kira di alam nyata ataupun alam maya. Kisah2 penderitaan PLU tak kira lelaki dan wanita begitu meruntun naluri saya.

Semalam saya berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Yuss disebuah cafe di Shah Alam, lunch bersama. Berkenalan menerusi alam maya dan dia beriya-iya untuk berjumpa saya hanya kerana blog sahabat saya Naj Mi dari blog Hidup Mesti Diteruskan. Alhamdulillah melalui Naj Mi saya ada ramai sahabat baik yang baru pasti boleh menambahkan ceria suasana makan tengah hari saya. Saya ada Azana, Kinah, Hakimi, Awan TerPlu, Azam Ali yang sentiasa memastikan saya sihat dan gembira selain sahabat2 saya yang sedia ada. Terima kasih Najmi, blog anda membawa saya dan mereka ke jalan Allah kerana anda semua tidak pernah minta untuk diuji tetapi dipilih Allah untuk diuji. Berjumpa Yuss, membawa saya semakin mendekati Illahi

Yuss, seorang pensyarah di salah sebuah pusat pengajian tinggi di sini, berkahwin dan ada anak perempuan yang comel, isteri guru sekolah menengah yang baik, Yuss bijak, tampan dan bergaya. Pada mata saya, tiada gambaran Yuss seorang gay tetapi kalau pada pandangan lelaki Gay mereka pasti tahu Yuss adalah Gay. Hanya Gay yang kenal Gay walaupun hanya dengan sekilas pandang. Saya ringkaskan perbualan saya dengan Yuss semalam. Yus adalah seorang Gay Tegar sebelum berkahwin dan masih melakukan aktiviti tersebut sehingga dua tahun lepas tetapi berhenti terus setelah menerima hidayah Allah selepas selalu membaca blog Najmi dan menerima telefon dari anak semasa sedang berada di sauna berseronok bersama kawan2 gay. Dia rakamkan suara anak menangis yang dia perdengarkan kepada saya. "Papa, XXXX nak Papa, Papa XXXX nak main dengan Papa" dan saya syukuri nikmat Allah kerana membuka hati Yuss untuk bertaubat. Dia membaca luahan perasaan Najmi tentang perkahwinan dan zuriat serta kepayahan beliau untuk memperolehinya, sedangkan dia ada seorang zuriat yang sentiasa menunggu kepulangannya. Isteri yang baik, seandainya dia terkena HIV dan sebarkan kepada isteri, siapakah yang patut dipersalahkan. Nasihat Najmi melalui email menasihatkan dia supaya menyayangi isteri, tinggalkan dunia gay benar2 menusuk ke hati. Akhirnya dia ke masjid Shah Alam, melakukan solat taubat dan berjanji kepada diri sendiri untuk kembali menjadi lelaki normal walaupun amat sukar. Kalau saya boleh menjadi seperti Naj Mi, syukurnya saya.

Dari Najmi saya bersahabat dengan Hakimi, bernaluri songsang tetapi tidak pernah terjebak, bertahan sedaya upaya melawan perasaan dengan ibadat dan takwa. Sentiasa berdoa dibukakan hati oleh Allah untuk mencintai wanita dan berkahwin, menurut Hakimi peningkatan usia satu tekanan kepada mereka. Apabila mencecah usia 25 tahun, gay akan resah kerana isu kawin akan menjadi soalah wajib dari kawan2, keluarga dan saudara mara. Apa yang boleh dijawab selain tiada jodoh lagi sedangkan ramai wanita yang jatuh hati tetapi hati mereka hanya untuk lelaki yang tampan bergaya. Nak beritahu ibubapa, "Mama pinangkan saya Syafiq" pastinya tidak mampu untuk diungkapkan kerana yang haram tetap haram. Kalau ke masjid terpaksa tidak memandang sekeliling kerana Hakimi takut dosa dan gelora nafsu yang membawa kepada khayalan yang sia-sia. Aduh, rupanya mereka  sama seperti wanita juga, lelaki gay sangat sensitif dengan usia. Naluri ini hadir sejak lahir dalam diri mereka, tidak diasah tetapi semulajadi dan caranya hanyalah bertahan dan dekatkan diri dengan Tuhan. Blog Hakimi adalah Kembara Menjadi Muslim Awesome. Saya malu dengan Hakimi bila membaca blog beliau, tabah dan redha dengan ketentuan takdir Illahi tetapi berjuang berhabis-habisan menentang hasutan syaitan yang tidak pernah kenal erti bosan.

Dalam facebook saya berkawan dengan Awan TerPlu, kisah hampir sama dengan Hakimi. Adakalanya Awan sanggup unfriend kawan2 gay sebab terlampau sayangkan mereka tetapi selagi mereka tidak mahu keluar dari dunia gay, Awan TerPlu tidak mahu berkawan dengan mereka semula. Sanggup bertahan dengan sehabis tenaga dan nyawa, biar mati tapi untuk melanggar perintah Allah beliau sanggup mengorbankan segalanya. Ya Allah, saya doakan anda semua yang telah bertaubat dan diduga semoga menjadikan Allah sahabat trbaik, sedih dengan dugaan anda tetapi saya hanyalah manusia biasa dan hanya kepada Allah saya mampu berdoa agar semua sentiasa dilindungi dan kuat menahan segala dugaan.

Terima kasih para sahabat.

33 comments:

  1. Alhamudlillah harap Yuss, Hakimi dan Awan dirahmati Allah dikuatkan iman dan sentiasa berterusan dapat melawan segala dugaan godaan syaitan. AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Najmi, Ya Allah, kuatkanlah semangat mereka, tabahkanlah hati mereka, semuga mereka sentiasa dibawah perlindungan MU. Allah bless you Najmi

      Delete
  2. kak..saya pun baca blog Naj Mi
    dr situ saya tahu ada 'alam lain' yang sukar difahami oleh org biasa
    dunia pekerjaan saya..sering berjumpa dgn mereka2 yg mengalami krisi identiti ini.

    dan berita gembira..salah seorang dr mereka baru je kahwin hujung bulan lepas..dan saya harap dia akan berjaya hidup normal setelah mmpunyai isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Irfa, semuga Irfa juga sentiasa diberkati Allah. Alam lain yg tak pernah kita terfikir kewujudannya, InsyaAllah pasangan ini akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

      Delete
  3. Berat sungguh ujian dan dugaan mereka itu, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu berat tetapi AA Allah hanya menduga mereka yang mampu. Thx

      Delete
  4. harapnya mereka bertiga dan yg lain.... akan berjaya melawan dugaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Munna, kagum sangat dgn semangat mereka

      Delete
  5. Semoga mereka kuat dan tabah menghadapi melawan dan sentiasa mendapat hidayah Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih mak chaq atas sikap positif mak chaq harap dicontohi jugak oleh org lain

      Delete
  6. Kdg2 tak tanu kita nk cakap macam mana kan!

    ReplyDelete
  7. Berat sungguh dugaan bagi mereka. Saya doakan semoga mereka terus kuat & tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dinas, walaupun dengan sepotong doa In shaa Allah nereka pasti dapat melaluinya

      Delete
  8. mereka perlukan kekuatan..
    dan kita sebagai orang sekeliling mereka perlu membantu mereka. bantulah walau sekadar sekeping doa atau sepotong nasihat (^_~)

    ReplyDelete
  9. ziarah kembali..saya dah follow...

    ReplyDelete
  10. sukar nk percaya seorg suami dan ayah adalah gay...tp itulah hakikat yg tersembunyi
    tp yg penting kesedaran utk berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kenyataan yang amat sukar untuk diterima tapi sebenarnya realiti

      Delete
  11. WuMing ada satu tabiat buruk... bukan Gay... tapi suka makan kicap... susah pula nak berhenti...

    Kih..kih..kih... gurau saja.. Sebenarnya kita perlu beri peluang kepada orang yang pernah buat salah. Bukan menghukum mereka...

    Seperti Yuss... siapa sangka dia boleh insaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WuMIng memang pandai berkata2, betul mereka perlu diberi peluang kedua, yuss termakan nasihat najmi Wuming dari blog hidup mesti diteruskan.

      Delete
  12. Syukurlah... bila terjebak tapi andai masih ada walau sejalur iman kalau terus dipupuk iman yg sejalur itu akan terus menjadi dinding yg kukuh dari hasutan syaitan laknat. Benteng iman kena kuat disamping terus mendekatkan diri pada agama. Kita doakan mereka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak terima kasih, kita perlu doakan mereka bukan sisihkan mereka

      Delete
  13. moga Allah memberi mereka kekuatan dan ketabahan, juga mengampuni dosa dan kesilapan mereka sebelum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih ibuintan, InsyaAllah dengan doa Ibuintan, tergerak hati mereka untuk terus melawan nafsu songsang mereka

      Delete
  14. saya suka entry nih kak. saya juga tak keberatan utk berkawan dgn golongan macam ini. ada juga saya nasihat2kan. mana yang hati nya boleh terima teguran, masih mmpu senyum. mana yang tak mmpu, dia akan kata..." ko ingat aku mintak jadik macam nih? dah Allah swt jadikan aku gini " haa!! boleh?. pada saya...apa yang Allah swt jadikan tiada cacat cela, jika ada kkurangan itu ujian. ujian utk kita tentang dan buktikan yang kita mmpu jadi hamba yang baik dan tidak melanggar hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Bonda Ryan, kita manusia mesti bersyukur dengan apa yang ada. Sama2 kita muhasabah diri.

      Delete
  15. salam mak wardah.. sy jmpe blog ni dr blog bro naj mi jugak. ingin sgt jmpe dgn mak wardah utk berkongsi cerita n dptkan sokongan.. camne nk ctc mak wardah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Sabby tak perasan. Boleh sangat nak contact tapi sabby bagi dulu email sabby. Akak happy jer nak kawan dgn sabby.

      Delete
  16. Susah betul nak berubahlah,Ada ke sesape yang dah tak gay lagi ?sedihlah...

    ReplyDelete