Thursday, February 28, 2013

Saya Keliru: Melayu Pasti Muslim di Malaysia

Salam Rabu.
Saya kadang2 keliru dalam bab makan2 ni, sebab saya  seorang ibu Muslim, Melayu dan Berkerjaya. Bab makanan ni sangat agak sensitif tambah2 lagi bila saya berkecimpung dalam bidang ini dari awal sampai akhir pembuatannya. Alhamdulillah kita di Malaysia tak pernah kebuluran, malahan kita banyak membuat pembaziran makanan. Dunia semakin moden, segalanya jadi mudah, dari perhubungan sehingga ke makanan, kalau ada duit semuanya boleh ditunjuk dengan jari. Baru-baru ini, saya membuat kajian mengenai pasaran makanan halal bayi dan kanak2 bawah 5 tahun di Malaysia, tiada pengusaha Melayu kerana saya inginkan produk yang diusahakan oleh usahawan MELAYU MUSLIM


Saya ibu yang kolot, kalau anak2 saya nak makan apa2 yang mereka teringin, saya akan cuba penuhi. Adakalanya anak2 dah kenyangpun contohnya bila manja Amjad saya nak makan roti planta, tengah malampun saya sanggup pergi. Cara saya salahkan...tapi hati saya tak senang selagi tak penuhi selera tiba2 anak2 saya. Bertuah saya dilahirkan sebagai Melayu dan di bumi Malaysia kerana kalau orang kata saya Melayu automatically saya adalah Muslim. Di Malaysia, Melayu itu Muslim, Muslim itu belum tentu Melayu. Alhamdulillah saya Melayu dan warganegara Malaysia. Hanya satu negara di dunia, Melayu pasti Muslim.


Sayangnya walaupun kaum Melayu majoriti dari rakyat Malaysia, tetapi kebanyakan pengusaha makanan halal diusahakan oleh kaum lain. Prinsip saya, Halal adalah suci, bersih dan berkhasiat di makan. Dalam hubungan saya dengan JAKIM, saya yakin makanan yang halal boleh mencegah diri pemakannya dari ingkar kepada perintah Allah. Khasiat makanan akan menjadi darah daging kita, membentuk hati kita, kalau asal pembentukannya dari bahan yang kurang bersih, saya takut hatinya juga sebegitu. Itu pandangan kolot saya, sebab pada suatu hari pernah seorang kawan perempuan Wardah yang menumpang kereta saya ke tuition complaint di depan saya kerana saya bawak mereka makan nasi ayam di kedai melayu dengan cara begini: "Your mum really fussy on choosing the shop, nasi ayam at the Chinese stall there also Halal, the workers and tukang masak all wearing tudung".Maaf tuan puan yang berniaga, berhati2lah dengan perniagaan sebegini, kadang2 Indonesian workers yang bertudung itu bukan semestinya MUSLIM. Maaf kalau ada yang tersinggung, tapi disebabkan itu Along dengan Wardah sgt takut makan dengan keluarga kawan mereka ini. Alongpun ada kawan sebaya iaitu abang kepada kawan Wardah ini. Teruk betul saya ni...memang betulpun fussy.


Lagi satu sikap kolot saya sebagai ibu, walaupun produk sejuk beku tu ada pengesahan Halal Jakim tetapi kalau pengeluarnya bukan Melayu saya tetap pilih Melayu jugak. Contohnya Hotdog, burger dan makanan yang sama, saya tetap pilih Ramly Burger sebab dia Melayu. Prinsip saya, mahal sikit tak apa, janji anak2 saya suka dan sedap, mahalpun akan jadi hak orang Melayu. Duit saya akan jadi hak milik Melayu. Bodohkan saya...Anak2pun terikut contohnya kalau kami ke pasar atau pasar malam, walaupun ikan penjual pasar malam tu kurang cantik atau segar, Along akan paksa saya beli pada penjual Melayu sebab dia hanya yakin pada penjual Melayu. Itu namanya "Mak Borek Anak Rintik".

 Lagi satu sikap kolot saya yang di warisi Along, kalau nak makan KFC, McD, Pizza atau apa2pun kedai Francise, dia akan makan hanya di kedai kepunyaan Melayu. Dia kata kalau Muslim, dia mesti tahu halal atau haram padahalnya semuanya dah ada pengesahan Halal. Dah mak kolot, anakpun sama kolot. Adakalanya nak ketawa bila teringatkan sikap Along. Wardah pulak lepas tuition kalau dia lapar, dia tak nak pergi kedai mamak kat Kota Kemuning sebab dia nampak tukang masak ada pakai nandek di dahi...Cerewet betul anak dara saya. Ini Wardah warisi from the other half, "kemana lagi tumpahnya kuah kalau tak nasi".


  Si Orange ni arwah kucing Wardah, namanya  Muhammad Tobby Bobby ak Abdullah, ini nama dalam ID arwah Tobby. Makna ak tu anak kucing yang Wardah cipta sendiri. Dulu pada 3 tahun pertama, kami beli Royal Canin untuk Tobby, lepas tu Wardah kekedai ada product makanan kucing baru siap free gift khemah untuk kucing, Wardah beli. Wardah pelik Tobby tak lalu makan sebab Tobby ni Kucing Obes...Doctor selalu marah Wardah kerana tidak dietkan Tobby dan bawak exercise.Bila Wardah bawak Tobby jumpa Vet sebab susah hati Tobby tak nak makan makanan baru, Vet kata makanan tu haram ada campuran lemak khinzir. Balik2 dari jumpa Vet, Wardah terus cakap kat Tobby, " kakak so proud of you Tobby, you are truly Muslim Cat, Syurga for you". hahaha until today we always teased her with that. Now Tobby dahpun kembali ke pemilikNYA dan tinggal kenangan untuk Wardah yang sering disalahkan Vet penyumbang kepada obesiti Tobby. Hai, kucingpun sama macam manusia perlukan exercise...statement ni macam menyindir diri sendiri. Jadi Wardah kata Vet tu "marah Tobby sindir mak"


Hah ini gambar saya Adam candid sebab paksa dia makan makanan sunnah, hasil gambar Adam ni buat saya sedar betapa susahnya mengisi dalaman diri sendiri dan anak2. Membesarkan anak2 mungkin mudah, memberi pendidikan kita boleh hantar mereka  ke tadika atau sekolah tetapi pengisian dalaman yang paling susah. Itu pendapat saya setelah menjadi ibu selama 17 tahun. Kekuatan dalaman anak2 amat susah untuk saya penuhi kerana saya tahu iman itu tidak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Saya setuju dengan kata2 bijak pandai dan ilmuan agama dalam mendidik anak2 sama seperti kita bermain layang2, dimasa dia terbang jauh kita tarik talinya, kalau terlalu dekat, kita lepaskan talinya perlahan2 kerana saya ibu yang terlalu kolot sebab itu saya sentiasa genggam erat tali layang2 saya. Saya tidak bijak untuk lepaskan layang2 saya terbang jauh di udara kerana saya rasa bahagia dan tenang kalau layang2 saya sentiasa terbang sederhana tinggi di hadapan mata. Apa pendapat anda? Harap anda semua sudi berkongsi...terima kasih.

Wednesday, February 27, 2013

Bila saya kenyit mata pada orang....

Salam Selasa.

Alhamdulillah, saya selamat pergi dan kembali dari Kuantan untuk menghadiri jemputan JAIP untuk Program Masjid Cemerlang Negeri Pahang dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj dan tutur dihadiri pembesar2 negeri Pahang. Turut meramaikan adalah kariah masjid yang terpilih iaitu dari 50 buah masjid dan saya melihat lautan lelaki muslim yang memakai baju Melayu berwarna warni.
Kebetulan mata saya ada masalah denyutan di bahagian kelopak bawah mata kanan. Ya Allah, sudah hati saya, takut andainya ada orang nampak dan apa kata orang nanti kalau mata saya berkenyit ketika berbual dengan mereka. Ya Allah, saya berdoa dalam hati agar tak ada hamba Allah yang perasan saya kenyit dia. Ya Allah bantu saya dalam menghadapi situasi ini.

Sampai hari ini kenyitan masih ada, kata Mak Ndak orang2 tua kata nak kena timpa hujan tapi semalam memang kenapun sebab Kuantan hujan lebat. Kata kawan saya nak dengar berita gembira, kalau itu  Alhamdulillah. Ini adlah gambar candid yamg kurang menjadi sebab saya terpaksa menjaga mata saya yang asyik berkenyit. Hahahah itu alasan tetapi saya memang kurang arif tentang berfotografi.


Saya anak jati Pahang, maaf bagi saya YM TM Pahang antara Tengku Mahkota yang terhandsome di Malaysia di zaman mudanya. Berjumpa In Person, saya buat kesimpulan Baginda seorang yang merendah diri dan tegas. Airmuka beliau bila serius nampak sangat tegas tetapi bila dia senyum atau ketawa nampak sangat handsome dan friendly. Tetapi melalui projek2 yang saya lalui dengan kerabat, YM TP Pahang amatlah baik, cantik, ayu bertudung, sangat menghormati waktu solat malahan tidak mengambil berat sangat protokol Keluarga DiRaja. Selesa bergaul dengan rakyat biasa malahan putera puteri baginda juga sama seperti baginda. Putera Puterinya semuanya comel dan tampan belaka.

Saya berharap program kearah masjid cemerlang ini akan menjadi platform bagi umat Islam untuk menjadi masjid pusat aktiviti masyarakat. Imarahkan masjid, muliakan agama, damaikan ummah tanpa mengira fahaman politik dan eratkan persaudaraan. Kita muliakan masjid dan bersatu padu, mesti kita semua akan bahagia. Tolong, kelopak bawah mata kanan saya terus berdenyut, aduhai apakah petanda ini koletrol tinggi...kena pergi check doktor ni. Terima kasih kerana anda sudi membaca.

Friday, February 22, 2013

ATNA,NATO @ JIT @ AFTL

Salam Jumaat.

Semoga anda semua sejahtera...Ya Allah dugaan pagi Jumaat untuk saya bila saya terKena NATO dengan sbuah jabatan kerajaan. PA pengarah telefon saya pukul 7: 51 pagi, memberitahu saya wajib hadir kepejabat mereka pukul 8:15 pagi, ada meeting urgent dengan Pengarah dan semua yang lain. Saya tak sempat masuk pagar office, u turn ke pejabat mereka.  Sampai saya pergi ke lift, saya tunggu kat sana 10 min baru lift dibuka kepada orang2 yg tengah menunggu, direct ke tingkat 9 dan mereka memang NATO.
No Action Talk Only (NATO), pukul 9:00 pagi baru mereka sampai so kata tadi pukul 8:15 pagi meeting? Ya Allah why cakap tak serupa bikin. Hasilnya saya isi masa dengan aktiviti yang memang tak berfaedah. Ambik gambar sendiri masa meeting sebab:
1. Meeting tanpa agenda
2. Meeting hanya nak inform projek postphone
3. Meeting nak saya beri pendapat dan kronologi yg dah lengkap saya sediakan dalam milestone projek
4. Meeting nak update saya bila PRU13
5. Meeting hanya nak habiskan masa saya.
6. Meeting hanya nak darah saya naik.

Akhirnya, saya kata this is the last time saya nak menghadapi NATO, First and Last. Bukan nak berlagak tapi please hargai masa orang lain kalau awak orang suka NATO tapi bukan semua orang kerajaan macam awak semua. Awak tahu saya baru balik dari Kuantan bermesyuarat dengan MUIP dan JAIP semalam, semua Kadi2 tu datang JIT (Just In Time), Saya hormat mereka yang berilmu, muda tetapi tepati masa dan hormat masa orang lain. Saya rasa kalau anda yang dah lama berkhidmat bersikap macam mereka pasti rakyat bahagia. Mereka boleh buat MS Garden Hotel Halal tanpa Syubahah, Masjid dikunjungi orang luar, Ya Allah syukur Alhamdulillah saya berjumpa mereka, Alhamdulillah syukur pada Allah rezeki saya juga, pada 26 hb ini saya dijemput hadir ke MS Garden sempena Majlis Masjid Gemilang Negeri Pahang dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang yang handsome dan saya juga suka melihat permaisuri baginda yang merendah diri dan sopan ayu bertudung. Ini bukti mesyuarat kami membuatkan saya amat bahagia. bertemu pelancong2 luar negara yang kagum dengan pengurusan masjid kita.

Gambar ini bukti kejayaan pegawai2 agama(kadhi) yang masih muda belia 

Ya Allah, semuga semua urusan saya, dan kawan2 maya saya dipermudahkan dan setiap langkah kami sentiasa diberkati Ya Allah....Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang

ATNA- All Talk No Action
NATO- No Action Talk Only
JIT- Just In Time
AFTL- Action First Talk Later

Monday, February 18, 2013

Perkongsian Sahabat Maya --->Tirana Aduka: Cara Menegur Dalam Solat Jumaat

Untuk kebaikan bersama:- Tirana Aduka: Cara Menegur Dalam Solat Jumaat: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Aku Bersyukur pada mu...amin amin Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari...

Thursday, February 14, 2013

Bakal Menantu....Lelaki Kesayangan Saya Ini

Nama anak lelaki saya Muhammad Iqbal, di lahirkan pada 7 hb Oktober 1995 pada pukul 1.01 tengahari. Berat semasa lahir adalah 3.99 kg dengan panjang 32.7 cm. Anak sulung kami yang kecilnya berkulit putih melepak dan bulat tetapi dengan peningkatan usia dan pendedahan kepada cahaya matahari menjadi beliau berkulit sawo matang. Doktor pakar yang menyambut kelahirannya bernama Dr. Siti Esah Bahari, Selangor Medical Centre  dan sedari lahirnya Iqbal sangat disayangi Mak Ndak.
Lelaki ini sukakan aktiviti lasak tetapi tidak berminat dengan bolasepak tetapi menjadikan rugby sukan pilihannya, Paintball dan Go-kart sebagai aktiviti mingguan. Beliau bukanlah seorang yang pengemas tetapi sangat pembersih terutama tandas. Suka melancong dan berjalan-jalan tetapi cerewet dalam pemilihan pakaian dan gaya penataan diri, Tidak suka baju berkolar sebab panas dan tidak akan berseluar pendek sebab bagi dia tidak selesa. Beliau akan membawa segala gadget dalam beg sandangnya bersama air mineral.
Dari segi ketaatan kepada orang tua, lelaki ini ada ketaatannya tetapi setiap kali ditegur dia pasti pantas menjawab balik dengan fakta dan kita juga perlu menjawab dengan fakta. Contohnya: Mak Ndak selalu ingatkan dia makan nasi dan kurangkan makan roti, dia pasti jawab cakap mak ndak dengan fakta seperti, Karbohidrat dalam pyramid makanan di mana letaknya nasi dan roti. Mak Ndak selalu rungsing tentang keselamatan kalau dia keluar kemana2 tetapi dia kata dia baca ayat Qursi nak tidur dan bangun pagi, mak ndak jgn risau seharian dia dilindungiNya. 
Inovatif orangnya, suka mencipta dan membuat perkara2 baru, selalu membantu mak ndak mengemas rumah, membaiki kerosakan peralatan rumah dan sukakan cabaran. Sukakan air dan aktiviti lasak yang buatkan jantung mak ndak lemah. Lelaki ini juga pembantu peribadi mak ndak yang taat dan jujur. Akhirnya hari ini dengan rasmi, mak ndak umumkan tanah kebun getah mak ndak dan tanah kampung akan menjadi milik lelaki ini termasuk sebuah rumah pangsapuri di Seksyen 19, Shah Alam. Kata Mak Ndak, dia yakin adik-adik dan sepupu-sepupu yang lain boleh menumpang lelaki ini.
Lelaki ini sangat melindungi ahli keluarganya terutama adik2nya, Wardah, Adam dan Amjad. Selalu cuba membantu kami memenuhi keperluan adik2nya. Ada masa dia akan membuli kami semua dengan benda2 yang kadang2 sangat terasa nak pulas telinga dia. Pergerakannya pantas, dari tingkat atas ke bawah dia hanya akan melompat 3 kali di tangga dan senyap2 intai mak ndak di dapur. Selalu usik mak ndak sebab dia suka kalau mak ndak melatah. Dia juga peneman mak ndak ke Pasar seksyen 6, Shah Alam, dan kemana2 sejak dia ada lesen.
Bab makanan dia, bakal menantu saya agak mudah menyediakannya, nasi mesti kuah banjir dan kurma adalah kegemarannya. Yang paling senang, menunya jangan ada bawang merah dan bawang putih, cili, bawang goreng dan sayur. Hamba Allah ini dari umur 7 tahun sampai sekarang tidak makan bawang2, cili dan sayur. Menunya maggi goreng kosong, hanya telur dan ayam, dan semuanya kosong tapi minuman mesti carrot susu, dan sepanjang hari dia minum banyak air kosong dan susu.Kueh semua yang garing dan biskut2 dia suka. Lelaki ini suka kueh dan makanan tradisional seperti dodol, lepat, lemang, lempuk dan emping. Selera lelaki ini rumit kerana bercampur aduk tetapi lebih kepada mat salleh dan mamak. Dia pandai sediakan makanannya sendiri tanpa bantuan.
Cita-citanya tinggi, ingin menjadi researcher dalam bidang ketenteraan, mencipta senjata2 baru dan amat sukakan cabaran dalam bidang ini. Bercita2 ingin menukarkan germicep (bahan kimia) yang digunakan untuk memandikan jenazah PLHIV kepada yang harum baunya dan banyak lagi inovasi yang dia ingin lakukan. Yang paling sadis, pemeriksaan DNA secara RFID, contoh ibu yang buang anak akan dikesan sekiranya dia berada 5 meter dari anak kandungnya dimana automatically ada alarm yang dikeluarkan oleh alat RFID. Ini memudahkan dia menyorokkan Adam dan Amjad dari ibu kandung mereka. Saya tidak pernah tengok dia menonton AF, atau apa2 rancangan tv Melayu melainkan Macam2 Aznil dan Maharaja Lawak dan dia tidak suka Sinetron. Alasan tak logik dan adakalanya Syirik. Peminat tegar Taylor Swift dan dalam keretanya hanya ada lagu2 Taylor Swift sahaja buatkan saya sangat bosan.

Aduhai bakal menantu, harap dapat memahami lelaki kesayangan saya ini, dalam pandainya ada kekurangan, dalam kebaikannya ada kenakalannya, dalam kepekaannya ada kealpaannya, dalam sikap pengasihnya ada juga sikap kelupaannya, terimalah lelaki ini seadanya. Selama ini lelaki ini tidak pernah ada makwe sebab dia bukanlah lelaki romantik kerana lelaki ini sangat sempoi. Emak doakan segala yang terbaik untuk Along anak lelaki yang paling mak sayang, semoga menjadi Along yang soleh, Along yang prihatin terhadap adik2 dan paling penting Along yang sentiasa mencari keberkatan Allah dalam hidup kerana hanya doa Along boleh membantu kami di sana nanti. Ameenn.

Wednesday, February 13, 2013

Aku hanya hiasan di halamanmu


Sunyi senyap kediaman kami, empty nest syndrome, tuan aku keluar berjalan2, tinggal aku yang hampir pencen dan dia berdua sahaja. Bosan!!! Iqbal sudah keluar dengan adeknya Wardah dan Mak Ndak ke Giant Bukit Rimau. Dulu waktu kecilnya mereka akulah yang di heret ke hulu dan hilir, ke darat dan ke baruh. Sedarlah diri, yang muda pasti tua, yang baru mesti lama dan yang hidup pasti mati. Sedih jugak rasa hati.
Sepinya hidup tanpa mereka, bagaikan alam belantara yang hanya ada aku dan dia.  Hanya pokok-pokok ini yang dapat menghiburkan kami berdua. Mereka dah remaja dan tak perlukan kami lagi. Dah hampir lupuspun. Dulu nak ke kumon pun bawak kami, nak ke padangpun bawak kami, nak bermain di tamanpun wajib ada kami tapi sekarang Iqbal dah lupakan kami terus. Wardahpun sama. Mentang2 iqbal dah ada lesen dan tayar empat, sapalah kami pada mata mereka berdua. Kau lupa pada aku askar pencen dan mirange (minah orange), kau lupa pada bakti kami wahai Iqbal dan Wardah, kau lupa dengan kesetiaan kami. tergamak kau nak bagi aku kepada lori besi buruk. Dah 6 tahun aku bersama dengan kau berdua tapi sejak ada dua ekor basikal motor hijau merah tu kau biarkan kami jadi hiasan halaman rumahmu. Hari ini kami berdua terkujat bila Iqbal kata "Askar, nanti aku baiki elok2 ye, Along sedekahkan askar pada bibik". Salam perpisahan hampir tiba. "Askarlah basikal Along paling sayang dalam hidup Along. Duduk baik2 dengan bibik ye...." kata Along sambil melihat tubuh badan aku yang dah makin layu. 
Para pembaca itulah kita manusia, tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Dari basikal kecil, beralih ke basikal besar, beralih ke basikal mountain bike dan akhir sekali basikal motor, akhirnya bila cukup umur mereka memandu kereta. Alhamdulillah ada rezeki, ada kesihatan, ada keperluan kita berubah dari satu takuk ke takuk baru. Khas untuk anak2 kesayangan saya, jangan lupa jasa orang lain pada kita, jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan lupa berterimakasih kepada orang lain dan ingatlah perkataan Alhamdulillah sepanjang masa. Jangan ungkit keburukan orang lain tapi muliakan kebaikan mereka, jadilah insan yang saling melengkapi, In Shaa Allah, hidup Along dan Adek sentiasa di berkati. Walau siapapun kita sentiasa berjalan tunduk ke bumi, jangan lupa kalau mendongak pasti Along Adek terjatuh, akan terjatuh kerana mak pasti kita dalam hidup mesti selalu muhasabah diri, mesti ada rasa rendah diri, itulah harapan mak kerana kebahagiaan dalam hidup bukan hanya kejayaan dalam pelajaran, kekayaan harta benda tapi ianya adalah KEBERKATAN.