Wednesday, February 27, 2013

Bila saya kenyit mata pada orang....

Salam Selasa.

Alhamdulillah, saya selamat pergi dan kembali dari Kuantan untuk menghadiri jemputan JAIP untuk Program Masjid Cemerlang Negeri Pahang dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj dan tutur dihadiri pembesar2 negeri Pahang. Turut meramaikan adalah kariah masjid yang terpilih iaitu dari 50 buah masjid dan saya melihat lautan lelaki muslim yang memakai baju Melayu berwarna warni.
Kebetulan mata saya ada masalah denyutan di bahagian kelopak bawah mata kanan. Ya Allah, sudah hati saya, takut andainya ada orang nampak dan apa kata orang nanti kalau mata saya berkenyit ketika berbual dengan mereka. Ya Allah, saya berdoa dalam hati agar tak ada hamba Allah yang perasan saya kenyit dia. Ya Allah bantu saya dalam menghadapi situasi ini.

Sampai hari ini kenyitan masih ada, kata Mak Ndak orang2 tua kata nak kena timpa hujan tapi semalam memang kenapun sebab Kuantan hujan lebat. Kata kawan saya nak dengar berita gembira, kalau itu  Alhamdulillah. Ini adlah gambar candid yamg kurang menjadi sebab saya terpaksa menjaga mata saya yang asyik berkenyit. Hahahah itu alasan tetapi saya memang kurang arif tentang berfotografi.


Saya anak jati Pahang, maaf bagi saya YM TM Pahang antara Tengku Mahkota yang terhandsome di Malaysia di zaman mudanya. Berjumpa In Person, saya buat kesimpulan Baginda seorang yang merendah diri dan tegas. Airmuka beliau bila serius nampak sangat tegas tetapi bila dia senyum atau ketawa nampak sangat handsome dan friendly. Tetapi melalui projek2 yang saya lalui dengan kerabat, YM TP Pahang amatlah baik, cantik, ayu bertudung, sangat menghormati waktu solat malahan tidak mengambil berat sangat protokol Keluarga DiRaja. Selesa bergaul dengan rakyat biasa malahan putera puteri baginda juga sama seperti baginda. Putera Puterinya semuanya comel dan tampan belaka.

Saya berharap program kearah masjid cemerlang ini akan menjadi platform bagi umat Islam untuk menjadi masjid pusat aktiviti masyarakat. Imarahkan masjid, muliakan agama, damaikan ummah tanpa mengira fahaman politik dan eratkan persaudaraan. Kita muliakan masjid dan bersatu padu, mesti kita semua akan bahagia. Tolong, kelopak bawah mata kanan saya terus berdenyut, aduhai apakah petanda ini koletrol tinggi...kena pergi check doktor ni. Terima kasih kerana anda sudi membaca.

24 comments:

  1. kleopak mata bergerak2 ni byk juga mitosnyer.. baik cek ke doktor ajelah ye eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah, Daddy Ziyad dah jawankan. KA takut org salah anggap.

      Delete
  2. Salam MW. Saya pernah jugak bergerak2 kelopak mata gitu. Paling lama ialah hujung tahun 2011. Sebulan lebih. Tapi bukan sampai terkenyit, cuma bergerak2 saja. Lepas sebulan lebih tu dia berenti sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinas baca apa komen Daddy Ziyyad. Lama betul Dinas kena.

      Delete
  3. dulu saya kerap mengalami kenyit mata ni..... tapi sekarang sudah tidak lagi.... x pasti cmne bleh hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya mata Hajar dah okay tak stress atau penat lagi, Alhamdulillah

      Delete
  4. Askm. Suka tudung akak... Kenyit mata? Kalau pedih mata, nai kenyit2 gak.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu, mmg pon YTM Tengku berdua hensem lagi lawa lagi mesra alam.. Pon anak Pahang diriku ini..

      Delete
    2. Nai, tudung beli last minit, jubahpun. Alahai dah tua2 ni pula nak kenyit mata...

      Delete
  5. SY KELANTAN..SO PUJI SULTAN KELANTAN LE..HIHI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, TM Kelantan memang sgt dihormati rakyat

      Delete
  6. Ooohh..itu keadaan dipanggil eyelid twitching..dimana muscles kelopak mata secara diluar kawalan bergetar( mengenyit).Punca paling biasa adalah disebabkan kepenatan/stress. Banyak ambil caffeine pun boleh jadi sebegitu.

    selalunya ia akan twitch selama beberapa hari, dan hilang begitu sahaja..tak perlu ubat. Boleh try banyakkan berehat, spa kan mata tu (letak timun ke apa ke)...dan cuba kurangkan caffeine kalau byk minum kopi/nescefe. Boleh juga try letak artifical eye drop atau EyeMo kalau dlm mata rasa kering..Dlm kes yg serius dan kronik, kena cucuk botox ( botulinum toxin) di bahagian kelopak mata tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, thx. Memang sgt2 betul, akak sgt penat sebab byk outstation, tak cukup tido sebab takut duduk jotel sorang2, byk minum kopi penat kat hotel. Tqvm for sharing. Akak dah spakan mata sebab seraiu sgt kalau sampai kena botox

      Delete
  7. Baru dpt email dr seorang rakan yang kata mata sebelah (tak pasti kiri ker kanan) dia bergerak2 (kenyit lah kut) kemudian dia dpt berita tok sedaranya meninggal dunia, walaupun org2 tua dulu2 ada kaitkan mata begerak2 ni dg kematian orang terdekat atau jauh, apa pun saya rasa semua itu hanya kebetulan kan...wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Allah je yg tahu bila masa ajal maut kita, memang betul ada ramai org percayakan mitos ini. Semua itu hanya kebetulan.

      Delete
  8. Ada ter kenyit kat Tengku Mahkota tak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuanhamba Najmi, tiada keberanian diri hamba pacal yang hina ini untuk bermain mata dengan Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang kerana hamba hanyalah rakyat jelata. YM Tengku Mahkota handsome lagi awet tuh.

      Delete
  9. mak mertua Bapak pun dulu kelopak matanya berdenyut2, bila check doktor, katanya ada masalah saraf...

    ReplyDelete
  10. assalam
    kalu org2 tua dulu selalu ada maksud nya kan
    apapun insyaallah tak ada yg perasan tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx mama sara nur, memang byk maksudnya kalau ikut org tua2 dulu. Doa akak tak ada org yg perasan atau akak yg terlebih perasaan

      Delete
  11. Assalamu'alaikum Mak Wardah

    Mata berdenyut memang banyak dikatakan ada kaitan dengan kejadian yg akan berlaku pd masa depan, tapi sukar utk dibuktikan, apa-apa yg berlaku selepasnya mungkin kebetulan. Rasanya ramai yg mengalaminya, kak werdah juga pernah merasainya berbulan-bulan jugalah, tp akhirnya hilang dengan sendirinya. Jika Mak Wardah rasa perlu jumpalah pakar bagi atasi kebimbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Werdah, saya jumpa blog akak sebab nama hampir sama dengan anak saya. Betul kak, ALhamdulillah daddy ziyyad dah terangkan, thx kak...

      Delete
  12. garang muka mak wardah,kalau terserempak face to face mesti saya ingat(1st impression) mak wardah sombong.hihi.tapi saya suka la tudung mak wardah tu,warna pelangi.nak beli jugak la tapi belum jumpa.heee

    ReplyDelete