Thursday, November 14, 2013

Kehidupan dan Perjalanan

Khas buat Nur Wardah, anak perempuan paling mak sayang,

Sayang, ombak dan pantai, sahabat baik
sepertimana perhubungan kita manusia
Kita insan milikNYA tiada kuasa
Ombak aktif menghakis pantai,

Adakalanya perlahan
 Adakalanya kuat
Tanpa kenal belas kesian dan ehsan
Tanpa kenal erti persahabatan
Allah tumbuhkan bunga indah yang mendamaikan,
Dipantai yang Ombak rosakkan,
 Buat insan kenal erti kesyukuran
Mendung datang, badai berulang
Allah kurniakan perlindungan
Allah kurniakan kedamaian
Allah berikan jalan berliku
Allah tunjukkan jalan pulang
Allah kurniakan rahmat gemilang
Jadilah benih yang baik sayang,
Agar insan lain boleh menumpang di waktu susah dan senang,
Agar insan lain boleh menerima naungan dari hujan dan panas
Agar insan lain boleh menumpang di waktu lapar dan dahaga
Kerana mak yakin sayang, Allah kurniakan anak gadis yang tetap imannya,
Kerana mak yakin sayang, Allah anugerah anak gadis yang mulia hatinya
Kerana mak yakin sayang, Allah berikan mak anak gadis yang terbaik.
Ameen...

8 comments:

  1. Aminn Aminn mudah2an anak2 kita sentiasa dilindungiNYA..dijauhi dari segala dugaan dan godaan duniawi..

    ReplyDelete
  2. As-salam mak wardah..

    Amin.. satu peringatan yang sangat indah buat anugerah yang terindah.. semoga wardah sentiasa dilindungi.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. doakan saja & jgn putus untuk anak2 kita yer MW

    ReplyDelete
  4. insyaallah

    Mana tak tumpah kuah "tom yam" ke nasi, macam mana mak macam tu lah anak yang penting asuhan yang diterima dari insan yang bijak mengasuh..Mudah2an Wardah dan adik beradik lain diberi kejayaan di dunia dan diakhirat....:)

    ReplyDelete
  5. Dah besar dah Wardah.... Semoga anak2 kita semua menjadi anak2 cemerlang dunia dan akhirat..
    Makchaq suka pantai... teringin nak bercuti dipantai..

    ReplyDelete
  6. menarik sungguh kata-kata ini
    mendalam maknanya

    ReplyDelete