Tuesday, December 3, 2013

Bezanya Malaysia China

Salam. Kali ini kita berkongsi pendapat.
1. Ekonomi (Beza China & Malaysia)
a. Kemajuan
Saya nampak China lebih melakukan percubaan yang sangat drastik dalam semua bentuk applikasi pembaharuan teknologi terutama dari segi Renewal Energy dan Green Energy Compliances. Mungkin disebabkan polisi kerajaan dan jumlah rakyat yang berganda.
Kaedah penanaman yang berskala besar dimana kaedahnya masih dipersoalkan dunia, dari segi penggunaan bahan kimia dan sebagainya tetapi sudah wujud kesedaran dalam segi organik dan kesihatan, Waste to Wealth ada di hati mereka tetapi perlu diterapkan dengan baik.
Penyelidikan bagi mendapatkan benih yang baik  lebih advance dari Malaysia tetapi perlu penstrukturan semula kaedahnya mengikut standard pertanian yang baik kerana beza dari segi cuaca dan jumlah hujan berbanding Malaysia. Kaedah penanaman fertigation dan green house berskala besar perlukan pengukura C0 2 yang dilepaskan ke udara selalu dipertikaikan di China perlu di ambil kira dan Malaysia juga (skala kecil) ada isu2 ini.
Renewable Energy dipraktikkan di sana samada menggunakan air, angin dan laut mereka menerokai bidang ini secara serius dan berskala. Tebus tanah yang berlopak dan berair turut mereka lakukan bagi menjadikan mereka gedung tanaman dunia dan mereka lakukan secara bersungguh2.
Kemajuan yang terlalu drastik, debu dan habuk berterbangan dimana pokok2 turut bertukar warna, kesihatan juga pada pendapat saya perlu kawalan. Ada boleh lihat kebanyakan bentuk perumahan mereka sama dan inilah kesan pemerintahan komunis.
Penanaman sayur yang keluasannya saujana mata memandang, tanah2 adalah milik kerajaan sepenuhnya dan diusahakan oleh rakyat dengan sepenuh tenaga dan daya usaha jadi bersyukurlah kita masih memiliki tanah dengan nama sendiri di Malaysia yang tercinta ini.
Kawasan perladangan diairi oleh tasik2 yang berfungsi bukan hanya untuk perikanan tetapi juga pelancungan. Menjadikan setiap sumber alam sangat berharga dimana mereka mula menghargai anugerah semula jadi. Negara yang besar pelbagai cuaca dan suhu menjadikan mereka negara yang sangat indah bagi mata saya.
Inovatif dan basikal (bateri) dan skuter diubahsuai dan sangat cantik, ingin saya bawa pulang tapi pastinya tidak akan tercapai. Ini dekat hotel saya, basikal yang diubahsuai dimana negara mereka sejuk jadi basikal tuan punya lengkapi dgn sarung tangan bagi memanaskan badan dan baju sejuk boleh disarung secara serta merta bila keluar rumah, Disini kereta mereka berbagai bentuk dan adanya yang sangat kelakar contohnya Mercedez yang berkepala kereta api, bermacam jenama mahal tapi diubahsuai mengikut kehendak mereka. Intellectual Property (IP) kalau nak buka sebagai agensi baik lupakan saja.
b. Sosial
Pendapat saya Malaysia jauh lebih baik dari segi penerimaan orang awam dan juga Immigration mereka. Tak kira rakyat sendiri dan orang asing, kita dilayan bagaikan anak tiri di Immigration Airport Kunming. Wajah polis2 wanita mereka cantik tetapi mungkin atas tekanan kerja Immigration/Polis bagaikan ibu cinderella. Kalau di Airport kita, di seluruh Malaysia wajah mereka lembut, sopan dan menawan. Kalau di Malaysia hanya hanya perlu check in sejam awal, disini dinasihatkan 3 jam lebih awal. Panjangnya beratur dalam bentuk ular kena palu.
Tempat pelancongan dijaga dengan baik dan mereka sangat memelihara budaya etnik dan jati diri mereka. Tuan2 dan puan2, saya temui ramai saudara mara saya disini dan saya yakin asal usul keluarga saya dari Yunnan China.
Dari segi media semua di kawal tiada facebook, tiada apa ada ditelevision mereka kecuali cerita dari negara mereka sendiri tapi kalau tuan puan menonton berita negara mereka susah nak kelip mata kerana pengacara TV mereka seperti di bawah.
c. Kadar Kelahiran Anak yang terlalu rendah
Berjalan di merata Kunming, susah nak jumpa anak2 kecil dan kanak2 kerana kerajaan menetapkan satu keluarga satu anak. Dan hanya ketika kami disana baru diumumkan satu keluarga boleh ada dua orang anak.
Anak-anak mereka sangat manja dan dijaga dengan kasih sayang yang sangat tinggi. Snap gambarpun mak bapak dia orang dah takut. Anak orang miskin dan anak orang kaya.....bezakan dan pilih sendiri.
d. Makanan
Tak banyak berbeza, hampir sama tetapi cara memasak dan cara memakan yang sangat berbeza. Disini ada cendawan kukur atau kulat sisir tetapi di masak dengan yogurt dan kita di Malaysia dimasak lemak cili padi. Maaf, di China mereka makan pedas dan salah kalau kita kata orang China tak makan makanan pedas. Mereka makan cili besar jeruk begitu saja dan pedasnya sampai ke telinga. Saya yang kuat pedaspun tak tahan jadi bayangkan kepedasannya. Makanan Halal mereka memang menyedapkan....
Cara makan dan jenis makanan menjadikan negara mereka tiada yang obes dan saya adalah yang paling gemuk. Mereka mulakan makan sayuran dan lauk pauk dulu dan bila hampir habis barulah nasi yang di makan dalam mangkuk bezanya kita nasi sebesar besar pinggan dihidangkan lebih awal. Ni cara baru nak diet untuk saya dan kawan2.
e. Perbezaan Paling Ketara Dalam Praktikal Kehidupan
Barangan Elektronik yang seperti saya gambarkan dan sebelum melancong anda perlu bersedia.
Terbalik dari Malaysia, switch on and off sangat berbeza. Kalau ada nak on air cond cucuk plug and jangan on, dia akan on sendiri.
Sebelum pergi bawalah Charger versi China bagi kemudahan anda dan matawang mereka Yuan nilainya dua kali ganda dari duit RM. Kuasa wang kita lebih tinggi.
f. Benda yang paling ingin saya bawak pulang tapi memang tak kesampaian sampai bila2pun.
Inilah yang saya mengidam nak bawa balik ke rumah
sofa bersaiz king untuk anak2, anak saudara dan cucu saudara saya duduk dan lepak
Kedai bunga hidup untuk Mak ndak
Sofa dari kulit kambing buat Along dan Wardah bersantai
Kedai biskut cookies halal dengan packaging dan bentuk yang sangat menawan
Basikal/Skuter yg sgt innovatif dan cantik (tiada dalam gambar tetapi banyak di atas jalanraya) untuk bersiar2 di kampung atau kawasan rumah saya bersama kesayangan2 saya.
Meja makan ini untuk makan bersama my heart dan my soul
Suhu musim bunga mereka yang sangat menyenangkan saya tapi kerajaan mereka tidak pandai mencari bunga yang indah untuk ditanam dan menghiasi lanskap negara  mereka
Pindahkan 3 tapak ladang ini ke kampung halaman saya buat kesayangan2 hidup dalam kehijauan, organik dan bebas kimia, biar kesayangan2 saya hidup sihat dan bahagia di sini termasuk sahabat2 saya Yati, Hana + Affa, Azlin Ali, Azana, Helmy Rose,Najmi & kawan2 PLHIV serta semua orang (tak tersebut nama2 mereka) dan kita bentuk satu Community - Healthy, Clean and Green.
g) Yang saya cadang (akan beritahu/email kepada rakan sekerja di sini)
1. Immigration.
Tirulah negara saya Malaysia dalam memberikan perkhidmatan mereka, senyum, sopan, dan sangat membantu. Berbezanya dengan teman2 China saya disini, menyambut dan berkawan dengan baik serta hormat orang lain selain dari cantik.
2. Kurang/Tiada cenderahati dari Kunming untuk dibawa pulang.
Serius anda semua (China) mesti war2kan produk etnik anda yang menarik bagi promosi kepada pelancung. Puas kami cari tetapi tidak kami temui hanya di airport dengan jumlah yang terpaksa berebut dan kualiti yang tidak menarik.
Anda semua sangat baik dan akan saya kenang sepanjang hayat saya dan begitu juga rakan2 dari negara2 lain saya akan kenang anda di sepanjang jalan kenangan saya kerana selepas ini saya akan menziarah seluruh dunia.
Yang pasti sekiranya diizinkan Allah, mudah2an kita semua akan berjumpa lain dimasa akan datang di negara yang berbeza tetapi misi yang sama untuk kejayaan bersama dan saya akan masukkan gambar2 saya di ladang2 buah-buahan untuk perkongsian. 
Paling akhir...
Bau baby hulk hogan saya di Malaysia tak sama dengan bau baby hulk hogan di China dan pekerti Along saya di China tak sama pekerti Along saya di Malaysia dan saya MESTI balik Malaysia segera kerana saya ada jantung dan nyawa di sini.

23 comments:

  1. Basikal bersarung tangan tu mmg unik. Asalnya, China di label sebagai negara yang kuat meniru/copy paste ciptaan negara maju...kereta, handphone, komputer...semua mereka tiru...Tapi lama kelamaan, mereka belajar utk bina sendiri. Terkini, China bakal menjadi negara ketiga di dunia yang akan ada " soft landing" di bulan, selepas US & Soviet Union...kalau menjadi, pertengahan December ini akan mendarat space shuttle mereka..Mmg terlalu banyak perkara baik tentang mereka yg perlu kita di Malaysia ambil contoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, akak tak sentuh lg tentang teknologi mereka yg lain kena KIV dulu. Mereka berjaya membina teknologi mereka secara bersendirian...tapi akak tentang bangga dgn our warm country. Bab budi bahasa dia orang tak leh challengge kita..

      Delete
  2. best baca entry awak kali ni Mak Wardah, tulis la lagi saya suka..sebab detail tapi tdak berbelit bahasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kembangnya saya yg dah memamg kembang terima pujian IM. Tkasih byk2.

      Delete
  3. Cantik cuaca cerah langit di Kunming, alhamdulillah urusan MW berjalan baik dan dipermudahkanNya semasa disana...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Najmi atas doa...shawl Najmi dari Nepal tak tahu nak bagi mcm mana.

      Delete
  4. lepas ni leh ikuti cerita mak wardah di lain negara pulak..bestnya

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..itu yg keluar dari mulut akak..bestnya dapat ke Cina..giliran akak ntahlah..ada rezeki Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, now ada byk promotion, 2014 kita simpan duit kita boleh pergi sbb saya ada ramai jugak kawan kat sana jadi kita boleh jadi pengembara budget. Ala kak, Allah pasti permudahkan urusan kita, ke umrah, haji, pastu kita jln2.

      Delete
    2. SIS ADA KAWAN KAT SANA?
      WAH BEST TU

      Delete
    3. Ye Irfa kawan sekerja tapi dia berkhidmat di sana

      Delete
  6. PENGALAMAN YG MENARIK
    SY XPENAH KE NEGARA CHINA..KAWAN2 SY PENAH PEGI
    BETUL KATA SIS, KAT SANA SUSAH NAK NAMPAK BUDAK KECIK
    KAWAN SAYA BAWAK ANAK 3..PAKAT DUK KERUMUN TGK ANAK DIA
    HIHI
    BERJALAN MELANCONG MELIHAT NEGARA ORG MELUASKAN PANDANGAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul & now they tried hard to get more kids dgn tukar polisi perancangan had bilangan anak

      Delete
  7. seronok baca entry ni, teringin nak melawat negara cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bersalin nita boleh pergi dgn family. Jaga diri baik2 n baby sekali.

      Delete
    2. Lepas bersalin nita boleh pergi dgn family. Jaga diri baik2 n baby sekali.

      Delete
  8. artikel pengalaman kembara yg sgt nenarik, sarat dgn info2 berguna tq perkongsiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih paridah, sekiranya elok dibaca Alhamdulillah.

      Delete
  9. salam kenal then follow sekali..
    baca entry kat blog mak wardah ni,seolah-olah macam kita yang pi melancung kasan
    banyak story yang best2 :)

    ReplyDelete
  10. Suka baca ntry MW ni...menarik sangat2.
    Ulang2 baca pun tak jemu...

    ReplyDelete