Friday, February 28, 2014

Mak terlampau-lampau lalainya

Salam.

Kesibukan saya terlampau sampai saya lupa birthday anak manja saya Nur Wardah pada 16 years old. Anak kesayangan saya dah remaja, moga anak manja saya terus membesar dgn baik, berjaya di akhirat & dunia. Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa besarnya kasih sayang saya kepada anak ini. Satu-satunya anak perempuan saya yang saya nama kan Nur Wardah sempena nama sahabat saya di kampus dulu. Pelajar jurusan Al-Quran, cantik, lembut dan baik orangnya. Cahaya Mawar Merah saya membesar dengan sihat dan membahagiakan saya dan keluarga.

Akhir-akhir ini, saya sibuk sangat dengan pekerjaan yang tiada hentinya, outstation, seminar & berbagai agenda kerja  .... tanpa saya sedar 20 Januari 2014 dah berlalu. Patutlah Wardah tanya saya bulan lepas, 20 hb saya ke mana? Jawab saya, saya sebuk sangat dengan conferences & pelbagai. Ya Allah, saya lupa anak saya dah besar rupanya, maafkan mak sayang. Mesti sayang sedih sebab mak lupa tarikh saya lahir. Bila saya kata "Sorry, baby mak lupa". Wardah kata "tak apa, adel tahu mak sebuk". Tapi hati saya sangat terkilan.

Sebuk semula dgn kerja, hilang ingatn lagi tentang manja saya. Tiba-tiba Amjad tanya "Eh, kenapa bedy tatak wardah mcm tak beday?'...
Adek yang sangat sayang Tatak Wadah

Doa saya setiap hari...

Ya Allah yang Tuhanku,
Sesungguhnya hambamu ini insan yang paling hina di sisiMU,
Ya Allah yang Tuhanku,
Sesungguhnya Nur Wardah adalah anugerah yang paling Indah dan Sempurna
Sesungguhnya Nur Wardah bawa cahaya kepada kami sekeluarga,
Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Ya Allah,
Kurniakan Nur Wardah segala rezeki yang halal dan terbaik,
Kurniakan Nur Wardah ilmu yang membina dunia dan akhirat,
Kurniakan Nur Wardah kesihatan yang baik di duniamu ini,
Kurniakan Nur Wardah iman yang kukuh sepanjang hayatnya,

Ya Allah,
Saya ampunkan semua dosa-dosa anak perempuan saya yang bernama Nur Wardah,
Saya halalkan segala yang saya berikan kepada Nur Wardah,
Ya Allah,
Kekalkan kebahagiaan kami sehingga ke Jannah MU Ya Allah,
Kurniakan kesenangan di dunia hingga  akhirat MU Ya Allah,
Kurniakan kami kesenangan dari dunia hingga akhirat kamu Ya Allah.

AMEEEN
HADIAH HAPPY BELATED BIRTHDAY MY SOUL




My soul...
.
My heart & my soul

Doakan kami....Terima kasih.

6 comments:

  1. Happy belated birthday anakanda Nur Wardah.. Moga jadi anak yg solehah, cemerlag dunia dan akhirat.

    Anak yg baik dan sudah remaja tahu dan nampak kesibukan mak sebab itu tidak menjadi kudis baginya bila mak lupa. Tapi dah ingat oklah.. ada juga hadiah ye:)

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday utk tatak wardah. heheh!!!! dah dpt hadiah tu kira ok la kot tatak wardah

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday.. semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia ;)

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday Wardah... semoga impian menjadi kenyataan dan menjadi anak yang solehah serta cemerlang ...

    ReplyDelete
  5. Oh kesiannnya tatak wadah...mommy terlalu sebuk sampai tarikh penting tu lupa... hmm ok sib baik Wardah memahami kesibukkan mommy ya. Happy Belated Birthday dear suewit girl Wardah!

    ReplyDelete
  6. Amanah itu tanggung jawab,kelalaian blh membawa padah.buat wardah Moga menjadi gadis yg beriman dan bertaqwa.امين

    ReplyDelete