Salam.
Berkongsi pendapat bersama tuan puan pada hari terakhir bulan Syaaban ini. Along apabila genapnya 18 tahun pada tahun 2013, bermakna dia mewarisi tanah milik arwah orang tua saya. Sebidang tanah getah dan sebidang tanah kebun.
Pokok belimbing buluh yang sudah kategori antik wujud dari zaman arwah moyang Along lagi, sentiasa berbuah.
Pulangnya kami bagi menyambut Ramadhan kali ini menyaksikan peredaran zaman dan perbezaan. Pagi semalam di kawasan paya milik keluarga kami kelihatan sekumpulan orang2 dewasa membuat kelong dengan menolak tanah lumpur membentuk benteng menahan air keluar. Ada sebuah lori, pemandunya China menunggu berhampiran jalanraya berdekatan.
Saya balik kedai untuk membeli nampak Along turun ke paya dan bercakap-cakap dengan lelaki2 yang sedang sibuk bekerja. Saya turun dari kereta dan hampiri mereka.
Orang 1: Dek, kami memang selalu ambik ikan haruan kat sini, tak ada orang marahpun.
Along: Yelah bang, itu dulu masa arwah aki dgn wan saya. Sekarang ni tanah ni saya punya. Abang nampakkan saya dah buat pagar elok2 sebab saya nak tanam pokok2 baru.
Orang 2: Nanti pakcik betulkan semula pagar kamu tu.
Along: Pasal pagar tu saya hal pakcik tapi saya nak minta jasa baik pakcik supaya tak ambik barang2 atau hasil kebun saya tanpa tanya saya dulu.
Orang 2: kami dulu pernah mintak dgn arwah pak long kamu.
Along: saya ingat pakcik tapi itu masa saya tadika 5 tahun dulu. Saya ingat arwah paklong saya kata sekali ini je biar anak2 ikan tu membiak semula. Jangan tuba.
Orang 1: kak, ini anak akak ke?
Saya: Aah, anak akak.
Orang 1: tak patutlah dia cakap pada kami mcm tu. Faham tanah dia tapi kami ambik pun tak byk mana.
Saya: dek, maaflah kalau akakpun marah jugak. penat2 dia beli benih, buat pagar tapi senang2 ambil hasil.
Kami beredar balik ke rumah. Along kata dalam nilai duit nilai sepaya ikan haruan tu rm5,367. Maaf Ayah & Mak, kami tak semurah hati emak & ayah. Kami Melayu Baru Yang Tidak Akan biarkan Tanah Kami Dijajah.
Saturday, June 28, 2014
Thursday, June 26, 2014
Makin lama makin sayang
Assalammualaikum.
Subhanallah, syukur anak lelaki tunggal dan kesayangan saya dan jadi young man pun. Time flies so fast. Dari muda remaja dah jadi remaja purba & now dah rasa jadi remaja reput pulak. Syukur Ya Allah saya masih dapat merasai Ramadhan kali ini bersama darlings saya.
Subhanallah, syukur anak lelaki tunggal dan kesayangan saya dan jadi young man pun. Time flies so fast. Dari muda remaja dah jadi remaja purba & now dah rasa jadi remaja reput pulak. Syukur Ya Allah saya masih dapat merasai Ramadhan kali ini bersama darlings saya.
Ketika saya kecemasan, mereka sentiasa ada menghulur tangan
Saat saya diuji Allah dengan kesakitan, mereka pasti redakan dengan urutan
Waktu2 saya kesedihan, mereka pantas membuat jenaka menghiburkan,
Kala saya sangat kepenatan, mereka keluarkan tenaga bantuan,
Bila masa saya kehilangan idea, mereka berikan innovasi tambahan,
Alhamdulillah Ya Allah atas anugerah dan kurniaanMU,
Syukur Ya Allah....
Seorang lagi anak kesayangan saya, ada tolok bandingannya, betapa saya amat mengasihi mereka, anak gadis saya sangat penyayang orangnya, tinggi belas ehsannya.
Ni kucing kesayangannya yang bernama OLI. Nakalnya hanya Allah yang tahu tapi demi anak sayapun sayangkan Oli.
Oli dijaga bagai baby, My Soul sayangkan Oli yang sangat nakal.
Sayangnya My Soul pada Oli....
Both of them now the best buddies...
Ya Allah, doa saya agar kami sekeluarga selalu dilindungiNYA, segala urusan kita semua di dunia & akhirat sentiasa di permudahkan, Ya Allah, jadikan Ramadhan Al Mubarak ini yang terbaik berbanding dari tahun2 lepas dan saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampuan & Maaf. Moga Baraqoh Allah sentiasa bersama kita semua.
Dah remaja reput ni selfiepun tak pandai, tapi saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua.
Sunday, June 22, 2014
Lama X update blog sedar2 Dah Nak Ramadhan
Salam. Alasan saya sebab lama tak update blog :
Sibuk jumpa orang
Sibuk urusan kerja
Sibuk dengan merantau
Sibuk dengan anak2
Sibuk dengan aktiviti keluarga
Sibuk dengan Oli
Tetapi saya tetap ikuti tulisan kawan2...
Jumpa ramai orang, semua peringkat jawatan, kelas kehidupan, sikap dan kelakuan tetapi Alhamdulillah di berikan Allah peluang untuk bernafas dibumiNYA ini
Itulah janji Allah pada saya, rezeki saya
Tapi dalam hati tetap ada budak ni dan adek2nya yang lain. Dialah harapan dan nyawa saya. Benua manapun saya berada, dia tetap dalam doa saya
Alah...gambar mak ndak senget pulak, kesihatan dan kekuatan mak ndak makin ditelan usia tetapi kami tetap akan bersama mak ndak sampai bila2. Cari masa jugak untuk bawak mak ndak makan2 apa yang dia suka. Hari2 gaduh dengan Oli kucing saya yang nakal...
MAAFKAN SEGALA KESILAPAN KAMI SKELUARGA, MOGA RAMADHAN INI LEBIH BERMAKNA DAN KIAT BERTEMU LAGI DI RAMADHAN AKAN DATANG, INSYAALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)