Monday, August 11, 2014

Surat Paling Sedih Pernah Seorang Ibu Terima

Mak yang sangat Oli sayangi, surat ini Oli tuliskan khas untuk Mak, Oli tidak bertujuan mengadu, Oli tidak ada niat nak memburuk-burukkan Along & Tata Wada anak kesayangan Mak, Olipun sayang Along Ibal & Tata Wada malahan Oli sangat sayangkan kedua-duanya buah hati Mak. Kalau Tata Wada tidak bermurah hati mengambil Oli sebagai adik angkat mungkin Oli tidak berada di dunia ini lagi. Kalau Along tidak mengasihi Oli masakan Along Ibal kutip Oli dari dalam longkang. Oli syukuri nikmat kasih sayang Tata Wada & Along Ibal.
Mak, untuk pengetahuan Mak, kalau Along Ibal kemas rumah, Oli tidak boleh duduk di sofa kegemaran Oli. Bila Oli tengah menonton drama Berlima Ramadhan di TV1, Along Ibal pasti datang ganggu dan bermain dengan Oli. Mak, tiada ketenangan untuk Oli bagi menikmati saat libur Oli. Sekurang-kurangnya hormatilah masa libur Oli.

 Mak yang Oli hormati, pantang Oli lalu dekat Along Ibal, Oli pasti ditangkap dan hidung Oli dicium bertalu-talu akibatnya kembang hidung Oli. Cubalah Mak letakkan diri Mak dalam tempat Oli, bosankan. Selain dari itu, Along Ibal akan pakaikan Oli baju yang sangat merimaskan. Tolong Oli Mak.. sedangkan ramai kawan-kawan sekuliah Alongpun tidak berbaju lengkap, rambutpun warna oren macam Oli.
Mak yang Oli sentiasa rindui, bila Mak tiada dirumah, Tata Wada paksa Oli teman dia belajar tapi hidung Oli dia sentiasa pegang, cuit dan cium. Mak, Tata Wada akan bawak Oli kemana-mana dia pergi malahan kekedai dan menghantar dia kesekolah. Paksaan tidak akan memberi pendidikan kepada sesiapa sahaja.
Mak, pantang Oli berehat pasti Tata Wada akan mengganggu, Oli akan dipeluk dan dicium sesuka hati dia dan selalu paksa Oli untuk didukung. Oli rimas dengan kawalan mereka yang buat Oli macam patung. Olipun ada rasa jemu dan bosan tetapi hak Oli selalu dinafikan mereka.
Waktu makan Olipun Tata Wada suka menyibuk, dia tengok dekat-dekat cara Oli makan dan kadang-kadang paksa Oli makan ubat yang Oli tidak suka akan rasanya. Mendidik makhluk lain mesti perlukan kelembutan dan kesabaran contohilah Nabi kita sendiri Nabi Muhammad S.A.W


 Mak, yang paling menyedihkan Tata Wada kurung Oli dalam bakul bila ada kawan Oli datang rumah untuk berhariraya sedangkan tetamu itu perlu dimuliakan. Tata Wada hidangkan makanan tetapi dengan cara tidak sopan. Tata Wada takut Oli terkena jangkitan kuman dari tetamu-tetamu itu. Berprasangka buruk adalah sikap tidak dibenarkan dalam Islam.

Oli sedih tengok tetamu yang datang, tidak dibenarkan masuk dan duduk atas selipar bukan diatas sofa. Nasihatkalah Tata Wardah supaya lebih menghormati tetamu Oli yang bertandang ke rumah kita. Tetamu menurut Islam mesti dihormati dan di muliakan.
 Mak, jangan marah kalau suatu hari nanti Oli gigit Along Ibal dengan Tata Wada, kedua-duanya mesti berhenti buli Oli.
Mak yang baik hati, bayangkanlah tidak kira hujan atau panas, Oli mesti duduk dalam rumah. Alasan Tata Wada anjing jiran sebelah akan menyalak, bising dan mengganggu jiran sebelah menyebelah. Oli paling hairan kerana anak jiran yang lain boleh mendengar radio sekuat hatinya. Olipun perlukan kebebasan seperti makhluk Allah yang lain.

Along Ibal bawak Oli balik kampung beraya, Oli dipakaikan baju tanpa seluar sama macam baju budak-budak Melayu yang kita nampak di kompleks membeli belah tu. Along Ibal tidak memahami etika & kesopanan berpakaian. Oli rela tidak berbaju kalau disuruh berpakaian seperti tidak cukup kain sebegitu.
Kalau rimas sangat Mak, Oli masuk tidur dalam peti sejuk, aman dunia Oli sekejap. Tiada sesiapa mencium Oli dan Oli bebas. Oli rasa damai di dalam peti sejuk tetapi sekarang Along Ibal & Tata Wada dah tahu dan Oli tidak boleh aman lagi dalam peti sejuk.

Mak, balik kampung raya ini adalah saat paling indah bagi Oli kerana pertama kali dalam umur 6 bulan Oli merasai kebebasan. KEBEBASAN berkawan dengan semua makhluk Allah yang alin, kebebasan berjalan sendiri ke sana ke mari, kebebasan bermain di mana mana sahaja, walaupun sekejap tetapi amat Oli hargai.
Mak. berikanlah Oli kebebasan itu, Oli tidak akan lari dari rumah, Oli akan jaga diri, Oli akan jauhkan diri dari gejala-gejala yang tidak baik kerana Oli kucing yang benci Dadah, Rasuah dan benda-benda yang tidak baik. Mak, berikan Oli kebebasan sebagai makhluk Allah yang tidak berakal tapi Oli akan cuba berfikir.

Sayang Mak Oli.


16 comments:

  1. oli sangat comel~~!! hehehe

    sabarlah oli..macam tu lah cabaran jadi adik.. kena banyak sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak rai, along ibal lepas oli mandi spray perfume dia kat oli. Tata Wada & Along Ibal nak Oli bau lelaki. ishhh... geramnya lah. hilang bau kucing oli.

      Delete
  2. Kalaulah Oli boleh berkata-kata,menulis dan membaca...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana Oli tak geram, dah kembang idung Oli kena cium. 8

      Delete
  3. Oli siap masuk dlm fridge tu! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, kl duduk dlm peti tu, dia orang lg suka peluk Oli sbb badan Oli sejuk. Peluk Oli sampai dia org tido. Ishh...Oli dah gigitbpun tak reti bahasa

      Delete
  4. Assalam..hahahah sedihnyer surat diaaa...sedih tp bercampur comellllllllllllll sangat..heheheh

    sabar lah yer nakkkkkkkkkk... dugaan mmg camtu..hihihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak...hidung Oli dulu mancung jadi kembang kena cium tiap2 hari. Stress la...hilang kehenseman diri dan nilai kekucingan disebabkan dua orang manusia ini

      Delete
  5. sedih tapi sweet sangat... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nita, Tata Wada awek Oli kat fb tu dia pilih. Awek Oli kat fb nama Loola, Tata Wada kata buruk, dia nak matingkan Oli ngan kucing Parsi katanya.

      Delete
  6. Oli... ini surat pendik dari seorg mak kepada 3 anak. Beruntung Oli disayangi berbanding mereka yg diluar tanpa belaian kasih dan sayang. Tempat tinggal dan makan tak terurus. Melihat environment tempatan yg membuat sesak nafas.. berbahagialah dgn Tata Warna dan Along seadanya. Terlalu mewah dan beruntung Oli sebenarnya kalau nak bandingkan mereka yg di Zoo pun tak macam itu tau...

    ReplyDelete
  7. As-salam Mak Wardah..

    Salam aidilfitri.. comel sangat luahan perasaan oli tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal Hanis, rimas tgk Oli mkn bersuap, dukung, kesian tengok

      Delete