Friday, November 22, 2013

Saya dan Kunming Yunnan China

Salam,
Baru pulang dan saya hanya ingin berkongsi sedikit sahaja cerita dan lainnya saya ulas nanti.
Hari pertama seminar bermula.....saya dipanggil dengan nama arwah ayah saya Ms. Abdullah.....
Halal menjadi topik saya dan rakan2 dari serata dunia...
Ini istimewa dari kami dan Malaysia, Halal Baby Food....
Semuanya Halal Food tapi ini keadaan saya...
Hari pertama, ambik gambar sendiripun tak reti....
Hari kedua ok sikit...
Hari ketiga gambar terkena parkinson pulak....
Hari keempat nak keluar jalan2
Hari kelima, saya berangkat pulang kepada orang2 yang sangat saya sayang, nanti saya ceritakan perbezaan dan persamaan China dan Malaysia sebab saya yakin hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik hujan batu di negeri sendiri tetapi batu saya tiada salahnya saya bawak sedikit hujan emas dinegeri orang untuk meneutralkan hujan batu di negeri saya tanpa mencacatkan hujan emas itu dan kita kongsi bersama. Yang indah itu budi, Yang cantik itu bahasa, Yang ikhlas itu hati, Yang buruk itu dengki, Yang cerdik itu akal, Yang perlu itu iman, Yang wajib itu amal, Yang manis itu rendah diri. Nanti kita kongsikan kisahnya...

Thursday, November 14, 2013

Kehidupan dan Perjalanan

Khas buat Nur Wardah, anak perempuan paling mak sayang,

Sayang, ombak dan pantai, sahabat baik
sepertimana perhubungan kita manusia
Kita insan milikNYA tiada kuasa
Ombak aktif menghakis pantai,

Adakalanya perlahan
 Adakalanya kuat
Tanpa kenal belas kesian dan ehsan
Tanpa kenal erti persahabatan
Allah tumbuhkan bunga indah yang mendamaikan,
Dipantai yang Ombak rosakkan,
 Buat insan kenal erti kesyukuran
Mendung datang, badai berulang
Allah kurniakan perlindungan
Allah kurniakan kedamaian
Allah berikan jalan berliku
Allah tunjukkan jalan pulang
Allah kurniakan rahmat gemilang
Jadilah benih yang baik sayang,
Agar insan lain boleh menumpang di waktu susah dan senang,
Agar insan lain boleh menerima naungan dari hujan dan panas
Agar insan lain boleh menumpang di waktu lapar dan dahaga
Kerana mak yakin sayang, Allah kurniakan anak gadis yang tetap imannya,
Kerana mak yakin sayang, Allah anugerah anak gadis yang mulia hatinya
Kerana mak yakin sayang, Allah berikan mak anak gadis yang terbaik.
Ameen...

Perubahan Usia dan Zaman...

Salam.
Berkongsi rasa suka duka bersama anda semua sesuatu yg sangat amazing. Tiada perkataan  dapat saya huraikan syukurnya atas doa dan nasihat anda semua. Moga Allah membalasnya dan kita semua sentiasa dalam barakahN tapi tulus dari hati saya perkongsian dengan anda semua amat mendamaikan saya. Semuanya adalah kerana anda semua. TERIMAKASIH.

Berbezanya sikap anak kesayangan saya ketika di sekolah dan Universiti. Anak2 anda juga seperti Along? atau mungkin berbeza...apapun semuga semua anak kita berada dalam peliharaan  Allah Yang Maha Esa.

Zaman sekolah menengah Muhammad Iqbal....

Along dua dari kanan di baris hadapan....Nakal sangat masa ni, kuat buli orang. Malas betul study, main aje.

Kedudukan yang sama dua dari kanan masa akhir tahun Tingkatan 5, perangai pun sama lagi tak berbeza cuma lebih tinggi.
Dah masa U, dah jadi orang dewasa, minat karakter jepun ni pulak, sampai sanggup bergambar berpayung. Badan dah lagi tinggi dan ada janggut lagi. Itulah anak2 berbagai kerenah dan perangai tapi kita semua patut bersyukur dianugerahkan cahaya mata dan sekarang saya hanya mampu berdoa pada Allah agar along dipermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat, sesungguhnya bagi saya Along adalah segalanya kerana saya hanya ada sepasang cahaya mata. Semuga kita semua akan sentiasa bahagia dan saya akan bercerita tentang perjalanan saya ke Kunming China nanti dan berkongsi ceritanya.