Friday, March 20, 2015

Yakin pd rezeki halal Allah

salam. alhamdulillah, malam ini saya & Along makan di Terengganu Corner, Section 7, saya bertemu pemuda ini.
bekas siswazah kejuruteraan mekanikal UiTM tapi memilih berniaga char kuew tiow di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Hamba yg sangat teliti dari segi halal & haram dalam hidupnya.

sekelipan mata terhidang char seaweed noodle yang enak. Saya tanya mee apa dan dia ceritakan rahsianya. Sebungkus RM6.50 dgn 5 hidangan sgt berbaloi. Jom cuba & baca khasiatnya. Produk Melayu Muslim. InsyaAllah saya akan support produk ini.
khasiatnya, kehalalannya terbukti dan dibuktikan secara klinikal. Terima kasih titukang masak yg berijazah kejuruteraan mekanikal & terima kasih pembuat mee seaweed yang bijak. Moga Allah luangkan rezeki halal buat kalian seluas-luasnya  
enak, sihat & halal. saya salute anak muda ini dan saya janji saya akan beli mee seaweed ni lagi. InsyaAllah penjual mee & pencipta mi rumpai laut ini dibukakan rezeki Halal Allah seluas2nya. Terima kasih atas budi baik anda. 


Sunday, March 15, 2015

Allah, saya berkongsi lelaki kesayangan ini.

Salam para sahabat.
Mungkin ini doa wanita ini. Wanita ini tidak pernah berkahwin & pastinya tiada zuriat. Lahirnya lelaki ini pada 7 hb Oktober 1995 menjadikan lelaki ini adalah anak saudara kesayangannya. Terlalu sayang dan dia sangat rapat dengan lelaki ini. Wahai semua wanita, bersyukurlah kalau kita ada zuriat, peliharalah zuriat kita dengan penuh kasih sayang dn hiasi mereka dengan ilmu akhirat & dunia. Saya dan wanita itu berkongsi kasih sayang pada lelaki yang sama. Dari usianya muda & sihat, dia meletakkan lelaki ini antara insan yang teratas dalam hidupnya. Ya Allah sehingga kini wanita itu semakin menyayangi lelaki ini.

Along dgn wardah sentiasa dlm doa mak ndak agaknya. Makan minum budak2 berdua ni sentiasa dlm perhatian mak ndak & mereka tetap budak kecik bg mak ndak. Kemana-mana mak ndak pergi Along yang hantar, urusan mak ndak Along yang uruskan, segalanya Along. Kadang-kadang orang fikir Along cucu mak ndak . Maaf cakap dalam semua anak2 saudara, mak ndak paling percaya pada Along terutama bab duit ringgit & harta benda. Saya pernah tegur Mak Ndak bab2 ini tetapi mak ndak selalu marah saya. Mak Ndak letak 200% kepercayaan pada Along. Semakin usia meningkat semakin mak ndak mengharapkan Along. Doa saya walaupun berkongsi kasih tapi lelaki ini tidak akan berubah.
Demi kasih pada lelaki ini, mak ndak turut sayang pada Oli sebab lelaki ini dengan adeknya sayangkan Oli. Mak Ndak turut memastikan Oli sentiasa ada di rumah supaya lelaki ini ada kucing untuk di manjakan.
Mak Ndak sentiasa menunggu kepulangan lelaki ini pulang dari sebarang aktiviti kehidupan samada dari universiti dan keluar kemana-mana. Kasih seorang ibu saudara yang tidak ada tandingannya.Tertidur selepas solat fardhu atau sunat di sofa bawah adalah rutin mak ndak sekiranya lelaki ini belum pulang dan dia dapat melihat dengan matanya sendiri lelaki kesayangannya ini selamat.
Hanya Along dengan Wardah yang tahu apa keperluan mak ndak, kalau bab berpakaian atau persiapan nak keluar rumah kalau orang lain yang buat, mak ndak mesti cakap "hanya adek yang reti uruskan dia" tapi bab-bab urusan duit & harta benda tunggu Along cuti biar Along yang uruskan. Selalu berpesan pada Along, jaga rumah dia, kebun getah dia & tanah dekat kampung. Kongsi dengan adek dan jangan jual semua harta pusaka. Entahlah mak ndak kalau suatu hari nanti kalau Along pergi belajar jauh di luar negeri. Kesian mak ndak... Harta& duit ringgit mak ndak hanya Lelaki ini dan adeknya yang punya.
Allah yang maha megasihi, kasihilah wanita ini sebagai hambaMU, ampuni semua dosa-dosaNYA Ya Allah, bukalah pintu rezekiMU, bukalah pintu kesihatanMU, bukalah pintu rahmatMU, bukalah pintu taubatMU, bukakanlah pintu ImanMU dan berkatilah kehidupan wanita ini di duniaMU dan juga diakhiratMU. Wahai lelaki ini, jangan sesekali lupa kasih sayang mak ndak pada hayatnya atau sekiranya dia tiada lagi. Kami berkongsi kasih sayang kami dan sentiasa sedekah Al-fatihah kepada dari dunia dan akhirat kami.

Sunday, March 8, 2015

dunia remaja purba reput baru

salam. rindu utk menulis. rindu untuk berkongsi cerita kerana sekarang saya relax di rumah. Saya ada masa utk teman mak ndak di rumah, keluar makan dgn kawan2 paling penting menjaga kesayangans saya.
terlalu byk kenangan di tahun 2014 & jom kita berdoa yg baik2 sahaja utk 2015. Saya temui teman2 baru yg selalu mengajak saya jadi positif, keluarga baru daya group plhiv yg sgt baik & sgt mengerti. camelia sulaiman yg bukan hanya cantik tapi handal di dapur, pasangan suami isteri tuan marhalem dan isteri puan jamaliah yg sgt baik hati & semua yg lain. Yg ptg azana yg sgt baik hati. kawan2 doakan rezeki saya, kesihatan yg baik serta kebahagiaan akhirat & dunia.
saya yg makin reput tetapi saya sgt bahagia dgn keluarga yg tersayang. anak2 nyawa dan jantung saya. anak angkat baru kini makin membesar & cerdik. Oli my cat, 
masa hari pertama, tinggal dirumah kami, kini handsome & saya telah menerima menantu tapi belum bercucu, saya dah ke fasa reput tapi mohon Allah pinjamkan usia untuk menimang cucu. Along dah tahun tiga di universiti, wardah SPM tahun ini dan rumah saya makin sunyi nanti. 
Syukur Alhamdulillah atas rezekiNYA & Oli terkini sgt tampan orgnya.

sekarang Oli tekun belajar untuk SPM
mulai sekarang saya akan menulis semula. terimakasih.