Salam.
Hidup saya dalam dunia pekerjaan pada saat ini sangat membosankan...saya benci sikap manusia yang suka menuding jari, hipokrit dan penipu. Ya Allah, keringkan hati saya, bahgiakan diri saya dan permudahkan kehidupan saya. Doakan saya kawan2 cyber, semoga doa anda mampu membantu saya. Terima kasih.
Tuesday, October 22, 2013
Saturday, October 5, 2013
InsyaAllah genap 18 tahun saya menjadi Ibu
Alhamdulillah kita semua berada dalam peliharaan Allah yang maha Esa. Dah bersawang blog saya sebab saya fed-up ada gangguan dan saya tidak boleh membaca blog sahabat saya contohnya blog Nini dan Cikgu Dinas. Along balik rumah baru boleh baca. Alhamdulillah 18 tahun jadi ibu kepada dua permata hati dan anak lelaki sulung saya genap 18 tahun pada 1.01 tengahari 7 haribulan Oktober 2013 ini. Anak ini saya berikan nama Muhammad Iqbal kerana erti Iqbal adalah pemimpin yang rendah hati dan bijaksana, moga Allah sentiasa merahmati hambanya yang bernama Muhammad Iqbal ini.
HAPPY 18th BIRTHDAY, MY BELOVED ALONG... pesan mak
1. Jangan bawak kereta laju
2. Jaga diri baik2 dan jgn lupakan Allah.
Moga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah dan untuk adek Nur Wardah, selamat berjuang untuk PMR.
Masa usianya 6 bulan
Usianya genap setahun
Usinya 11 tahun
Ini kalau tak salah usianya 9 tahun
Kini Along dahpun masuk Universiti, berdikari dan boleh jaga diri sendiri, InsyaAllah
Tatkala saya merenung wajahnya bila dia tidur, saya rasa sayu andaikata ada kekurangan saya sebagai ibu. Hanya Allah yang memahami sejauh mana kasih sayang saya terhadap anugerahNYA ini, syukur...HAPPY 18th BIRTHDAY, MY BELOVED ALONG... pesan mak
1. Jangan bawak kereta laju
2. Jaga diri baik2 dan jgn lupakan Allah.
Moga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah dan untuk adek Nur Wardah, selamat berjuang untuk PMR.
Subscribe to:
Posts (Atom)