Thursday, May 24, 2012

Anak2 remaja kita - tepuk dada tanya selera

Salam.

Mid Year Exam dah sampai ke penghujungnya, Wardah hari ni last paper pendidikan seni, Along semalam last paper Add Math, hari ini dah berehat di rumah. Kalau dulu isu2 perkahwinan jarang dibicarakan secara terbuka pada di  kalangan remaja dahulu  tetapi remaja hari ini bersikap terbuka apabila meluahkan hasrat dan impian hidup mereka di masa hadapan.
Perbualan Along, Adek dan cousins mereka Kiki & Nayli yang di panggil Ooah.

Ooah: Adah (Wardah) nak kawin unur berapa?
Adah: 23 tahun.
Ooah: Kak Ooah umur 25 abis u. Mudanya Adah nak kawin.
Wardah: Kalau tua sangat nanti dah tua anak kecik2 lagi
Along: Dek, 23 belum habis belajar lagilah. Along nak kawin lambat.
Ooah: Ada ke perempuan ke nak kat Along? Lelaki paling tak romantik di mayapada ini.
Dia orang semua ketawa. Alongpun ketawa.
Kiki: Eleh sekarang perempuan dah kurang, permintaan untuk berkawen pada lelaki tinggi. Apa kami nak risau
Adah: Perempuan pun dah boleh berdikari sekarang tanpa lelaki. Kami tak heran pun
Along: Susahlah nak cari perempuan Melayu baik2 sekarang.
Kiki: Sosial sangat...
Ooah: sapa suruh pilih perempuan macam tu.
Along: Ala tak kesahlah...kalau tak kawenpun Along dah pandai masak sikit2. Basuh baju washing machine ada, laundry ada, boleh hire maid, kalau kawin nanti kena control. Kalau nak anak, ambek anak angkat,banyak orang buang anak, dari buang merata2 baik Along ambek.
Adah: Along tu cakap besar, nanti terhegeh2, tak nak kawen.konon...
Kiki: Adah, dah ada calun ke? lagi 9 tahun tu..
Adah: Kiki ni kenapa, nantilah masa orang kat u. Orang pilihlah.

Tiba2 mak ndak menyampuk.
" Awak berempat berangan nak kawin, nak jaga diri sendiripun tak lepas lagi, semua mak ndak yang buat untuk Wardah ngan Along tu. Belajar pandai2 dulu, cari kerja elok2, pilih orang elok2, asal keturunannya elok2, agamanya bagus, ada sikit harta barulah kawin. ni panty diapun mak ndak yang basuh ada hati nak  kawen umur 23 tahun".

Serentak mereka menjawab:
"Tu sebab mak ndak tak kawen2, cerewet sgt" lepas tu pakat gelak ramai2. Tepuk dada tanya selera, anda berhak memilih yang terbaik untuk diri anda sendiri tapi sebagai ibu saya juga berhak membantu anda membuat pilihan yang terbaik.

I am speechless again.

Tuesday, May 22, 2012

Lenturlah buluh ketika masih rebung

Alangkah ruginya saya, seandai disaat rebungnya saya, arwah ibubapa saya terlupa melenturnya, alangkah ruginya masa anak2 nyawa saya andai saat rebung mereka, saya terlupa nak melenturnya, walhal kaedah melenturnya amat mudah...masa ini ianya masih enak dan lembut, masih mudah dilentur ke arah mana yang saya mahu. Waktu itu mereka adalah kain putih yang boleh saya coretkan apa warna sekalipun dan hasil coretan adalah berpunca dari jari jemari saya sendiri.
Akibat kelalaian saya, rebung dah menjadi buluh dalam dalam masa hanya selama 4 hari, cepatnya masa berlalu, rebung saya dah bertukar jadi buluh.
Silap saya, selalu malas, alpa & lupa, hukum Allah setiap yang muda pasti tua, setiap yang hidup pasti mati, saya adalah buluh yang mana seandainya dilentur dengan kuat pasti patah bersirai, sebelum saya patah saya perlukan struktur tubuh dan iman yang kuat. Supaya sisa2 buangan buluh saya akan menjadi baja semasa mengalami proses pereputan di dalam tanah nanti, InsyaALLAH.

Ya ALLAH, permudahkanlan kehidupan kami sekeluarga dan juga semua pembaca n3 ini. Ameen

Sunday, May 20, 2012

Remaja & Seks

Hari ni terbaca dalm fb Along bermesej dengan kawan dia.

Irsyad: Ko wat pe??
Iqbal: Tgh wat fizik, ko?
Irsyad: Bru abis solat. Aq bengang gilerr?
Iqbal: Nape?
Irsyad: mak aq wat hal. Aq nak dpt adek plak... aish boringggg
Iqbal: congratulations...bestlah ko, tak sunyi
Irsyad: best ko ckp? ko x tau umo aq bape? malu dowh
Iqbal: pesal nak malu? ko x sunyi...umah ko tu dh la besar gedabak.
Irsyad: bal kete kebal, ko tau x mak ayah aku dh tue, nanti camne org tgk fly aq.
Iqbal: small matter, parent ko bleh afford
Irsyad: lembab otak ko. malulah siot...nanti org ckp parent aq kuat seks...
Iqbal: tu aku x campur, bye
Irsyad: x gne punya kawan.

Ya Allah, I am speechless.

Friday, May 18, 2012

Anak, makanan dan cara memakan

Mak Ndak buat roti canai untuk minum petang, semalam. Roti canai ini juga di panggil lempeng oleh mak ndak, di makan tanpa kuah. Ini favourite Along dan adek, selalu mak ndak buatkan untuk mereka. Anak2 saya ada bermacam cara dan kaedah makan yang selalu saya tegur. Ini kaedah makan Along.
Di program Nat Geo ada program Red Warrior jadi Along jadikan ia wajib untuk di tonton. Mak Ndak akan hidangkan makanan Along di Hall depan tv. Lempeng yang panas dari dapur mak ndak hantar direct ke riba dia. Itu bukan gambar dia tiup tapi tengah baca Bismillahirrahmanirrahim dengan agak kuat. Lepas tu dia kata dengan baca bismillah, lempeng akan jadi sedap one trillion times. Lepas  dia makan sekeping, panggil mak ndak buatkan satu lagi. Dua keping untuk perut Along...Tengok cara Along duduk sakit mata saya. Bila saya tegur baru dia turunkan kaki.

Tuan puan, macam2 kerenah anak2 saya. Mungkin setiap anak berbeza kerenahnya. Saya berkongsi kerenah Along saya.

Non Chemical Vegies

This afternoon, direct after meeting, heading straight home. Watering mak ndak small edible garden & I am happy all our veggies growing well. Sharing my latest vegies progress.

1st Day using organic urea on my kangkung
2nd Day not so much different
3rd Day it's growing 1.2 cm 
After heavy rain the growth can't be measure
Maintained with the same height
Today, height increasing to 3.23 cm from the 1st measurement

Happy with the growing status, the most happy progress resulted from my Buluh Madu which the Bamboo Shoot (Rebung) proudly standing high in the air, Alhamdulillah but sorry the quality of the photos not as good as Dinas (Blog Dari Penjuru Ini). For those who never know what is Rebung...tadaa

Gud Nite & have a nice week-end with family & friends.

Kenapa Mak....

Ya Allah, menitis airmata saya sebagai ibu mendengar komen Wardah.

Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh berborak dengan orang lain baik2 tapi dengan anak2 sendiri herdik2.
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh puji anak orang lain melangit tapi dengan anak sendiri di hina bodoh, malas, lembab
Kenapa mak, ramai mak2 yang di pejabat boleh bercakap & melayan client dia orang baik2 tapi di rumah bengis pada anak2
Kenapa mak, ramai mak2 yang suka membandingkan anak2 mereka dengan anak2 orang lain?
Kenapa mak, ramai mak2 yang sanggup mendera anak kandung mereka sendiri?
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh pergi outstation ke Paris, update FB makan sedap2 di hotel2 kat oversea tapi tak sediakan makanan yg lengkap kat rumah untuk anak2
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh berboyfriend kat tempat kerja tapi bila anak berboyfriend dia marah...

Jawapan saya: Adek, bagi mak, anak2 satu anugerah. Mesti di didik, di jaga dengan penuh kasih sayang. Yang ada jumpa mungkin hanya quarter of your friend's parents. Sayang tahu ramai ibu2 yang baik di dunia ni but manusia always had mata lalat. Mak macam tu ke?

Wardah kata: No, you are not, Mak. Adek love you so much...
MW: kenapa adek cakap macam  tu?
Wardah: last week mak wati classmate adek datang sekolah, masuk kelas tarik wati keluar & pukul wati kat koridor. Cikgu cool downkan mak dia. Suruh bawak wati balik & asked wati to follow her mother
MW: Kenapa teruk sangat sampai macam tu
Wardah: According tu cikgu, her mom told her, wati curi duit mak dia, banyak jugaklah..ratus2 tu pasal mak dia mengamuk
MW: Salah wati lah tu tapi mak dia tak payahlah pergi sekolah, mengamuk macam tu. Settlelah aje kat rumah
Wardah: wati cerita kat cikgu semalam, mak dia pukul dia dengan kayu penyapu sampai separuh mati. dia curi duit sebab suruh bibik dia beli lauk untuk dia dgn adek2 dia makan. Mak dia selalu outstation, ayah dia kat Abu Dhabi kerja sana balik 4 kali setahun. Tu pasal dia curi duit tu.
MW: wati tak cakap dekat ayah dia ke?
Wardah: sebab wati mengadu pasal perangai mak dialah wati beaten up macam tu. Wati cakap kat adek, dia called her father mak dia ada boyfriend & selalu update kat fb activities dgn boyfriend. wati suruh ayah dioa tengok fb mak dia, wati cakap kat mak dia, kalau rasa nak jadi muda balik, left her family with their father aje. kesian watikan mak.
MW: Aah, wati tu cantikkan sayang...pelajaranpun ok tapi mak dia tak appreciate dapat anak macam tu. Mak appreciate adek sangat2...U r the best gift Allah granted me.

saya sebagai ibu muhasabah diri. Ya ALLAH, peliharalah keluarga saya agar sentiasa tawadduk terhadapMU.

Tuesday, May 15, 2012

Kopek

Salam Selasa.

Semalam sekali lagi berlaku perbahasan  masalah slanga. Kopek tanpa e tanda maksudnya mengupas tetapi kopek dengan sebutan e-tanda di pantai timur maksudnya buah dada. Ini dialog mak ndak, Along & Wardah di dapur.

Wardah: Mak Ndak kopekkan mangga...(tanpa e tanda)
Mak Ndak: Semalam mak ndak dah kopek (dgn e tanda) ada dalam peti. Adek tengok belakang bubur
Along: Kopek (tanpa e tanda) & Kopek (e tanda)
Wardah: Mak Ndak adek tambah, adek kopek (tanpa e tanda) sendiri.
Mak Ndak: Elok2 pisau tu tajam. Along kopekkan bawang besar mak ndak nak masak kari ayam.
Along: Mak Ndak kopek(tanpa e tanda) atau kopek (dengan e tanda). Cuba cakap elok2.
Mak Ndak; Along, cepat sikit kang Mak Ndak cubit kopek (sebutan dengan e tanda) awak. Ngada2 betul budak Along ni.
Along: Apa hal mak ndak ni nak kupas Along...Kuat sgt ke...
Mak Ndak: Nak cubit kopek (dengan e tanda) along tu susah sangat ke?
Along: Kopek (dengan e tanda) tu sebenarnya apa?
Mak Ndak: tetek along tu.
Along: la...cakaplah tak pasal2 mak ndak nak cubit tetek Along pulak

Macam2....

Monday, May 14, 2012

Hanya Allah Yang Tahu

Salam Isnin.

Untuk semua ibu2 saya ucapkan "Selamat Hari Ibu". Berkongsi kisah rakan lama di sekolah rendah dahulu. Bertemu hanya di Facebook setelah hampir 32 tahun kami tidak pernah berjumpa. Bertukar sekolah apabila bapanya berpindah ke Negeri Sembilan waktu hampir bersara dari jawatan polis. Entah kenapa dia terperasan  itu akaun facebook saya. Dia gunakan facebook anak perempuannya menghubungi saya.Semasa kecil dulu, beliau aktif bersukan & cantik orangnya tetapi dalam bidang pelajaran pencapaiannya sederhana.

Dalam masa 32 tahun, berbagai kisah suka duka diharungi, senyum tawa tidak pernah menyebelahi teman saya. Awal usia 18 tahun sudah mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka, bersuamikan anak polis juga. Pada saat saya berdikari di sekolah berasrama penuh, teman saya hanyut di alam percintaan, di saat saya melangkah ke universiti, teman saya mendirikan rumahtangga. Disaat saya menghadapi peperiksaan akhir di universiti, teman saya di tinggalkan begitu sahaja dengan anak seramai 2 orang. Namun selaju kakinya berlari di padang, begitulah tabahnya ibu tunggal muda ini menongkah arus kehidupan. Hinaan, cacian & tohmahan dia tolak ke tepi, yang penting pelajaran dan perut anak2 mesti di isi.Pada saat saya melangkah ke alam kerjaya, teman saya menjadi pembantu rumah orang asing di salah sebuah banglo di Port Dickson, berkhidmat di sana selama 21 tahun dengan membawa kedua2 anaknya bersama.

Semalam, pertemuan semula kami sempena hari ibu sedunia, saya kagum kuasa Allah, setelah diduga sedemikian rupa, teman saya hari ini mampu membeli sebuah rumah teres setingkat di Nilai, walaupun kecil tapi selesa untuk mereka bertiga. Mampu melakukan umrah bersama anak2 sebanyak 2 kali malah pernah di bawa ke New York oleh majikan bersama anak2. Anak sulung sudah bekerja di bank dan anak kedua masih belajar di pusat kemahiran. Bangga saya mendengar ketabahannya menjadi ibu tunggal tetapi bila ditanya bila kekosongan diisi semula, pantas jawabnya, biarlah bemenantu dulu. Masih terasa sakitnya tubuh di sterika, kepala ditunjal dan masih terasa hinanya bila muka diinjak tapak kaki suami.

Untuk teman yang saya hormati, andalah IBU SEJATI, bangganya saya kerana dianugerahkan teman seperti kamu. MASSITA MOHD YASSIN, andalah ibu paling terpuji di dunia dan pada saya kalau dalam usia 7-12 tahun anda adalah sahabat saya, kini dan selamanya anda tetap sahabat saya. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda dan ruang persahabatan saya tetap sama walau siapapun anda. Salam bertemu semula, semoga barakah sentiasa bersama kita semua.

Seladang tulip untuk kamu,
Setulus doa juga untuk kamu,
Seikhlas salam persahabatn juga untuk kamu
kerana
Nilai ketabahan kamu tidak mampu dinilai dengan wang ringgit
Nilai kesabaran kamu tidak mampu dihalusi dengan gulungan ijazah
Nilai keimanan kamu tidak mampu ditafsir dengan kiraan kalkulus,
dengan itu,
Saya menghargai kamu sebagai sahabat
Saya menghargai kamu sebagai wanita
Saya menghargai kamu sebagai ibu

Saturday, May 12, 2012

Project Baru Saya

Salam Sabtu.

Hari paling malas bagi saya. Saya akan memulakan tugas baru iaitu memperkenalkan budaya lama Melayu dan mengarkibkan bersesuaian dengan kaedah teknologi tertentu. Jujurnya saya bosan dengan sikap boss besar saya tetapi saya sukakan pekerjaan saya, kawan2 saya dan pelanggan2 saya. Boss besar saya has no circles of gud friends sebab itu beliau sukar menerima pendapat orang lain. Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya....

Anda mungkin mengetahui budaya-budaya yang terpinggir ini...lebih dari saya dan kalau tidak keberatan kita berkongsi pandangan.
Saya tidak akan berikan nama permainan ini.
Salah satu seni mempertahankan diri

Kalau anda ada pengetahuan mengenai budaya ini, besar harapan saya tuan puan sudi berkongsi pendapat.

Friday, May 11, 2012

Nyior Kote

Salam Jumaat.

Semoga kita semua mendapat barakah dariNYA. Malam tadi pening kepala saya bila mak ndak dan along bertelagah mengenai perkataan di atas. Puncanya kakak saya ada menghantar kelapa tua kerumah dan mak ndak mintak tolong along kukurkan. Perbualan mereka-

Mak ndak: Along, kukurkan nyior mak teh bagi tu.
Along: Jap lagi Along nak baca buku.
Mak ndak: Along jangan lupa, sayang nyior tu dah kote sangat
Along: Mak ndak kenapa mencarut pulak...
Mak Ndak: Along orang kg panggil nyior tu nyior kote...dah terlampau tua, bukan mak ndak mencarut
Along: Kalau  ye pun kat bandar jangan cakap macam tu, mak ndak sebutlah kelapa tua.
Mak Ndak: apa salahnya...bukan mak ndak susahkan orangpun
Along: yela..nanti orang kata apalah orang ni dah tua2pun kuat mencarut
Mak Ndak: mak ndak tak cakappun kote Along,  tepi sikit mak ndak nak goreng telur dadar adek
Along: Along nak gak
Mak ndak: Along tak payah dah ada 2 biji.
Along: Hi..entah apa2 mak ndak

Saya speechless bila this two buddies bertelagah.

Monday, May 7, 2012

Bila my heart sakit

Salam.

Kawan2 dan sahabat2 maya yang saya hormati,

Semalam my heart sakit, I was so down. My heart demam panas & really not feeling well. Saya faham perasaan my heart sebab esok Mid-year starts because Mid Year Form 5 di percepatkannya but my soul maintain 16th May 2012.

Last nite, my heart tidur awal. Lepas makan ubat terus masuk bilik tidur. Saya letakkan towel lembab di dahi takut suhu naik tinggi.
My heart berselimut litup, badan panas berbahang. Cuba tidur dan saya tolong urut kepala bagi redakan pening kepala sambil baca ayat Qursi dan 3 Qul tiup kat ubun2. Minta pada Allah legakan sakit Iqbal, kalau boleh biar saya yang tanggung sakitnya. My heart jarang sakit tapi Allah duga dekat waktu periksa.
At 12:25 pm, dia berpeluh & suhu dah turun, Alhamdulillah. Dia tidur lena sampai pagi tapi badan masih lemah.
Di klinik my heart tertidur tunggu giliran. Doctor checked & finally suruh dia keluar & suruh saya stay. Jantung saya berdebar, rasanya kalau check tekanan darah mesti tinggi. Saya tak sanggup terima berita buruk.

Doctor checking with me, kenapa Iqbal nampak stress sangat tak macam biasa. As the family doctor her duty to discuss with me. Saya terkejut dengan latest notification from her. I explained on the real situation, he  can't sleep well last nite, waited so long for his turn & tertidur during waiting time. His normal life lain dari hari ini, study dia so far okay, dengan kawan2 okay tapi saya really appreciate my family's doctor for her caring & guiding. Thank you Doc, teman2 yg saya kasihi doakan my heart sihat dan boleh menjawab peperiksaan bermula dari esok sehingga cuti sekolah. Doakan anak kesayangan saya...Saya amat berterima kasih kepada anda yang sudi membaca.

Sunday, May 6, 2012

Kenapa Ya...

Tangan kiri saya okay tapi saya hairan tapak tangan saya berdenyut2 dan gatal ditengah2 tapak tangan nak garu tak boleh sebab kat dalam daging...Bakteria ke...Ya Allah jauhkan perkara tersebut, Nauzubillah...kata orang tua2 nak dapat rezeki, kalau betul Alhamdulillah.
Aduh gatalnya dah empat hari macam ni...kadang2 saya pegang cawan yang berisi air suam dan saya genggam tangan saya kuat2 dan buka luas2. Yang sebenarnya tuan2 & puan2, gerakan itu adalah gerakan saraf di dalam tapak tangan saya, menurut kata doktor saya mesti exercisekan tangan dan diajarnya corak senanaman tangan. Mak Wardah, mulai sekarang buat rejim kesihatan kerana itu EXERCISE. Pukul 6:00 petang nak ajak pengawal badan, pembantu peribadi serta rakan bersekutu jogging kat padang depan rumah kami.  Harapan saya ada yang sudi berkongsi kesah anda dengan saya. Terima kasih

Alkesah Kaedah Semaian Cili Mak Ndak

Tuan/Puan,

Ini yang mak ndak lakukan...
1. Semaikan biji cili dalam pasu yang ada

Kaedah bersedekah anak2 pokok cili kepada tetamu yang datang ataupun jiran2 yang berminat. Kata mak ndak biar mereka turut berkebun, makan cili bebas kimia dan lebih baik untuk kesihatan.
Untuk diri sendiri, mak ndak pindahkan ke atas tanah
Bila berbuah, mak ndak petik simpan atau bila ada jiran2 yang minta mak ndak sedekahkan. Kerana pergaulan mak ndak harian hanya ada jiran2 China atau Korea yang mana mereka sangat prihatin tentang apa yang mereka makan, pentingnya HALAL bagi mereka membuat saya malu pada diri sendiri bila mak ndak bercerita tentang kawan2 nya. Jiran Korea saya bercerita dengan Mak Ndak di kampung mereka di Korea seboleh2nya mereka mendapatkan makanan terutama sayuran yang bebas kimia dan Halal kerana Halal bagi mereka adalah bersih. Ya Allah, saya harap kita semua turut memastikan setiap barangan kita semua bukan sahaja halal atau bebas dari unsur2 anjing dan khinzir tetapi pentingkan juga rangkaian nilai atau pemerosesannya kerana Halal itu bersih dari segi pembuatannyatermasuk kaedah penjualan dan pembeliannya juga.

Mak Ndak Makan Angin

Salam.

Hari ini mak ndak keluar berjalan2 cari makan dengan kakak dan abang ipar saya. Kami di rumah pandai2 lah buat kerja masing2 dan seperti biasa ada orang yang kena giliran basuh kasut. Tuan2 dan puan2, saya tidak berapa setuju dengan Mak Ndak dalam mendidik anak2. Mak Ndak adalanya sangat manjakan mereka, semuanya kalau boleh mak ndak akan bantu tetapi saya tegas dengan anak2. Berdikari perlu kerana satu hari nanti mereka akan keluar dari rumah ini dan melakukan segalanya sendiri, Generasi Y ini mesti dididik kepentingan  sikap berdikari dan tidak terlalu dimanjakan.

Anak dara saya tidak terkecuali....
Along berus seragam sekolah dan saya tolong jemurkan dan Wardah basuh kasut
Wardah simbah saya dengan air sebab saya panggil dia BIBIK
Wardah bilas kasut lepas tu jemur kat tembok disebelah kanan.

Jujur saya bersyukur ada sepasang cahaya mata yang boleh di kawal tingkah lakunya setakat ini tapi doa dan harapan saya biarlah selama2nya agar mereka mampu berdikari dan berjaya dalam hidup di masa hadapan. Kasih sayang saya kepada mereka tiada hadnya. Thank you so much to my heart & my soul, both of you adalah Anugerah dan rezeki Allah yang paling bernilai.

Selamat Hari Minggu

Bila Mak Ndak jadi hijau

Tuan/Puan,

Mak Ndak kategori cerewet & kuat membebel, baru2 ini dia mengadu bosan duduk di rumah sebab anak2 saya dah besar2 dan boleh berdikari. Yang penting hanya memasak, jemur kain dan kemas rumah sikit2 tapi hobi mak ndak berkebun yang tak boleh tahan.

Dia nakkan baja organik yang halal, saya orderkan melalui client saya dari Kampung Kandis, Pasir Puteh, Kelantan. Di bawa dengan bas express mahligai ke Stesen Bas Express, Seksyen 17, Shah Alam subuh semalam dan saya ambik bawa balik. Happy mak ndak sebab misi dia dah berjaya.
Ini bajanya
Kuantitinya
Tapi inilah kawasan yang hendak dibajanya...hanyalah sekangkang kera
Kangkung bilangannya 15 batang dah ditaburnya baja
Kunyit yang ada empat pasu....alasan Wardah suka masak lemak cili padi dan Along suka rendang.
Kacang tanah favourite Wardah sebab beli pasar malam tak fresh

Lepas tu mak ndak plan nak buat mini herb garden, dia dah buat tapak kat luar gate, dah suruh saya beli tanah hitam dan buat plot tanaman tapi InsyaAllah saya galakkan mak ndak buat sebab itu exercise yang baik.
Pokok ubat darah tinggi, rendam daunnya dengan air tapi sangat pahit
Future Mini Green Herbs Garden
Pokok Kari, Misai Kucing, Pokok Darah Tinggi, Misai Kucing & Serai Wangi
Tapi dalam gate ada
Pokok Kaduk tapi mak ndak kata dia nak tanam macam2 herbs lagi dan saya kata okay mak ndak. Biarlah mak ndak buat apa yang dia suka tapi yang palign tak tahan bila nangka dia pun di suruh masuk Islam dan pakai tudung. Mak Ndak songlap tudung lama saya.
Inilah kesah mak ndak kami, dan pokok nangka madu kesayangannya di tepi jalanraya didepan rumah kami.

Saturday, May 5, 2012

Bila melayu dijepunkan

Salam,

Berkongsi padah akibat melayu dijepunkan. Padahnya seperti ini, upacara amjad makan sushi...macam makan nasi, Comel, amjad-san.
Adek suap sushi....
penuh selera...
tak berani pakai chopstick...takut terabur

Wednesday, May 2, 2012

Cuba Teka

Salam. 
Cuba teka ini ikan apa? Anda boleh makan? Saya tidak mampu menelannya walaupun saya orang kampung. 
Anda mampu telan? Kalau bentuk yang berbeza saya mungkin termakan tapi kalau bentuk UXXR maaf saya tidak berniat menghina makanan tetapi saya tidak mampu. 
Anak2 tuition saya tak ada benda nak buat, inilah cara saya mencari kawan hilnagkan bosan. Off to my routine, thank you pada yang sudi baca.

Hujan lebat

Salam.

Tak tau kenapa area Shah Alam bila hujan lebat mest jammed sangat2. Hari ini hampir sepanjang hari  hujan lebat, angin kuat. Schedule saya penuh, pukul 10 ada meeting dgn UITM yg dtg ke pejabat saya tapi blok berbeza. Pergi meeting belum hujan bila turun bawah, Ya Allah, banjir dekat tepi2 longkang. Saya parking dekat longkang jadi selamatlah  kasut tinggi saya jadi sampan. Baldu lagi, selamat bersampanlah saya pergi lunch dekat kawan dekat Muhd Chan Abdullah, Seksyen 16, Shah Alam. Kaki saya terama gatal2 puas saya tahan macho, balik office ambil air panas basuh kaki.

Balik dari office pick up Wardah kat sekolah, jammed dengan parents yang manjakan anak macam saya. Sampai rumah kaki gatal tak tertahan...kena rendam air panas campir garam.Bilik air bawah mak ndak tengah guna, nak ambil baldi ni tapi angin betul dengan mak ndak:

MW: Mak Ndak, tolong hulurkan baldi
MN: Nak buat apa?
MW: Nak rendam kaki, cepatlah gatal sangat ni.
MN: Kenapa? Awak main hujan ke?
MW: Cepatlah....orang tak main2 ni
MN: Jap2 ...nak keluar dah ni. Nah baldi
MW: ok2...
Bila tengok saya rendam kaki kat dapur, Mak Ndak dgn zalimnya:
MN: Kasut tinggi sedepa, kena air hujan jugak. ha3...cacing rambu ramba kot masuk gigit2 kaki awak.
MW: bengang....

Sambil rendam kaki tengok makanan restoran Papadom Ria kat Pantai Cenang, sebelah Waterworld. Best sgt makan Northern Indian Cuisine.  Minggu Lepas lepak dengan member tapau dari sana. Berbaloi dgn harga. Tokeh dia jiran saya. Saya dapat tunjuk gambar brochures aje sebab lunchpun dengan org2 MOTOUR kat office saya tak sempat ambil gambar.
Sedap yummy2 lazatnya.Bagi Wardah jealous tengok
Sedapnya Wardah...
Adek, this is the best. Rugi adek tak rasa
Finally ini rumah tokeh, rezeki mereka murah sebab mereka memang pemurah. Susah nak cari jiran seperti ini. Bagi mereka duit ringgit tak jadi masalah tapi silatulrahim dan ukhwah lebih penting. Kawan saya tapau mai dari Langkawi bawak pi ke Shah Alam. Makan boss lalupun buat2 tak nampak...takut dia mintak. Selamat Malam.

Tuesday, May 1, 2012

Alhamdulillah...Hujan Rahmat Hari Pekerja

Senja di Kota Kemuning dengan hujan lebat. Jiran2 sunyi sepi sebab ramai yang keluar berjalan2 sempena cuti Hari Pekerja. Kami tidak kemana2 sebab 16 Mei bermula peperiksaan setengah tahun. Anak2 saya mengulangkaji pelajaran (tekanan dari guru besar a.k.a EMAK).
Ya Allah, kusyukuri hujan rahmat yang diturunkan...hari panas terlampau yang dilalui memang memenatkan. Setiap kali diduga dengan cuaca panas kering, kesihatan juga terganggu. Allah Maha Mengetahui, diturunkan hujan dari langit bagi mengimbanginya. Maknanya apabila kita diduga Allah mesti ada kebaikan di sebalik setiap dugaan.
Senja di Kota Kemuning dan hujan yang mencurah-curah sekurang2nya menyejukkan bumi. Padang permainan di hadapan rumah kami sunyi sepi.
Edible Garden saya turut dilimpahi hujan rahmat dan dalam hati saya sentiasa berdoa supaya anak2 saya boleh menerima setiap ilmu yang mereka ulangkaji. Tangga kayu tepi dinding tu hakmilik tukang baiki rumah, dia tertinggal dan saya tak sampai hati nak buang. Ya Allah, aku memohon kepadamu, lindungilah dan berkatilah setiap penghuni rumah ini dan jadikanlah kami orang2 yang bertakwa dan bersyukur di atas setiap kurniaMU termasuklah rakan2 blogger saya. Ameen

Terimakasih kawan2 kerana sudi membaca (Perasan macam ada orang yang baca).