Wednesday, July 30, 2014

Hari Syawal Kami

Salam Syawal semua. Inilah Syawal kami penuh dgn kesederhanaan dan tahun ini kami semua hanya membeli sepasang pakaian sahaja. Inilah kami dan keluarga besar kami. Yang paling utama kegembiraan my heart, my soul & my darlings.
my heart & my soul, tahun ini our colour theme is dark brown as what my daughter said earth colour reminds us of palestine survivals. My soul said brown is colour of earth and symbol of grave. Al Fatihah buat mereka yang dipanggil pemilikNYA.
my darlings now year 1 with their notiness
my big families...luv all of you till jannah
Sisters, from left mak ndak, me (acu), mak anjang & mak itam. 3 sisters not in the picture.
  
oli too joining us... the kids love our oli too. Ya Allah, aku memohon padaMU, panjangkan usia kami semua, temukan kami lagi dgn Ramadhan & Syawalmu, pelihara kesihatan kami, permudahkan semua urusan dunia & akhirat kami. Ameen.

Wednesday, July 16, 2014

Anak-Anak dan ketelusan mereka

Salam Ramadhan.

Para sahabat sekelian,
Anak-anak kecil adakalanya mempunyai ketelusan melampau dan remaja sekarang jugak sama. Hari Sabtu lepas saya bawak Wardah membuat audit kilang ayam di salah sebuah daerah di sini. Saya tak nak komen tapi nilailah sendiri kualiti dan tahap halalnya.

Tempat gantung ayam untuk disembelih
Penyimpanan ayam yang sangat menggelikan
Tuan Puan, saya bukalah orang bijak pandai, tetapi di sini saya menyeru pengusaha-pengusaha makanan terutama ayam, daging dan sebagainya. Biarlah mahal sikit asalkan bersih dan halal. Saya tak tunjukkan gambar2 lain sebab saya tak tergamak. Fahami apa itu HALAL. Halal bermula dari makanan ternakan, kawalan di ladang, cara penyembelihan, cara pengurusan, cara penghantaran dan cara penerimaan. Halal bukan hanya terletak di leher ayam tetapi keseluruhan proses. Berhati-hatilah dalam membeli ayam tak kira anda suri rumahtangga, peniaga atau sesiapapun anda. Jujurnya, sepanjang audit yang saya buat dari 7 kilang yang diusahakan oleh orang Melayu, hanya 2 yang boleh saya terima sebagai Halal yang lainnya saya tolak.
Jangan takut keluar duit sikit sebab beza harga ayam yang ada persijilan halal dan tidak dalam lingkungan RM0.90 sahaja. Maaf kalau anda dapatkan ayam segar di mana2 pasar, cuba tanya ambil dari mana, nama pemilik dan kilangnya. Jangan sangka orang Melayu mereka faham apa itu Halal.

Bila saya tanya pemilik, kenapa storage teruk macam ni? Kena tinggikan 3 kaki dari lantai, sebab bila orang lalu air terpercik, macam2 yang kena, kita tak pasti air yang kena tu ada najis atau tidak. Aduh...jawapan nya Kita sah dah sembelih puan. Ya Allah sembelih mesti wajib tapi ayam tak boleh letak atas lantai, kena bersih dan tak boleh biarkan terdedah kepada udara biasa lebih dari 10 minit, bakteria. Maha Suci Allah, menjadikan Halal adalah untuk mendidik manusia menjadi bersih dan menjaga kesucian makanan dan diri. Saya dah ada ayam halal untuk saya pasarkan bersama dengan lori sejuk beku yang halal telah disamak, bersih dan suci manakala anak2 ayam kilang yang saya sudah kenalpasti memastikan semuanya halal. Lega saya bila anak-anak di sekolah makan ayam yang halal, restoran-restoran mamakpun ambil ayam dari kami jadi anak2 saya yang kuat makanan mamak dah ayam yang sahih halalnya. Bosan bercerita pasal kerja....

Oli sayapun kuat makan ayam goreng, bakar atau rebus. Ni rupanya kalau dia dapat makan ayam....comel jer makhluk Allah ini.
Oli makan ikan sardin mayonis
 Kalau ada Along bukan main mengada lagi
 Makan ayam rebus for the first time...keluar air mata
 gelojoh mcm lapar sgt
 Suku ayam Oli boleh makan tapi tanpa nasi. kena suap
Comel jer tangan Oli tak bagi tata wada curi ayam dia...
Selamat Berbuka Puasa ....dari Oli & Family