Wednesday, June 6, 2012

Misteri...Bukan rekaan, ianya benar2 terjadi!!

Salam sahabat maya saya.

Rentetan dari cerita saudara saya yang stroke dan putus asa dalam hidup kerana dipisahkan dari berkawan dan tinggal bersama teman wanitanya, musibah bagi ahli keluarga yang memelihara, menjaga dan memberi tempat tinggal dan menyediakan makan minumnya.
1. Wayar atau kabel tv sentiasa di potong.
Potongan cantik dan lurus
2. Bilik & tempat tinggal saudara saya itu selalu terbakar secara tiba2
Kesan terbakar 
3. Langsir & pakaian dikoyakkan atau dirosakkan
Dikoyakkan 

Nanti saya update tentang punca kejadian untuk sama2 kita jadikan tauladan. InsyaALLAH dan mungkin kita boleh memberikan pandangan masing2. Pertama kali dalam hidup saya melihat dengan mata kepala sendiri perkara misteri ini terjadi tetapi semuanya denga izin ALLAH menduga kekuatan iman hamba2NYA.

Gud Nite.


Monday, June 4, 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN KALAU

Salam.

Hari ini lunch dengan member kat gerai dalam kawasan masjid negeri shah alam. Bercerita tentang seorang insan yang agak lemah dari segi daya ketahanan hidupnya, mudah diperdayakan oleh orang lain asalkan orang2 tersebut menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya.
Gambar hanya hiasan semata-mata

Kata member saya kalaulah dulu dia mendengar nasihat keluarga, pasti hidup dia selamat...
Kata member saya kalaulah dulu dia elakkan diri terjebak jauh, pasti hidup dia bahagia
Kata member saya kalaulah dulu dia pandai membawa diri, pasti hidup tidak dihina
Kata member saya kalaulah dulu dia bijak membuat penilaian, pasti hidup berharta
Kata member saya kalaulah dulu dia berusaha dalam kerjaya, pasti kini dia berjaya.

Sahabat, jangan gunakan perkataan kalau kerana ia telah terjadi, bukan sekali dia ditipu mentah2, pertama kali oleh seorang lelaki tua, kekasih gelap yang tugasnya hanya menipu & mengikis namun tiada nilai pengajaran. Kedua seorang lelaki beristeri dua, melayan lelaki tersebut bertahun tapi hubungan tersebut tidak kemana2, dia hanya dipergunakan semata2 namun masih tiada nilai pengajaran. Ketiga, berhubung rapat dengan kawan wanita sebaya, terpedaya dengan mulut manis, pujuk rayu teman, buang ibubapa, buang keluarga, buang saudara mara, buang segala. Penipuan selama bertahun2 hanya terbongkar apabila Allah turunkan bala, stroke tetapi sampai ke hari ini masih tiada nilai pengajaran. Kini, Allah tarik keupayaan deria, Allah tarik punca rezeki, sehelai sepinggang, kini hanya harapkan ihsan keluarga, pilu hati saya melihatnya tapi saya hanya mampu berdoa.

Khas buat pembaca yang sudi berkongsi pendapat dan pandangan, nasihat saya perkataan KALAU tidak perlu disebut kerana sudah terlewat. KALAU lebih baik diganti dengan MESTI kerana apabila berlaku sesuatu perkara buruk, kita MESTI ambil pengajaran darinya, kita MESTI muhasabah diri, kita MESTI dekatkan diri pada ALLAH, kita MESTI berbaik2 dengan keluarga dan saudara mara...Menangis Airmata Darah sekalipun semuanya dah terjadi dengan izin Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita, anak2 kita, keluarga kita bertemu dengan insan2 berakhlak serendah itu, semoga kita dan mereka semua sentiasa dilindungiNYA, InsyaALLAH...Ameen

Sunday, June 3, 2012

Yang Ikhlas Itu Budi, Yang Indah Pula Bahasa

Salam.

Seminggu bercuti bersama keluarga di kampung, saya mengambil kesempatan berehat sepuas2 hati saya. anak2 pula saya galakkan berkunjung kerumah2 saudara mara yang mengadakan kenduri perkahwinan, cukur jambul & sebagainya. Anak2 buah saya mengambil kesempatan mengajak mereka bermain permainan tradisional seperti galah panjang, tuju tin dan kejar2. Disini saya paparkan kerenah anak2 tatkala bermain permainan ini.
Rumput di halaman rumah panjang kerana belum dimesin, cara mereka bermain menggelikan hati kerana ada pasukan terpaksa menyerap masuk 2 pemain bawah umur iatu amjad dan adam.
Wardah satu team dengan amjad & adam, apa nak kata kalah teruklah jawabnya. Berakhir dengan amjad menangis tak dapat pegang bola.
Wajah kecewa amjad bila kalah main tuju tin...dipujuk afif tapi tak berkesan. Amjad memang tak ada semangat kesukanan.

Di majlis perkahwinan pula si along asyik kata panas tapi memang panas di rumah kenduri tersebut di Felda Sungai Kemahal di Triang Pahang. Kata Amjad kenapa dia orang tahan panas, tak pasang kipas dengan alasan kalau panas dia kena berlari untuk dapatkan angin dan jadi sejuk.
Saya jadi mangsa paparazzi Adam Lutfi yang nakal. Kerana panas yang terlampau, kami gunakan pinggan sebagai kipas. Paling kelakar bila adam warning semua perempuan jangan pakai highheel kalau kenduri kat kg...
Nah...lain kali dengar cakap Adam, keadaan tanah yang berbatu menyukarkan saya mengambil pinggan untuk dijadikan kipas dan kemenangan kepada adam bahawa teori dia betul. Nadhir, Wardah & Ooah dah ready dengan kipas masing2.
Aduh rombongan kami kepanasan, ini satu lagi mangsa ketiadaan angin. Rombongan saya juga ni...
Aduhh...betul2 kepanasan...kata amjad kalau kat neraka macam mana???
Nostalgia....di rumah Felda, kepanasan...mencari tiupan angin
Amjad si rabbit yang comel...penat along dgn kiki control adam dgn amjad yg kepanasan...
Mengabadikan kenangan di rumah Felda tetapi senyuman amjad menyejukkan hati saya. Afif dah basah kuyup dan tukar baju
Gambar kenangan dengan ibu saudara yang hanya saya temui mungkin setahun sekali, menjadikan tanah rancangan sebagai punca pendapatan keluarga mereka. Rombongan kami di bahagian kiri gambar, perkahwinan sepupu lelaki ini adalah kunjungi saya selepas 7 tahun yang lepas tetapi ibu saudara saya rupa parasnya tetap sama. Mungkin saya perlu tukar jenama kosmetik agaknya ataupun bertukar kerjaya dari principal consultant dengan mengambil alih tugas mereka...apapun saya bahagia menjadi kerana menjadi diri saya sendiri...Ingat pesanan arwah ibu, miskin jangan dihina, kaya jangan dipuja kerana yang ikhlas itu budi, yang indah pula bahasa. Saya menjunjung pesan arwah ibubapa saya selagi hayat dikandung badan.