
HIDUP MESTI DITERUSKAN
Salam.
Blog sahabat baik saya yang banyak mengajar saya erti ketabahan dan erti kehidupan. Beliau juga mengajak saya ke arah kebaikan, tumpukan kepada kehidupan di sana, pada masa yang sama berbakti di sini yang hanya sementara. Menghargai setiap detik denyutan jantung kita sebagai insan di dunia ini. Kawan2 maya yang saya hormati, marilah kita sama2 membaca blog ini bagi menghayati maksud kehidupan yang sebenar2nya. Walau apapun dugaan hidup, hidup mesti diteruskan...Percayalah setiap dugaan yang datang dari Allah, mesti ada hikmah disebaliknya.
Mati itu pasti, hanya tidak diberitahu masa, hari dan tempatnya. Bersyukur bersahabat dengan saudara Najmi ini yang mengajar saya banyak perkara yang saya tidak pernah tahu, keinsafan dan ketabahan beliau kita jadikan tauladan. Mereka telah bersedia kerana telah diperingatkan Pemilik Kita tapi bagi saya, saya selalu alpa dan lupa segala yang telah diberikanNya. Najmi mempunyai daya penulisan yang sangat baik dan matang, mendidik masyarakat tentang apa yang telah dilaluinya dengan telus dan membina. Andaikata anda membuka blog sahabat saya ini dan membaca, mari kita sama2 bantu dgn click iklan di blog beliau...membantu beliau menjana pendapatan bagi membantu PLHIV yang lain. Saya yakin anda semua seperti saya & Mak Chaq yang terkedu dengan Insan2 Terpilih Ini.
Beliau pernah menulis kepada saya kenapa beliau terlalu menghargai kehidupan kita....pernah menulis tentang hasrat beliau pada masa akan datang dan sama2 kita doakan agar beliau sihat dan dapat terus menulis di blog ini dan panduan kepada semua. Harap kita semua sentiasa diberkati Allah.
Terima kasih.