Salam teman2 maya, doa dan nasihat anda amat berguna untuk saya.
Kadang2 hadirnya seorang teman sepejabat kalau silap gayanya boleh bawa lebih banyak duka dari suka. Bukan disebabkan pangkat atau usia tetapi sikap kita dalam pergaulan harian amat penting kita jaga. Hari ini baru saya sedari kalau kita biarkan sikap "berkira" dan besar kepala mereka kita tidak dapat uruskan pekerjaan dengan baik. Saya akan BERTEGAS dalam soal kerja.
Ada seorang teman telah bersemuka dengan gadis manis ini dan bagi saya isu ini saya akan lupakan sempena Awal Muharram yang mulia ini, kosong2 dan saya akan teruskan usaha saya. Walaupun ujiannya besar tapi saya yakin ada Insan lain yang lebih malang, membaca dari blog sahabat baik saya Najmi, kisah dan teladan memberikan saya rasa kesyukuran yang tiada taranya. Berkongsi email seseorang menitis airmata saya sebagai seorang wanita, ibu dan manusia.
Puan,
Berkongsi cerita duka saya. Saya seorang kerani bank berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya bermadu dengan lelaki (menyerupai wanita) sejak Mei lalu dan kami tinggal serumah. Madu saya berusia 20an (awal) warga asing dan memunyai tubuh badan dan rupa yang agak menarik berbanding saya. Suami saya seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di negeri Selangor. Kami tinggal serumah dan rumah kami hanya sebilik. Saya dan anak tidur dirumah tamu, dan saya seolah2 tiada hak dalam rumah tangga. Saya pendekkan cerita ibu malang ini.
Saya tiada tempat mengadu kerana perkahwinan kami tidak direstui keluarga dan mertua juga tidak pedulikan kami. Puan, saya tidak diberi nafkah zahir batin dan apabila saya mintak dilepaskan suami akan mengamuk dan mengugut membawa anak saya lari ke negara lain. Dua kali saya patah kaki kerana suami memijak kaki saya dan sekali lagi saya jatuh motor apabila suami tendang motor yang saya naiki semasa saya ingin ke tempat kerja Kesannya kaki saya masih tidak sembuh sehingga sekarang. Saya temui email puan dari blog Abg Najmi. Saya bukak blog abg Najmi masa rehat di pejabat. Suami saya jugak songsang dan saya adalah hamba kepada mereka. Saya kesiankan anak perempuan saya yang masih kecil. Puan tidak perlu jawab email saya tetapi saya akan email Abg Najmi nanti tetapi sekadar luahkan perasaan. Terima kasih.
Nanti saya balas email wanita ini dan saya sentiasa doakan dirinya sejahtera. Andainya dia berada di Selangor, saya akan cari jalan berkenalan dan berjumpa moga boleh saya bantu dia. Buat suami wanita ini, Ya Allah lembutkan hatinya untuk menjadi insan khalifah yang lebih mulia, tak apa saya minta Najmi bagi pendapat beliau nanti. Mari kita doakan wanita ini sentiasa dilindungi Allah, dipermudahkan urusannya didunia Allah ini dan mendapat kebahagiaan yang hakiki.
Maafkan segala salah dan silap saya, Selamat Menyambut Maal Hijrah.
Friday, November 1, 2013
Tuesday, October 22, 2013
ALLAH MENDUGA SAYA
Salam.
Hidup saya dalam dunia pekerjaan pada saat ini sangat membosankan...saya benci sikap manusia yang suka menuding jari, hipokrit dan penipu. Ya Allah, keringkan hati saya, bahgiakan diri saya dan permudahkan kehidupan saya. Doakan saya kawan2 cyber, semoga doa anda mampu membantu saya. Terima kasih.
Hidup saya dalam dunia pekerjaan pada saat ini sangat membosankan...saya benci sikap manusia yang suka menuding jari, hipokrit dan penipu. Ya Allah, keringkan hati saya, bahgiakan diri saya dan permudahkan kehidupan saya. Doakan saya kawan2 cyber, semoga doa anda mampu membantu saya. Terima kasih.
Saturday, October 5, 2013
InsyaAllah genap 18 tahun saya menjadi Ibu
Alhamdulillah kita semua berada dalam peliharaan Allah yang maha Esa. Dah bersawang blog saya sebab saya fed-up ada gangguan dan saya tidak boleh membaca blog sahabat saya contohnya blog Nini dan Cikgu Dinas. Along balik rumah baru boleh baca. Alhamdulillah 18 tahun jadi ibu kepada dua permata hati dan anak lelaki sulung saya genap 18 tahun pada 1.01 tengahari 7 haribulan Oktober 2013 ini. Anak ini saya berikan nama Muhammad Iqbal kerana erti Iqbal adalah pemimpin yang rendah hati dan bijaksana, moga Allah sentiasa merahmati hambanya yang bernama Muhammad Iqbal ini.
HAPPY 18th BIRTHDAY, MY BELOVED ALONG... pesan mak
1. Jangan bawak kereta laju
2. Jaga diri baik2 dan jgn lupakan Allah.
Moga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah dan untuk adek Nur Wardah, selamat berjuang untuk PMR.
Masa usianya 6 bulan
Usianya genap setahun
Usinya 11 tahun
Ini kalau tak salah usianya 9 tahun
Kini Along dahpun masuk Universiti, berdikari dan boleh jaga diri sendiri, InsyaAllah
Tatkala saya merenung wajahnya bila dia tidur, saya rasa sayu andaikata ada kekurangan saya sebagai ibu. Hanya Allah yang memahami sejauh mana kasih sayang saya terhadap anugerahNYA ini, syukur...HAPPY 18th BIRTHDAY, MY BELOVED ALONG... pesan mak
1. Jangan bawak kereta laju
2. Jaga diri baik2 dan jgn lupakan Allah.
Moga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah dan untuk adek Nur Wardah, selamat berjuang untuk PMR.
Subscribe to:
Posts (Atom)