Wednesday, January 16, 2013

Betapa teguhnya hati wanita itu....

Salam Rabu, sahabat2 maya saya.

Semalam bertemu seorang kawan lama dari zaman sekolah berasrama dulu di Pak Su Corner Shah Alam. Dulunya dia antara pelajar cemerlang, drum major, cantik dan baik. Berkahwin selepas tamat pengajian, berumahtangga dan beranak dua. Ditinggalkan bekas suami tanpa belanja anak walaupun sesen, masa itu beliau sudah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa tetapi Allah maha kaya.

Perlahan XXX menghulur kaki semula ke medan kerjaya disebuah syarikat swasta, meninggalkan anak kepada ibu untuk dijaga, beliau hanya memperuntukkan masa dan diri hanya untuk kerjaya dan mencari wang ringgit demi masa depan anak2, beliau mengambil masa 2 tahun untuk benar2 berdikari, anak diambilnya semula dan tinggal bersama. Hanya Allah yang membantu dan melindungi mereka dan berkat rezeki Allah, XXX dapat bekerja di kerajaan negeri dengan pangkat yang berpadanan. Hanya sekarang dia mampu tersenyum memandang ke arah diri sendiri, dia sudah boleh tukar baju sendiri kalau dulu semuanya di  dulukan keperluan anak2, tidak pernah terdengar keluhan dari mulutnya, dia dan senyuman sangat sinonim, jarang komen apa yang orang cakap, kecantikan dirinya mula luntur dek tekanan kehidupan tetapi sekarang dia kembali ke persada ratunnya setelah anak2nya mencecah matrikulasi. Kesah dulu bagaikan satu momentum kejayaan yang hanya dinikmati oleh XXX seorang.

Hari ini, XXX memakai jubah yang baik2 kualitinya, kasut yang bersesuaian kerana katanya dia nak reward diri sendiri, bawak diri pergi Umrah untuk rehat bersama anak2, bawak mak sekali, rombongan keluar negeri pasti mereka sekeluarga bersama, alangkah adilnya Allah. Dulu katanya dia sering mendengar keluahan anak perempuan sulungnya, bekas suami beliau sudah tidak mengenali anak sendiri, hidup senang lenang bersama isteri baru, anak baru dan segalanya baru tapi dia lupa kekayaan yang Allah bagi itu ada bahagian anak2 terdahulu, nafkah adalah hak bapa tidak kira siapapun menjaga anak2 tersebut. Pincang masyarakat kalau ada bapa sebegini rupanya. Kata anak, bapa saya taat sembahyang, bapa saya ajk surau tetapi bapa saya yang sebenarnya adalah lelaki yang kosong iman dan isterinya sekarang juga adalah isteri orang asalnya. Orang alim boleh pula duduk berdua2an dgn bukan muhrim tetapi kata XXX itu cerita lama. Dia bersyukur tanpa sesenpun nafkah dari si ayah, anak2nya bersaing hebat dalam pendidikan mengalahkan anak2 yang lain. Saya kadang2 rasa meluat dengan manusia yang menjadikan Agama sebagai pakaian harian untuk tutup malu sendiri.

Kata teman saya yang si bapa tidak tahu dalam ramai kawan2 nya tahu cerita yang sebenar tapi mereka malas ambik port orang yang baru jadi kaya tapi seingatnya dulu dia pernah menempek ke merata2. Apapun sapalah kita nak menasihatkan orang lain tetapi ke pada XXX, saya hormat anda, dan pada usia gangsa XXX tengah sibuk mengumpul saham akhirat pulak. teguh betul hati seorang wanita ini. Moga Allah sentiasa permudahkan kehidupan XXX sekeluarga. Ameen.

81 comments:

  1. Tekad wanita, memang sedemikian.
    Alangkah bagusnya jika saya juga seteguh XXX...
    :)

    ReplyDelete
  2. walaupun x kenal XXX itu saya kagum dengan ketabahan beliau

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, Allah sentiasa adil dan saksama

      Delete
  4. Wanita..
    akan sentiasa menutup perit lukanya,
    demi sebuah kehidupan & anak-anak..
    wanita itu sangat tabah. bangga nisah membaca cerita ni..

    wanita yang bangkit dari jatuh, bukan satu perkara yang mudah.
    tapi tekad. tekad buat wanita itu kan bangun dan terus berjalan..

    Allah masih ada di sisi... (^_~) Tahniah buat wanita itu, semoga segala usaha beliau selama ini terbayar di akhirat kelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisah, thx sbg kawan, akak bangga dgn wanita yg tidak perlu berkeluh kesah dgn ujian Allah. Bangga dgn sikapnya.

      Delete
  5. Replies
    1. Kakcik, thx, Allah itu maha kaya dan penyayang.

      Delete
  6. Beliau insan terpilih untuk diuji diduga, lalu beliau mampu melaluinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, thx, Alhamdulillah XXX tabah dgn takdirnya

      Delete
  7. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan dia dia dan anak2 cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq, ibu yg baik akan melahirkan anak2 yang baik2.

      Delete
  8. Suatu yag dijanjikan oleh Allah swt atas segala kesabaran ! Terharu membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA, thx selama berkawan dia tak pernah membukak aib exnya. dia terus lupakan mungkin

      Delete
  9. Replies
    1. Thx Mayang, harap ramai lagi wanita yg sebegini

      Delete
  10. Tabik dengan ketabahan & kekuatan jiwa XXX.

    ReplyDelete
  11. Pelangi yang indah hanya akan muncul selepas turunnya hujan....

    ReplyDelete
  12. Salam Mak Wardah,

    Terlebih dahulu ingin Ratna mengucapkan Joyeux Anniversaire yang bertaraf gangsa sudah... semoga apa sahaja yang diniat-doa akan dipermudah berkati dariNya, Amin...

    Kawan lama Mak Wardah tersebut ada lah seorang wanita yang berhatijiwa mulia dimana segala kepayahan dan kekurangan untuk diri sendiri tidak dikirakajikan namun mendahului kesenangan atau keperluan untuk anak-anaknya juga emaknya yang selama ini berbakti sepenuh kasih... dan kini Alhamdulillah... pengorbanan setulus hati yang bersujud redha itu lah yang didahului olehNya...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  13. Sungguh kakak amat mengagumi wanita yg begini. Syukur bila dia menjadi wanita yg gigih dan bertindak menggunakan akal dan bersandar pada Allah memang patut dia mendapat balasan setimpal begini. Syukur alhamdulillah anak-anak pun cemerlang. Memang Allah maha adil.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.... setelah diuji dgn dugaan pasti ada sinar kebahagiaan akhirnya....

    ReplyDelete
  15. Eza turut kagum dgn wanita itu. sapa sangka, dia mampu bangun semula memulakan kehidupan baru dengn tabah. Allah maha adil.. Subhanallah.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. moga Allah melindunginya dan diberi keberkatan

    ReplyDelete
  17. kepayahan tu mengundang kekuatan...moga dia tabah

    ReplyDelete
  18. sedih, tapi harus semangat :D

    ReplyDelete
  19. salam...
    seorg ibu selalunya mmg akn kuat demi anak-anak tersyg..kisah ni memang memotivasikan...setiap apa yg berlaku ada hikmah,setiap anak ada rezeki...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Aishah, kalau ia memotivasikan, syukur Alhamdulillah

      Delete
  20. Kat dunia lepas la.. Sebab nafkah anak2 xde siapa pon berhak 'waive' kan..

    ReplyDelete
  21. kesabaran, kecekalan dan keikhlasannya demi anak2 Allah beri ganjaran berlipat ganda

    ReplyDelete
  22. assalam kak..singgah dan follow sini..tertarik dgn kisah ini..tp cukupmenyentuh hati

    ReplyDelete
  23. salam kak...situsi pn XXX tu berlaku dengan org terdekat dgn saya...cuma bezanyanya si isteri meninggal dan ank2 tidak diberi nafkah yg sepatutnya...hanya mengharapkan si nenek&atok yg sudah tua untuk menyara 3orang cucu... tapi saya sangat kagum dengan nenek itu...tabah membesarkan cucu2nya dengan rela hati...nenek itu adalah mak saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Noen, sampaikan salam hormat akak kepada kedua ibubapa Noen, akak doakan jannah untuk mereka. Itulah kasih ayah dan ibu dan nilai sayang datok dan nenek. Moga cucu2 menjadi insan terbaik.

      Delete
  24. Ada kesenangan slps tiap kesulitan. Ketabahan & kesabarannya Allah balas. Cerita yg penuh motivasi & pengajaran.

    Utk bapa kpd anak2 itu..nantikanlah neraca akhirat.

    ReplyDelete
  25. wanita bila jatuh.... pasti bangun dan berjaya....susah nak dengar wanita di tinggalkan suami....terus jatuh...malah akan terus bersemangat demi untuk anak2 tercinta....

    ReplyDelete
  26. SYGG .. JOM KE BLOG DEDEQ .. TAHNIAH .. T SENDKAN NAMA N ALAMAT K

    ReplyDelete
  27. suka baca entry2 mak wardah.byk kisah kehidupan yg real tuk jd teladan.kdg2 baca mcm drama,tapi kehidupan sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm mrs adam. alhamdulillah kalau ada pengajaran

      Delete
  28. suka Na bace entry ni..kita doa kan yg terbaik utk xxx..dye mmg cekal menghadapi dugaannya!!! klau jenis org yg lemah semangat mesti masih menagisi apa yg terjdi...kita tataw ape yg jd kat kita esk..harap kita pun akn diberi kekuatan yg sama seperti xxx jika ada dugaan sebesar ni menimpa kita In Sha Allah =)

    ReplyDelete
  29. As salam...tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia tidak dapat kita sangkal kan lagi. selembut2 hati perempuan andai terluka dan dbawa ke jalan yang sepatutnya pasti kejayaan dunia akhirat miliknya. tahniah pada xxx..bonda kagum. salam perkenalan dari bonda :)

    ReplyDelete
  30. akakpun ingin setabah XXX itu.. ingin sekuatnyer juga...
    doa orang yang teraniaya lebih mudah diperkenankan, itu yang bekas suaminya tak tahu...
    akakniler kan kalau ada kawan2 yang suka ngat cerita lakinya gini lakinya gini , memang malas nak dengar tapi kena dengar gakkkan.. akak kata baik mintak cerai,, walaupun bergegar tiang arash tapi kurang2nyer idakle berdosa cerita tak baik tentang suaminya.. lagi satu akak highlightkan orang dah berceraini lebih tabah orangnya sebab dia tahu dia tak boleh bergantung pada siapa.. selalu orang selepas bercerai lebih menyerlah, bantuanpun banyak diberikan pada ibu tunggal.. ha.. ha.. kadang tak baikkan galakkan orang bercerai tapi tuler ... harap pahamler apa yang akak nak sampaikan yerk...
    Ps : terima kasih datang kat blog akak.. ini kunjungan baliklerni...

    ReplyDelete
  31. salam kenal kak... kisah utk dijadikan teladan... terima kasih....

    ReplyDelete
  32. salam kenal..bagusnye xxx, kuat n tabah=)

    ReplyDelete
  33. assalam..
    lama ieja x singgah cni^_^
    cerita akk berlaku dpn mata saya kak..beza nya si isteri x diceraikan..si suami bersenang lenang dgn isteri baru dan lupa yg dia jg punya ank2 lain selain ank drpd isteri baru,,si isteri terpaksa berhempas pulas mencari rezki utk ank2,sanggup meninggalkan ank2 dirumah bersama sedangkan ank yg menjaga adk2nya hanya berumur 11 thn shj..dia terpaksa tawakal illallah kerana kekangan wang nak bg pada pengasuh..sekarang ni ALLAH bg ganjaran mahupun balasan secara cash..x perlu tunggu kat akhirat..kat dunia lg Allah dah tunjuk..dia betul2 setabah xxx dan skrg ank sulung dia pun dah duk asrama..

    ReplyDelete
  34. assalam mak Wardah
    ujian Allah ikut kemampuan hambaNya..
    alhamdulillah,,,ingin jd wanita seteguh xxx

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum,

    Kak Ros kagum sungguh dengan xxx nih..Memang hati xxx ni tabah dan kuat menghadapi semua dugaan Allah..,Semoga Allah membantu dan melindungi xxx dengan anak2nya...

    Allah tu maha segalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Ros, Moga Allah melindungi XXX dan kita semua

      Delete
  36. Salam MW, boleh bagi email address tak?
    zilndnas@gmail.com

    ReplyDelete
  37. biasanya orang perempuan lebih tabah dari lelaki..tapi saya mmg salute dengan ketabahan kenalan akak tu..semoga semakin murah rezekinya dan anak2..

    orang teraniaya sentiasa dilindungi Nya kan..

    ReplyDelete