Thursday, January 3, 2013

U Shopping Pakai Chooli?

Salam.

Salam Khamis para sahabat maya, apa jawapan anda andai ditanya oleh seorang lelaki berumur, bertitle dan kaya dengan soalan " U shopping pakai chooli? ". Saya nak jawab pakai, memang secara amnya tak pernah tak pakai, nak jawab tak pakai, Alhamdulillah tak pernah lagi saya buat perangai yang bodoh2 macam tu. Diluah mati mak ditelan mati ayah, ini betul2 membuatkan muka saya panas dah lah ramai lagi pegawai2 lelaki ada bersama. Dia tanya saya lagi, "Chooli yang saya nak buat boleh timbang dia punya isi sendiri". Saya diam tapi muka saya rasa panas, sure dah merah. Dia sambung, di seluruh dunia belum ada chooli ini macam, dia tahan lama, stuktur dia sesuai untuk barang lembut, sensitif and moden". Dalam hati saya apek ni nak buat benda pelik2 ni apahal. Dia sambung lagi "Ini chooli ada sensor boleh kila halega isi dia sendiri'. Saya yakin bukan benda yang saya fikir dan saya menyampuk supaya dia berhenti menerangkan tentang chooli dia.



Para pembaca yang dikasihi,
Setelah muka saya merah, baru saya tahu dia nak buat troli yang boleh digunakan di Shopping Mall dengan sensor yang akan mengira barangan yang anda beli secara automatik, memberitahu pelanggan andainya barang yang anda beli rosak, luput tarikh dan saiz barangan. Idea yang baik kerana mengurangkan pengambilan pekerja asing di pasaraya2 besar. Aduhai, guru2 Bahasa Malaysia, saya perlukan bantuan anda kerana troli telah ditukar menjadi chooli. Saya tegur beliau dengan baik, terkejut dia sebab dia tak tahu maksud sebenar Chooli sebab katanya dia belajar di sekolah China dari kecil sehingga ke peringkat tinggi. Merah muka dia malu sebab dia tidak berniat begitu.

Adui...duduk di Malaysia, Warganegara Malaysia selama 57 tahun, Bahasa Malaysia ke laut, ada rasa terkilan di hati saya. Mungkin pembaca yang terdiri dari guru2, pegawai2 kerajaan, pakar bahasa dan anda semua ada cadangan bagi mengurangkan masalah ini. Lepas ini belum pasti saya pakai smart chooli di pasaraya....tapi bergantung kepada keadaan.

26 comments:

  1. kahkakah...salah faham rupanya...tp chooli tu mmg sensitif..jgn dibawak bergurau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah faham dan penguasaan bahasa kebangsaan yang sangat lemah dari seorang yang bertitle dalam masyarakat. Harap ada org2 tertentu yg sedar dan cuba memperbaiki keadaan ini. Thx Kamsiah

      Delete
  2. Hahahahhaa...

    Tapi kan, mmg kita sedih...Cina/India sekarang(yg muda2) dah tak sudi , malahan ada yg tak fasih cakap bahasa Kebangsaan kita...Saya tak salahkan mereka. Saya salahkan kita sendiri, org Melayu.

    - Pemimpin Melayu gagal bertutur dlm bahasa melayu, tengok sahaja aksi politikus kita bila di temuramah.

    -Kita sendiri suka membunyikan bahasa Melayu kita ke arah bunyi "cina" kalau bercakap dgn org Cina, ke arah bunyi "india" kalau bercakap dgn org India, dan malang lagi, ke arah bunyi "indon" bila kita bercakap dgn orang Indonesia. Kita sendiri tak jaga jatidiri bahasa kita...jadi jangan harap bangsa lain nak hormati bahasa kita...bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedih doktor, bahasa kebangsaan menjadi bahasa ke3 di Malaysia dimana konsep Bahasa Jiwa Bangsa?

      Delete
  3. Replies
    1. Malu dan sedih Nini...Nini jaga diri and baby baik2 yer, In shaa Allah semuanya akan selamat. Wardah tak sabar nak kerepek bayam n popia nestum

      Delete
  4. KC pun mulanya tertanya2 apakah maksud chooli itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx KC singgah, suspen betul mula2 tu tapi sedihnya tahap penguasaan bahasa yang jatuh kategori "below requirement" padahal 57 tahun jadi warganegara M'sia sejak dari lahir...

      Delete
  5. ha ha ha lucu ler pulak

    ReplyDelete
  6. hehehe...
    senyum sorang2 saya baca entry nie.... :)

    apa2 pun... salam perkenalan dari saya... Mama Mya...

    ReplyDelete
  7. Hmmm... Lain yg disebut dah lain maksudnya.

    ReplyDelete
  8. Gelihati baca entry mak wardan. "ipoh mali tatak sombong" punya geng kot. Kalau kat johor, dek kerana siaran singapore channel mudah dan terang, ramai dikalangan mereka, tak pernah buka siaran tv malaysia. Tak heran kalau bm tunggang langang. Sekali dgr macam orang bukan i/c malaysia yg bercakap




    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Anim, tu pasallah lidah dia org kers kejang

      Delete
  9. tersenyum juga KN baca entry ni..mula2 baca tadi tertanya2 jgk ..apa kehal 'chooli2 ni'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx ka, lawak memang lawak, malu memang malu, tapi sedihpun ada, tak athu pada sapa nak saya letakkan kesalahan

      Delete
  10. Selalu jumpa masalah begini, MW. Ada kes kita dah tolong betulkan kesalahan bahasa tapi masih jugak dia kembali guna yg salah tu. Penat der.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dinas, sebagai guru dinas memang sentiasa berhadapan dengan masalah ini.Thx n take care

      Delete
  11. adoi,memula baca saya pun pelik apa punya soklan apek tu tanya akak
    rupan2nya troli...jauh beza maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Irfa, lidah dia keras semacam. take care

      Delete
  12. SA baca entry ni 2 kali utk bagi paham..rupanya pelat sebutan dia tu..dari troli ke chooli...hehehehe...

    ReplyDelete
  13. hehehe... munna pun ingat yg tu mula2.... rupanya2 ada salah dari segi sebutan....

    ReplyDelete
  14. hehehe..... ingatkan apalah tadi chooli...

    ReplyDelete