Wednesday, February 13, 2013

Aku hanya hiasan di halamanmu


Sunyi senyap kediaman kami, empty nest syndrome, tuan aku keluar berjalan2, tinggal aku yang hampir pencen dan dia berdua sahaja. Bosan!!! Iqbal sudah keluar dengan adeknya Wardah dan Mak Ndak ke Giant Bukit Rimau. Dulu waktu kecilnya mereka akulah yang di heret ke hulu dan hilir, ke darat dan ke baruh. Sedarlah diri, yang muda pasti tua, yang baru mesti lama dan yang hidup pasti mati. Sedih jugak rasa hati.
Sepinya hidup tanpa mereka, bagaikan alam belantara yang hanya ada aku dan dia.  Hanya pokok-pokok ini yang dapat menghiburkan kami berdua. Mereka dah remaja dan tak perlukan kami lagi. Dah hampir lupuspun. Dulu nak ke kumon pun bawak kami, nak ke padangpun bawak kami, nak bermain di tamanpun wajib ada kami tapi sekarang Iqbal dah lupakan kami terus. Wardahpun sama. Mentang2 iqbal dah ada lesen dan tayar empat, sapalah kami pada mata mereka berdua. Kau lupa pada aku askar pencen dan mirange (minah orange), kau lupa pada bakti kami wahai Iqbal dan Wardah, kau lupa dengan kesetiaan kami. tergamak kau nak bagi aku kepada lori besi buruk. Dah 6 tahun aku bersama dengan kau berdua tapi sejak ada dua ekor basikal motor hijau merah tu kau biarkan kami jadi hiasan halaman rumahmu. Hari ini kami berdua terkujat bila Iqbal kata "Askar, nanti aku baiki elok2 ye, Along sedekahkan askar pada bibik". Salam perpisahan hampir tiba. "Askarlah basikal Along paling sayang dalam hidup Along. Duduk baik2 dengan bibik ye...." kata Along sambil melihat tubuh badan aku yang dah makin layu. 
Para pembaca itulah kita manusia, tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Dari basikal kecil, beralih ke basikal besar, beralih ke basikal mountain bike dan akhir sekali basikal motor, akhirnya bila cukup umur mereka memandu kereta. Alhamdulillah ada rezeki, ada kesihatan, ada keperluan kita berubah dari satu takuk ke takuk baru. Khas untuk anak2 kesayangan saya, jangan lupa jasa orang lain pada kita, jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada, jangan lupa berterimakasih kepada orang lain dan ingatlah perkataan Alhamdulillah sepanjang masa. Jangan ungkit keburukan orang lain tapi muliakan kebaikan mereka, jadilah insan yang saling melengkapi, In Shaa Allah, hidup Along dan Adek sentiasa di berkati. Walau siapapun kita sentiasa berjalan tunduk ke bumi, jangan lupa kalau mendongak pasti Along Adek terjatuh, akan terjatuh kerana mak pasti kita dalam hidup mesti selalu muhasabah diri, mesti ada rasa rendah diri, itulah harapan mak kerana kebahagiaan dalam hidup bukan hanya kejayaan dalam pelajaran, kekayaan harta benda tapi ianya adalah KEBERKATAN.

20 comments:

  1. Salam mak wardah..

    peringatan yg baik utk diri saya juga.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  2. Buat Along dan Adik sungguh apa yg mak coretkan dalam N3 ini juga sebagai peringatan buat diri auntie juga. Selalulah bersyukur atas segala nikmat Allah yg tak terhingga ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Kakzakie, saya adalh manusia yang selalu lupa utk bersyukur

      Delete
  3. macam karangan kecik2 dulukan...
    macam cerita toy story pun der..
    tapi percayalah tak penah lupa jasa yang diberikan...
    semoga kita semua menjadi insan yang bersyukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Cho Zila, mcm karangan aku sebuah basikalkan...InsyaAllah kita ingat segalanya pinjaman

      Delete
  4. in shaa Allah, semoga sentiasa menjadi org yang bersyukur dengan nikmat Nya...

    ReplyDelete
  5. mula-mula baca cam sedih jer...
    tapi ianya sebuah peringatan buat Along Adek dan juga untuk semua orang.

    Nice post Mak Wardah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nita, bila dia org dah remaja ni makin sunyi rasanya, Alhamdulillah kalau ianya boleh mengingatkan kita semua

      Delete
  6. Betul tu. yang penting keberkatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Ibu Lala, hidup tanpa keberkatan minta dijauhkan...

      Delete
  7. Salam MakWardah

    Dengan nada kecil dan rasa rendah diri ini
    TiranaAduka mengucapkan Jutaan terima kasih pada makwardah atas post Yang Makwardah buat.....TA dah 2 hari menantikan siapakah di kalangan yang sudi membuat post yang TA berikan ini..

    Sebab post ini tiada hadiah tiada back link atau tiada apa -apa imbuhan yang dapat tat kala membuat post ini...

    Betullah kata orang jika kita ikhlas di alam maya ini...ikhlaslah yang kita dapat...

    Yang mendetikkan hati Makwardah untuk membuat Post TA ialah ALLAH swt...tiada paksaan atau tiada imbuhan yang dapat.....

    TA amat bersyukur sangat....terima kasih Makwardah

    MAK WARDAH........!!!!!!!
    Mohon dari TA ni jika Makwardah tidak keberatan sudilah mentitipkan alamat MakWardah pada e-mail TA.....

    tiranaaduka@gmail.com

    perkara:post ttg teguran hari jumaat

    Mungkin curiga memberikan alamat pada TA ..tak pe..TA berikan no tel TA ni

    019-3761079 TiranaAduka
    Minta delete komen ini..
    Tak tau nak ucapbagaimana pada Mak Wardah Ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 019-3760179
      sampai terbalik TA taip no tel....
      delete komen ni makwardah Thanks

      Delete
  8. Moga kita tidak leka dan lalai untuk mengucap kata syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete