Monday, July 29, 2013

Ramadhan dan pembaziran...

Salam.
Berkongsi cerita Ramadhan kami sekeluarga dan jemaah 3 generasi kali ini bersama2 outstation bersama kami ke Raub, Pahang. Bertolak pada 25hb Julai, bermakna Nuzuk Quran kami habiskan di Raub sampai hari 27 hb Julai 2013. Kami menginap di Hotel Jelai, Raub. Hari pertama kami berbuka di restoran nasi Kandar, Raub, subhanallah, layanan mereka sangat baik dan masakan pun boleh tahan. Kami makan taklah banyak sangat tapi tetap ada pembaziran kerana kami tak habiskan bubur lambuk yang diberi secara percuma. Ketika kami balik ke hotel yang berada ditengah2 tempat pembangunan yang sedang berjalan , saya nampak buruh binaan Indonesia sedang berbuka puasa dengan sebungkus nasi putih dan sedikit lauk. Ya Allah, kenapalah saya bodoh tak bungkuskan baki makanan tadi sekurang2 saya tak membazir.
Mak Ndak n Wardah
Esoknya kami berbuka pula di Alya Tomyam pulak, Saya ikutkan selera mak ndak pula, kadang2 saya sengaja bagi mak ndak makan dan pilih sendiri apa yang dia rasa nak makan. Memang banyak mak ndak order, Ikan Siakap Stim, Sayur Kailan goreng ikan masin, kerabu sotong, sup ekor, daging masak paprik dan sambal belacan. Aduh, penuhnya perut saya, memang dah terlebih makan sebenarnya dan memang ada yang tak berusik. Sup ekor dan kerabu sotong tak berusik jadi saya minta dibungkuskan dan mak ndak order 5 air teh limau ais dan 2 nasi putih. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Memandu balik ke hotel, saya singgah di kawasan pekerja Indonesia itu beebuka puasa. 
Manis senyum mereka bila saya hulurkan bungkusan dan kata2nya indah mereka "TERIMA KASIH KAK, BERKONGSI REZEKI ALLAH".
Makanan yang sudah di meja
Benar, selama ini sukarnya saya nak berkongsi rezeki saya, semuanya bila saya mula mengenali sahabat maya saya Najmi dari blog "Hidup Ini Mesti Diteruskan" saat saya mula memahami kepentingan berkongsi dan kebaikannya. Perkongsian Najmi bukan hanya setakat rezeki tetapi Ilmu, Pengalaman, dan sebagainya. Najmi yang tidak pernah saya temui mampu membuka minda insan senasib yang lain untuk terus tabah menjalani hidup dengan berdampingkan Allah semata2.
Tugas saya ke Raub kali ini membawa misi menjenamakan produk makanan tradisional setempat ke persada yang lebih tinggi, yang belum ada Halal, saya cari jalan untuk mereka mendapatkan  Halal sebab saya sayangkan mereka dan produk mereka tapi mereka perlu berubah menjadi usahawan yang memahami erti Halal dan halalan tyoiyibba, berniaga dengan syariat Islam dan memberi yang terbaik untuk hasil jualan. Islam itu indah dan sangat berkesan dalam kehidupan, percayalah cakap saya.

Update dari saya untuk perkongsian bersama, Ini adalah senarai makanan atau masakan tradisional daerah Raub yang akan saya bawa ke persada makanan antarabangsa tidak lama lagi. Senarai yang saya telah setuju ialah:
1. Masak Tempoyak Keladi Kemahang
2. Sambal Hitam Belimbing Buluh
3. Peraga Goreng
4. Teh Pegaga
5. Kerepek Pisang Sira
6. Kuih bawang
7. Kueh Peneram.

Tuan2 dan puan2, doakan saya berjaya dalam membuatkan peningkatan pada usahawan, produk dan pemasarannya. Saya tahu bukan mudah tapi saya yakin kalau saya berusaha pasti Allah akan bantu saya. Seandainya tuan dan puan ada produk bagus, bua koperasi keluarga dan hubungi saya di email. Saya akan turut bantu anda semua kerana koperasi itu adalah satu perkongsian yang baik untuk masyarakat kita.

Terima kasih.

Berkongsi duka bersama....




20 comments:

  1. tersentuh hati tengok pekerja asing mcm tu kan...

    insya allah moga usaha akak berhasil. niat yg baik dgn usaha yg betul pasti ada jln kejayaan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx uji, doa uji amat akak hargai, semuga segala urusan dipermudahkan Allah.

      Delete
  2. bagus , tabik sekali Mak Wardah, masa kita bagi apa pun kat org yg lebih memerlukan, dia rasa gmbira dn kita trharu dn kembang hati kerana dpt membantu.Rzki Allah dtg dlm brbagai rupa.moga2 segala effort awak tu dpt gnjaran yg setimpal. kalau tk dpt kat kita dpt kat org yg kita sayng,anak2 kita mungkin.saya prnah miss beberapa peluang hebat dlm hidup saya kerana kemiskinan masa kecik, tapi Allah dh gntikan dgn anak2 yg brjaya dlm hidup mereka.rupanya tuhan telah gntikan rezeki hebat itu kepada anak2 saya.tentunya I am the happiest mother in the world.teruskan berkongsi rezeki.kurnia Allah tiada batasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teacher, other than najmi u too my mentor. Sharing is not only caring but loving. The more u give, more loves and doas u get. Betul sgt cakap cikgu sebab saya pernah terjumpa di Sabah, seorang ibu tunggal yg miskin di kwsn pendalaman, dia tak mampu memberi tapi membantu dengan kudratnya yg tak seberapa, setiap laluan dalam semak samun dan kayu2 yang menghalang perjalanan anak2 sekolah semuanya dia bersihkan dengan tangan. Katanya dia tak mahu anak2 susah nak lalu. Itulah satu bakti yang tidak nampak di mata kasar tapi jelas di mataNYA, InsyaAllah.

      Delete
  3. The more u give the more u can get..

    kata2 yang tak pernah saya lupa dari seorang mentor saya..

    Moga Allah membalas lebih dari apa yang Mak Wardah sudah memberi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm mama_kaOri, akak sukakan doa mereka. Jom kita berkongsi rezeki yang kita ada tanpa mengira siapa kita,InsyaAllah kehidupan lebih selesa

      Delete
  4. tersentuh hati momoy dengan kemuliaan hati mak wardah pada org Indo dan membantu usahawan2 Raub tu . dulu momoy pun sama , membazir bila waktu berbuka. Tapi syukur Alhamdulillah 2 tahun ni dapat kawal nafsu. beli hanya yg nak makan saja. selamat berpuasa mak wardah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Princess nak promote Spa ke atau nak buat bisnes makanan email akak, Princess buat koperasi dulu ye.
      Thx Princess

      Delete
    2. buat koperasi ? maksud sis buka kedai ?

      Delete
    3. Bukan, princess momoy bukak web Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan tengok syarat2 menubuhkan koperasi.

      Delete
  5. Salam MW. Kita rasa dah kenyang sangat2 tapi ada insan2 yg masih kelaparan di waktu berbuka kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinas, akak ni umur jer tua tapi kadang2 tak ada sikap prihatin macam dinas, semoga ramadhan ini membawa satu perubahan besar pada sikap akak.

      Delete
  6. rasanya inilah kali pertama dalam Ramadhan saya tak pergi lagi ke bazar Ramadhan...kali ini kuih utk berbuka hanya anak yg beli,itu pun hanya kat gerai yg ada dekat dgn rumah...beli pun hanya 2 jenis je..nampaknya Ramadhan kali ni mmg tidak membazir langsung berbanding tahun2 lepas..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tie, thx dan itu adalah sikap yang baik dan itulah yang di minta olehNYA. Saya tetap pergi sebab melayan budak2 tapi pastikan beli apa yg mereka nak sahaja-satu jenis. Take care

      Delete
  7. sebahagian rezeki kita tu sebenarnya milik org lain. bahagian kita adalah sedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Ain, memang benar, akak sedar sedekah kita sebenarnya amat berharga.

      Delete
  8. if akak tak kisah, saje nak tag soalan. kalau rajin boleh join.hehe..

    http://sweetgurlzlovecat.blogspot.com/2013/08/11-things-about-me.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Ain, nanti akak follow yer. Selamat Berbuka n Selamat Menyambut Aidifitri yang mulia

      Delete
  9. bunda baru sekali jer...nak cari murtabak...anak2 yang selalu pergi...beli yang nak dimakan jer serba sedikit agar tak membazir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda, sikap bunda dan anak2 sikap yang terpuji dan InsyaAllah akan saya teladani. Membazir itu sebab terlalu mengikut nafsu...

      Delete