Wednesday, July 3, 2013

Salah Ke Jadi Anak Dara Tua??????

Bestnya dapat cuti ganti sebab saya bertugas di hujung minggu dan kenikmatannya akan berakhir hari ini kerana esok saya akan bekerja seperti biasa dengan lambakan tugas sedang menanti. Isnin baru2 ini Wardah balik dari sekolah marah2 dengan hangen yang teramat. Saya yang ambil dia dari sekolah (dia stayback hari tu) pening kepala dengan rungutan Wardah yang tak tahu hujung pangkal.
"Mak berdosa ke kalau Mak ndak tak kawen?" tanya Wardah dengan muka mencuka dan muncung panjang
"Taklah, itukan ketentuan Allah", jawab saya.
"Mak tadi XXXX kata Tok Ayah dia ada tanya tentang Mak Ndak kat Mami dia. Mami dengan Tok Ayah dia kesiankan Mak Ndak sebab tak kawen2. Mak dia kata kalau Tok Ayah berkenan nanti dia tanya Mak". marah Wardah lagi.
"Rasa nak aje adek lempang muka XXXX dengan mak dia. Patutlah masa adek tunggu mak tadi Auntie XXXX tu tanya kat adek mak ndak buat apa kat rumah. Manalah adek tahu. Benci," Hangen Wardah memang dah makin tinggi.
Saya diam tak sanggup nak layan sebab hari tu saya penat sebab puasa dan Wardahpun puasa.
Malam dalam pukul 9 saya terkejut tengok Along balik dengan teksi. Kelas hari Selasa cancelled jadi Along baliklah, katanya. Malamnya baru saya tahu Along balik sebab Wardah bercerita dengan Along kes Tok Ayah XXXX nak meminang Mak Ndak. Mak Ndak yang tak tahu apa2 happy ajer anak sedara kesayangan dia balik. Ajak Along keluar makan satay kat Mama Kandar. Kebetulan Mak Ndak kata terserempak dengan emak XXXX.
Sejak dulu lagi dua beradik ni tak berkenan dengan keluarga XXXX tu dan saya pulak tak berapa ambil pot sangat tentang keluarga mereka dan hanya dengar cerita jiran2 dan kawan2 surau.
Malam tu dalam pukul 11 malam, dua beradek tu bersemuka dengan Mak Ndak dan ini nasihat Along pada Mak Ndak....
MAK NDAK JANGAN RISAU, TAK KAWENPUN BUKAN BERDOSA SEBAB MEMANG TAKDIR MAK NDAK TAK DE JODOH. ALONG ADEK KAN ADA, KAMIKAN ANAK MAK NDAK, KAMI SAYANG KAT MAK NDAK. MAK NDAK JANGAN TAKUT, KAMI TAK RASAPUN MAK NDAK BEBAN, MAK NDAK JANGAN PEDULIKAN CAKAP2 AUNTIE XXXX TU. ALONG NANTI BILA DAH KERJA, MAK NDAK BOLEH IKUT ALONG SEBAB KALAU MAK NDAK KAWENPUN DENGAN ORANG YANG TAK TENTU HALA TAK GUNA SUSAHKAN HIDUP MAK NDAK JE.
Menitik airmata Mak Ndak, kesian sangat pada Mak Ndak. Faham sangat perasaan Mak Ndak dan Along ingatkan Mak Ndak jangan bercampur sangat dengan keluarga XXXX. Kalau nak ke surau tunggu Along pergi sekali supaya tak jadi fitnah. Apa2pun tunggu Along pergi sekali walaupun ke kedai dekat rumah.
Tapi Wardah pulak ingatkan Mak Ndak tentang layanan keluarga XXXX pada bibik mereka yang selalu bercerita tentang buruknya layanan mereka.
MAK NDAK INGAT TAK BIBIK TU CERITA KAT KITA, KERJA TERUK TAPI NAK BAGI MAKANPUN KEDEKUT. BUAT KERJA 24 JAM, XXXX DENGAN ADEK BERADEK DIA (SEMUA PEREMPUAN) PANTY KOTORPUN BIBIK DIA BASUH NANTI DIA SURUH MAK NDAK PULAK JADI BALACI DIA. MANJA TAK BERTEMPAT. DAHLAH MULUT AUNTIE XXXX TU ENTAH MACAM APA. ADEK TAK SUKA SANGAT....
Natijah dari peristiwa dan ketakutan wujudnya PAK NDAK, Along selalu telefon Mak Ndak dari asrama dan Wardah bantu Mak Ndak buat kerja2 Along tapi hanya sidai dan angkat kain. Malamnya saya intai Wardah kat bilik Wardah, doa saya mereka akan kotakan janji mereka. Ameen.
Tidurnya lena setelah Mak Ndak faham dan akur dengan nasihat mereka, muga Mak Ndak sentiasa sihat dan bahagia dengan ketentuan Allah.
Semoga Mak Ndak sentiasa sihat dan berpeluang menunaikan fardu Haji ditemani Along dan Wardah. Bersabarlah jadi wanita kerana wanita senang masuk syurga sebenarnya tapi adat dunia kalau tak kawen dikatakan anak dara tua, kawen mudapun salah sebab gatal katanya, kawen lewat pulak tak laku, aduhai bersabarlah....

15 comments:

  1. itu semua ketentuan Allah..Kita sebagai manusia hanya berusaha yang terbaik..Insyallah

    ReplyDelete
  2. Siapa kita nk tolak ketentuan allah kan...sabar la mak ndak...ada hikmah ...allah kurniakan anak2 saudara yang sgt2 sayang pada mak ndak..mcm SA..dh 8 tahun jd ibu tunggal...tahun depan genap 9 thn...calon dh ada..jodoh tu x tau bila

    ReplyDelete
  3. assalam MW..adik acik pun sama..sampai sekarang belum bertemu jodoh..adik acik masih lagi bekerja sementara menunggu pencen..tapi along dan adik..cakap baik2..
    tapi kesah adik acik lain sikit..bila ada orang nak meminang..anak sedara boleh marahkan adik acik(ucu)panggilan anak2 sedara untuk adik..dengan kasarnya anak sedara tu boleh cakap.."kau dah terdesak sangat ke nak kawen..dah tua pun gatal nak kawen..aku ada boleh jaga kau nanti"ya allah.sedih adik acik tu sedih lagi acik..berhari2 acik tak lalu makan sebab kesian sangat dengan adik acik.sampai sekarang anak sedara tu tak minta maaf pun ngan adik acik.In syaa Allah selagi acik sihat acik kan sentiasa bersama adik acik tu..anak2 acik walaupun semua lelaki akan menjaga ucunya nanti ..In syaa allah.

    ReplyDelete
  4. siapalah kita nak tentukan jodoh dan siapalah kita nak menolak takdir dan ketentuan NYA kan..

    ReplyDelete
  5. Mulut manusia ni mmg takde insurans, kakak..
    Org kita ni biar jadi janda, jgn lewat usia, gamaknya.

    ReplyDelete
  6. Mak ndak sangat2 bertuah ada anak2 saudara yg amat mengambil berat akan kebajikannya. Itulah rahmat pemberian Allah SWT walaupun dia tak pernah berkahwin. Ini semua adalah ketentuanNya.

    ReplyDelete
  7. harus percaya ajal maut hidup kita dah ditentukan oleh Allh swt kan.. Sebak pulak rasa baca n3 ni tak tau kenapa ! Kirim slm KA pada Mak Andak yer, will always doakan yg terbaik for her ..

    ReplyDelete
  8. beruntung mak ndak ada anak2 saudara yang sayang dia dan ambil berat kat dia. ada orang yang memang ditakdirkan tidak berjodoh sehingga ke akhir hayat. setuju dengan kak dinas, semuanya adalah ketentuan yang Esa. sayang benar dua beradik tu mak ndak depa. terharu saya baca entri ni. semoga mak ndak beroleh yang terbaik..in shaa allah.

    ReplyDelete
  9. Assalamualiakum Mak Wardah..
    lama sungguh kak ida tak berkunung ke sini..masih ingatkah lagi pada kak ida..?

    ReplyDelete
  10. x salah jadi andartu namun banyak masyarakat kita suka pandang negatif...buat x tahu jer...

    ReplyDelete
  11. singgah jgk & selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah SWT memberikan hikmah kepada semua.

    ReplyDelete
  13. bergenang airmata baca entri ni
    sedih kerana masih ada org yg berfikiran cetek pd org yg belum kawen.sdgkan ada org yg lebih gembira hidup sdiri.kawen pun belum tentu ada jaminan hidup bahagia.ada anak pun bukan jaminan akan di jaga sampai akhir hayat.mak ndak bertuah ada anak2 sedara yg sgt syg pdanya

    ReplyDelete
  14. urm... begitu lah dunia. mulut org tak boleh nak tutup.

    ReplyDelete