Friday, November 1, 2013

Suka Duka Kehidupan

Salam teman2 maya, doa dan nasihat anda amat berguna untuk saya.

Kadang2 hadirnya seorang teman sepejabat kalau silap gayanya boleh bawa lebih banyak duka dari suka. Bukan disebabkan pangkat atau usia tetapi sikap kita dalam pergaulan harian amat penting kita jaga. Hari ini baru saya sedari kalau kita biarkan sikap "berkira" dan besar kepala mereka kita tidak dapat uruskan pekerjaan dengan baik. Saya akan BERTEGAS dalam soal kerja.

Ada seorang teman telah bersemuka dengan gadis manis ini dan bagi saya isu ini saya akan lupakan sempena Awal Muharram yang mulia ini, kosong2 dan saya akan teruskan usaha saya. Walaupun ujiannya besar tapi saya yakin ada Insan lain yang lebih malang, membaca dari blog sahabat baik saya Najmi, kisah dan teladan memberikan saya rasa kesyukuran yang tiada taranya. Berkongsi email seseorang menitis airmata saya sebagai seorang wanita, ibu dan manusia.

Puan,
Berkongsi cerita duka saya. Saya seorang kerani bank berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya bermadu dengan lelaki (menyerupai wanita) sejak Mei lalu dan kami tinggal serumah. Madu saya berusia 20an (awal) warga asing dan memunyai tubuh badan dan rupa yang agak menarik berbanding saya. Suami saya seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di negeri Selangor. Kami tinggal serumah dan rumah kami hanya sebilik. Saya dan anak tidur dirumah tamu, dan saya seolah2 tiada hak dalam rumah tangga. Saya pendekkan cerita ibu malang ini.
Saya tiada tempat mengadu kerana perkahwinan kami tidak direstui keluarga dan mertua juga tidak pedulikan kami. Puan, saya tidak diberi nafkah zahir batin dan apabila saya mintak dilepaskan suami akan mengamuk dan mengugut membawa anak saya lari ke negara lain. Dua kali saya patah kaki kerana suami memijak kaki saya dan sekali lagi saya jatuh motor apabila suami tendang motor yang saya naiki semasa saya ingin ke tempat kerja Kesannya kaki saya masih tidak sembuh sehingga sekarang. Saya temui email puan dari blog Abg Najmi. Saya bukak blog abg Najmi masa rehat di pejabat. Suami saya jugak songsang dan saya adalah hamba kepada mereka. Saya kesiankan anak perempuan saya yang masih kecil. Puan tidak perlu jawab email saya tetapi saya akan email Abg Najmi nanti tetapi sekadar luahkan perasaan. Terima kasih.

Nanti saya balas email wanita ini dan saya sentiasa doakan dirinya sejahtera. Andainya dia berada di Selangor, saya akan cari jalan berkenalan dan berjumpa moga boleh saya bantu dia. Buat suami wanita ini, Ya Allah lembutkan hatinya untuk menjadi insan khalifah yang lebih mulia, tak apa saya minta Najmi bagi pendapat beliau nanti. Mari kita doakan wanita ini sentiasa dilindungi Allah, dipermudahkan urusannya didunia Allah ini dan mendapat kebahagiaan yang hakiki.
Maafkan segala salah dan silap saya, Selamat Menyambut Maal Hijrah.

11 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusannya..
    Salam Maal Hijrah, kak..

    ReplyDelete
  2. Kesiannya wanita tu.. moga ada jalan penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, beratnya dugaan hidup wanita tu, sebak saya membacanya..Semoga Allah SWT merahmati dia & anaknya & semoga segala urusan beliau dipermudahkan olehNya, amin..

    ReplyDelete
  4. Kena minta bantuan dari pihak yg berkenaan..NGO NGO aktif...Sesetengah wanita,menanggung derita terlalu lama...mungkin kerana malu...mungkin kerana tiada pendedahan...mungkin takut fikirkan masa depan...

    ReplyDelete
  5. ya Allah..kesiannya beliau.... dahla suami songsang.... dia pun terbiar....ada anak lagik.... huhuhuhu...sedihnya.... moga dia dapat jalan keluar dari permasalahan ini... semoga mak wardah dapat membantu beliau.......

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah..
    Kesiannya wanita tersebut..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan,,semoga ada jalan pnyelesaiannya...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Puan diatas perlu keberanian, mengadu pada pihak berwajib. Cari lah kawan2 yang boleh membantu dan memberi sokongan pada puan agar puan boleh membawa masaalah ini pada pihak2 berkenaan.

    Kalau begitu perangai suami jangan tunggu lama2 lagi dapatkan nasihat dari pegawai dijabatan agama berhampiran, mudah2an ada jalan penyelesaian yang mudah keluar dari kemelut masaalah ini dengan bantuan Allah SWT

    Mungkin senang saya cakap buat aduan tetapi yang menanggung ialah puan sebab itu puan perlu dapatkan sokongan dari kawan2 rapat yang boleh dipercayai sekurang2nya ada yang dapat beri sokongan bantuan ketika puan dalam kesusahan.

    ReplyDelete
  8. Salam kunjung mak wardah.......kesian sekali cerita wanita itu. moga dia tabah dan punya keberanian membuat laporan pd pihak tertentu....

    ReplyDelete
  9. harapnyer dia mampu membulatkan hati untuk memberitahu pihak berwajib...

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sedihnya baca kisah perempuan malang ini ye MW..mudah2an Allah permudahkan dan beri jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  11. YaAllah..kesiaannya
    puan yang mengadu, puan berhak hidup bahagia dan normal macam org lain

    ReplyDelete