Tuesday, March 31, 2015

Anak bongsu saya lari dari rumah

Salam.
Anak bongsu saya si Oli dah pun layak ke sokolah. Dah dewasa & pandai tunjuk perasaan sebenar .Nak keluar berteman & bertemu kawan2. Nak pandai lari dari rumah & pulang lewat. Manja saya dah besar rupa. Pesan saya "pergi sekolah, buat perangai baik2 & balik rumah kalau Oli sayang mak". Alhamdulillah keluarnya pagi baliknya tengahari. Oli anak yang baik dengar pesan emak.
Oli selalu bising & pantang pintu di buka dia akan cari jalan keluar dari tingkappun Oli boleh keluar. Saya adalah ibu yang lembut hati. Saya tidak boleh paksa Oli duduk rumah sebab saya perlu faham fitrah alami Oli berbeza dgn arwah tobby. tobby orang parsi yang besar & lambat gerakannya. Oli kucing liar yang kuar & tampan. Mak pujuk tata wada kita ajar Oli mana jalan pulang & mana rumah.
Anak kucing lagi boleh dikawal tapi kalau anak manusia payah sebab manusia ada akal. Bertuah kita jadi manusia jadi jom kita gunakan akal.
Kejap lagi Oli nak pergi sekolah tapi tunggu tata wada dulu pergi. Oli baru tadika jadi waktu sekolah mula pukul 8.30 am.
bangun2 pagi Oli dah ready kat katil tata wada dah ready nak pergi sekolah.

Kawan2 Oli stray cats datang sarapan kat rumah Oli sebelum kesekolah. 

Balik sekolah Oli ulangkaji pelajaran & rehat. Oli tengok tv & tidur petang.

Oli tunggu mak balik.. Oli kata Assalammulaikum. Apa khabar mak? Untuk Oli mak sentiasa Alhamdulillah... Moga Allah sentiasa murahkan rezeki keluarga kita. Ameen.



Monday, March 30, 2015

Heran... dah tua2 enjoy di CC

Salam.
Apa pendapat anda bila anda nampak warga tua bermain game di CC? Kalau saya malu teramat. Hiruk pikuk remaja bermain games & pelbagai.
Majoriti pengunjung terdiri dari bangsa asing, bangsa China, India & warga asing. Bisingnya dgn gelak ketawa & tepuk sorak mereka. Orang Melayu hanya saya & Wardah. Bayangkanlah sekiranya di masa hadapan generasi kita hanya aktif menjadi wira keyboard. Atas paksaan Wardah saya temankan juga dia ke CC atas nama kerja sekolah. Dengan bayaran RM 2 seorang sejam & saya habiskan waktu dengan bukak fb.
Maghrib melabuhkan tirainya kami pulang ke rumah dengan senang hati.
Saya tengok keliling semua pengunjung lelaki remaja sahaja. Intai juga apa yg mereka buat, game hanya dua orang warga asing yang bukak blog merepek tetapi bila dia tengok saya berpaling, mereka tutup. Tu dia makcik kawasan dah mai. Yang paling tidak boleh saya lupakan bila saya teman Along buat survey tentang The Advantages Using Unifi At Restaurants. 
Ada baik ada buruk. Pada hari ini saya melihat ada juga kedai2 mewah 24 jam menyediakan shisha & tuan puan jgn terkejut melihat gadis2 Melayu kita menghisap shisha dgn baik. Bagi kita ibubapa yang anak2 sudah berada di universiti perlu peka dgn budaya seperti gay, lesbian & lain2. Saya yakin anak2 ini akan bijak memilih mana yang baik kerana selagi dalam hati masih takut Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi.
Malam Sabtu baru-baru ini, kami keluar hantar Along balik rumah sewa & kami dapat tengok program jom kita berbasikal. Family activities yg baik. Nampak meriah dgn lampu2 basikal & anggota keselamatan
yang berkawal. Moga hidup kita sentiasa dlm baraqoh Allah. Doakan saya mencapai segala cita2 saya, InsyaAllah.

Monday, March 23, 2015

Bezanya cara saya & arwah emak saya, bagai bumi dengan langit

Salam.
Besarnya dulu & kini
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak langsung tak pernah berterus terang,
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak langsung tak pernah bersuara
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak larang
Ya Allah berbezanya saya dengan arwah mak macam bumi & langit
Ya saya hanya kasih sayang kami kepada anak-anak,
Tetapi kasih sayang saya kepada arwah mak mungkin tidak sama dengan kasih sayang anak2 pada saya mungkin berbeza

Dengan Wardah dengan Along,
Ini bicara saya dengan Along:-
Saya: Along, ingat pesan Mak. Jangan usik anak dara orang, Along lelaki. Mesti hormat dan pelihara adab dengan kawan-kawan perempuan.
Along: Mak, Along tak minatlah benda-benda macam tu.
Saya: Kawan lelaki pun sama, jangan lebih2 sangat, jangan ikut kawan2 gay. Ajak dorang jadi lelaki normal ye sayang
Along: Mak ni, fikir bukan2 je. Taulah Along jaga diri.
Along best friend Oli

Ini bicara saya dengan Wardah:-
Saya: Sayang, kawan adek tu balik dengan pakwe dia ke?
Wardah: Aah, sebab mak dia keje KL, jauh.
Saya: Mak dia tau tak dia naik motor dengan pakwe dia hari2.
Wardah: Mak..manalah adek tahu. Kita jangan sebuk hal orang
Saya: Yelah adekkan kawan dia, adek nasihatlah.
Wardah: Hiiii...mati balik hidup adek tak berani. sia-sia makan penampar dia
Saya: Cakaplah dengan cikgu kalau dia tampar Adek.
Wardah: Mak, dengan mak2 sekali dia tampar
Saya: MasyaAllah
Tata Wada girlfriend Oli paling rapat
Arwah emak & saya masa umur saya 3 tahun
Dulu Along, Adek,
Arwah wan tak pernah ajar mak tentang haid, mandi wajib atau apapun yang berkaitan seks,  jauh sekali tentang hubungan lelaki & perempuan. Belajar sendiri2 tapi tak berani nak mencuba atau bertanya dengan orang tua. Semuanya mak belajar bila dah haid, cara jaga kebersihan & adab2 mandi bila sampai masanya.
Zaman sekarang, mak ajarpun adek tak dengar, malas lagi.
Jawab Wardah: XXXX tu bibik dia yang buat semua. lagilah teruk. dia x cuci apa2pun. 
Jawab Along: masa sekolah menengah dulu, ada kawan Along budak Cina, pengotor gila. Buang pad yang kotor dalam dustbin dlm kelas. Semua org nak muntah. Yang paling best masa Along jadi pengawas sekolah, masa Assembly ada budak tercicir pad masa berjalan masuk kelas. 
Jawab Wardah: Mak, dulu kawan adek budak lelaki lembutkan, kat kelas selalu pakai bedak. Cikgu rampas bedak tu, dia nangis. sian pulak adek.
Jawab Along: betullah, mesti larang naluri macam tu. jangan sokong
Jawab Wardah: Adek kesian sebab dia mesti malu.
Ya Allah anak2 sekarang berbeza dengan kita dulu2. 
Kata mak saya jangan menyanyi di dapur, nanti kawen dapat laki tua.
Kata Wardah: Budak2 sekarang jarang di dapur, ada bibik atau mak dia beli makanan siaplah mak.
Kata Along: Mak tak kawan orang tuapun.. Wan takut makanan hangus atau mak yang terbakar
Kata mak saya dulu, jangan makan dalam kuali, periuk 
Kata Wardah: ada jer restoran yang hidang dlm kuali, tu kita makan aiskrim dalam pasu bunga
Kata Along: mungkin dulu kuali hitam & nampak kotor kot

Yang saya paling hairan, sampai la ni saya masih ikut pantang larang arwah emak. Saya elakkan makan dalam kuali & periuk walaupun restoran hidang dalam kuali & periuk yg berkilat, saya mintak sudu, garpu & pinggan. hahahaha saya memang Old School. Maafkan saya.

Friday, March 20, 2015

Yakin pd rezeki halal Allah

salam. alhamdulillah, malam ini saya & Along makan di Terengganu Corner, Section 7, saya bertemu pemuda ini.
bekas siswazah kejuruteraan mekanikal UiTM tapi memilih berniaga char kuew tiow di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Hamba yg sangat teliti dari segi halal & haram dalam hidupnya.

sekelipan mata terhidang char seaweed noodle yang enak. Saya tanya mee apa dan dia ceritakan rahsianya. Sebungkus RM6.50 dgn 5 hidangan sgt berbaloi. Jom cuba & baca khasiatnya. Produk Melayu Muslim. InsyaAllah saya akan support produk ini.
khasiatnya, kehalalannya terbukti dan dibuktikan secara klinikal. Terima kasih titukang masak yg berijazah kejuruteraan mekanikal & terima kasih pembuat mee seaweed yang bijak. Moga Allah luangkan rezeki halal buat kalian seluas-luasnya  
enak, sihat & halal. saya salute anak muda ini dan saya janji saya akan beli mee seaweed ni lagi. InsyaAllah penjual mee & pencipta mi rumpai laut ini dibukakan rezeki Halal Allah seluas2nya. Terima kasih atas budi baik anda. 


Sunday, March 15, 2015

Allah, saya berkongsi lelaki kesayangan ini.

Salam para sahabat.
Mungkin ini doa wanita ini. Wanita ini tidak pernah berkahwin & pastinya tiada zuriat. Lahirnya lelaki ini pada 7 hb Oktober 1995 menjadikan lelaki ini adalah anak saudara kesayangannya. Terlalu sayang dan dia sangat rapat dengan lelaki ini. Wahai semua wanita, bersyukurlah kalau kita ada zuriat, peliharalah zuriat kita dengan penuh kasih sayang dn hiasi mereka dengan ilmu akhirat & dunia. Saya dan wanita itu berkongsi kasih sayang pada lelaki yang sama. Dari usianya muda & sihat, dia meletakkan lelaki ini antara insan yang teratas dalam hidupnya. Ya Allah sehingga kini wanita itu semakin menyayangi lelaki ini.

Along dgn wardah sentiasa dlm doa mak ndak agaknya. Makan minum budak2 berdua ni sentiasa dlm perhatian mak ndak & mereka tetap budak kecik bg mak ndak. Kemana-mana mak ndak pergi Along yang hantar, urusan mak ndak Along yang uruskan, segalanya Along. Kadang-kadang orang fikir Along cucu mak ndak . Maaf cakap dalam semua anak2 saudara, mak ndak paling percaya pada Along terutama bab duit ringgit & harta benda. Saya pernah tegur Mak Ndak bab2 ini tetapi mak ndak selalu marah saya. Mak Ndak letak 200% kepercayaan pada Along. Semakin usia meningkat semakin mak ndak mengharapkan Along. Doa saya walaupun berkongsi kasih tapi lelaki ini tidak akan berubah.
Demi kasih pada lelaki ini, mak ndak turut sayang pada Oli sebab lelaki ini dengan adeknya sayangkan Oli. Mak Ndak turut memastikan Oli sentiasa ada di rumah supaya lelaki ini ada kucing untuk di manjakan.
Mak Ndak sentiasa menunggu kepulangan lelaki ini pulang dari sebarang aktiviti kehidupan samada dari universiti dan keluar kemana-mana. Kasih seorang ibu saudara yang tidak ada tandingannya.Tertidur selepas solat fardhu atau sunat di sofa bawah adalah rutin mak ndak sekiranya lelaki ini belum pulang dan dia dapat melihat dengan matanya sendiri lelaki kesayangannya ini selamat.
Hanya Along dengan Wardah yang tahu apa keperluan mak ndak, kalau bab berpakaian atau persiapan nak keluar rumah kalau orang lain yang buat, mak ndak mesti cakap "hanya adek yang reti uruskan dia" tapi bab-bab urusan duit & harta benda tunggu Along cuti biar Along yang uruskan. Selalu berpesan pada Along, jaga rumah dia, kebun getah dia & tanah dekat kampung. Kongsi dengan adek dan jangan jual semua harta pusaka. Entahlah mak ndak kalau suatu hari nanti kalau Along pergi belajar jauh di luar negeri. Kesian mak ndak... Harta& duit ringgit mak ndak hanya Lelaki ini dan adeknya yang punya.
Allah yang maha megasihi, kasihilah wanita ini sebagai hambaMU, ampuni semua dosa-dosaNYA Ya Allah, bukalah pintu rezekiMU, bukalah pintu kesihatanMU, bukalah pintu rahmatMU, bukalah pintu taubatMU, bukakanlah pintu ImanMU dan berkatilah kehidupan wanita ini di duniaMU dan juga diakhiratMU. Wahai lelaki ini, jangan sesekali lupa kasih sayang mak ndak pada hayatnya atau sekiranya dia tiada lagi. Kami berkongsi kasih sayang kami dan sentiasa sedekah Al-fatihah kepada dari dunia dan akhirat kami.

Sunday, March 8, 2015

dunia remaja purba reput baru

salam. rindu utk menulis. rindu untuk berkongsi cerita kerana sekarang saya relax di rumah. Saya ada masa utk teman mak ndak di rumah, keluar makan dgn kawan2 paling penting menjaga kesayangans saya.
terlalu byk kenangan di tahun 2014 & jom kita berdoa yg baik2 sahaja utk 2015. Saya temui teman2 baru yg selalu mengajak saya jadi positif, keluarga baru daya group plhiv yg sgt baik & sgt mengerti. camelia sulaiman yg bukan hanya cantik tapi handal di dapur, pasangan suami isteri tuan marhalem dan isteri puan jamaliah yg sgt baik hati & semua yg lain. Yg ptg azana yg sgt baik hati. kawan2 doakan rezeki saya, kesihatan yg baik serta kebahagiaan akhirat & dunia.
saya yg makin reput tetapi saya sgt bahagia dgn keluarga yg tersayang. anak2 nyawa dan jantung saya. anak angkat baru kini makin membesar & cerdik. Oli my cat, 
masa hari pertama, tinggal dirumah kami, kini handsome & saya telah menerima menantu tapi belum bercucu, saya dah ke fasa reput tapi mohon Allah pinjamkan usia untuk menimang cucu. Along dah tahun tiga di universiti, wardah SPM tahun ini dan rumah saya makin sunyi nanti. 
Syukur Alhamdulillah atas rezekiNYA & Oli terkini sgt tampan orgnya.

sekarang Oli tekun belajar untuk SPM
mulai sekarang saya akan menulis semula. terimakasih.