Friday, April 3, 2015

BEST MALAYSIA ONLINE BOUTIQUE

Sekarang ini demam online shopping telah melanda Malaysia dan ianya telah berlanjutan buat beberapa ketika selepas banyak syarikat E-Commerce yang muncul di luar sana. Walaupun pada mulanya tidak ramai yang tahu bagaimana ia berfungsi namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Pandangan skeptikal tentang keburukan membeli-belah secara atas talian diatasi dengan pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Bagi saya sendiri dahulu saya tidak mempercayai online shopping kerana tidak mendapat kepuasan dalam memilih barang apatah lagi dengan proses pembelian yang tidak teratur dan selamat. Kini saya adalah antara pencinta online shopping dan sebelum saya mula shopping saya akan pastikan hanya memilih best Malaysia online boutique yang mempunyai empat kategori utama seperti di bawah. 
Kategori pertama yang setiasa dapat menarik perhatian saya ialah kasut. Pada pendapat saya website online shopping Malaysia yang terbaik seharusnya mempunyai rangkaian kasut lelaki dan kasut wanita online yang meluas! Anda pasti bersetuju dengan saya on this matter, bukan? Saya high heels fanatik

Kemudian barulah saya akan tengok koleksi pakaian terkini wanita dan lelaki yang ditawarkan sama ada ianya menepati cita rasa saya atau tidak. Butik fesyen online yang mempunyai pilihan pakaian Muslimah mengikut trend fesyen Muslimah terkini adalah bonus bagi saya.
Aksesori wanita dan jam tangan lelaki adalah faktor ketiga untuk saya suka akan butik online Malaysia yang saya pilih. Ini kerana selepas beberapa ketika saya rasa shopping accessories online adalah jauh lebih mudah jika dilakukan di rumah. Saya dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga daripada keluar ke shopping mall semata-mata untuk dapatkan produk kegemaran saya.
Yang terakhir ialah beg tangan wanita dan juga beg lelaki seperti backpack. Ada masanya saya tidak mempunyai masa untuk keluar semata-mata untuk dapatkan beg yang saya perlukan atas kekangan masa. Namun kini saya dapat beli beg online dengan harga yang terbaik di Malaysia terus dari rumah ataupun dari mana-mana saya rasa selesa. Mudah! Yang paling penting ianya jimat masa, saya membeli belah dengan tenang dan dalam keadaan yang sangat selamat. Dari hujung jari dan kediaman sendiri. 


7 comments:

  1. SY PUN JUAL ONLINE, TP SY RASA.. SY LEBIH BANYAK MEMBELI DRI MENJUAL, HAHAHA

    ReplyDelete
  2. sekali sekala jer saya shopping online.. masih belum termasuk dalam kegilaan lagi.. harap tak terjebak..hehehe

    ReplyDelete
  3. memang mudah sangat kan kak... tak payah serabut ngan jem

    ReplyDelete
  4. Acik beli baju kurung dengan tudung online.baru ni je terjebak dengan cadar

    ReplyDelete
  5. makcik belum pernah beli baju or kasut on line....takut size 'lari'...tapi kain dah banyak kali ...:)

    ReplyDelete
  6. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. .. Suka gak beli online, tpi selalu terkena indah gambar dari yg diterima huhuhu

    ReplyDelete