Salam pada pembaca dan sahabat2 maya saya. Selamat Menyambut Tahun 2013 dan bermakna semakin purba diri saya tapi Alhamdulillah sudah keluar dari kategori Jahiliyyah. Maaf blog lambat dibaiki kerana pekerja minta cuti belajar kereta dan main go-kart. Maafkan saya.
Azam, tiap tahun berazam tapi tak pernah pulak saya ni menilai berjaya tak saya mencapainya. Berkongsi cerita anak masuk kesekolah. Anak manja saya Nur Wardah masuk tingkatan 3 hari ini maksudnya PMR tahun ini dan sekolah biasa yang dihadirinya pula sekolah berprestasi tinggi, Form 3 saja ada 16 kelas dan terang terangan 6 kelas teratas adalah pelajar terpilih. Alhamdulillah Wardah memasuki kategori tersebut. Saya sedih dengan sikap ibubapa yang terlampau mementingkan akademik secara melulu dan hari ini saya bertemu dengan pasangan ibubapa yang saya kenali. Di depan saya dan Wardah, anaknya dimarahi kerana terkeluar dari landasan piawaian yang ditetapkan pihak sekolah. Apa maksud Kelas Bodoh??? Sahabat2 maya anak2 kita tak bodoh sebenarnya tapi mereka perlukan sokongan kita untuk maju dalam apa yang mereka lakukan. Kadang2 kita terlepas pandang, kita ghairah berlawan anak siapa yang yang dapat 5A, 8A, 9A tanpa menyedari anak kita ada keistimewaan masing2.
Saya sedih bila anak2 itu dimalukan didepan rakan sebaya. Saya katakan kepada pasangan tersebut kita semua sama bertuah di kurniakan dengan anak dan anak saya dan anak dia sama dan sebaya tetapi sudah tentu berlainan kebolehan dan keinginan. Percayalah pada kata2 saya, kata2 dan doa ibu paling mustajab, doakan yang terbaik untuk anak2 pasti doa ibu yang luhur dan ikhlas itu diangkat Allah. Tuan2 dan puan2 jangan tekan anak untuk kejayaan dunia sahaja tetapi penuhi rohani mereka dengan kasih sayang, pengertian dan dorongan. Percayalah anak2 kita akan jadi anak yang terbaik. Kalau mereka tak dapat semua A, mereka sentiasa solat 5 waktu, sentiasa ada kegiatan yang positif, mendengar kata bukan ke itu satu dari kebahagiaan kita sebagai orang tua yang membesarkan mereka? Bagi ibu2 dan bapa2 tunggal pula, kalau anda berjaya mengisi rohani anak2 mereka dengan ilmu akhirat dan dunia, saya tabik pada anda. Doa saya pada bapa2 yang telah meninggalkan anak-anak kandung dari perkahwinan terdahulu agar prihatin terhadap keperluan anak dari segi wang ringgit dan material untuk membantu bekas isteri membesarkan mereka, anak2 itu amanah Allah dan jangan jadikan mereka mangsa keegoaan anda. Apalagi kalau bekas isteri tidak bekerja kerana saya ada mendengar dari program Agama di TV9 bapa2 yang mengabaikan tanggungjawab pada anak2 walaupun kaya raya hari ini tetapi ianya tidak akan kekal berpanjangan.
Anak2 kita tidak bodoh, malas dan buruk laku sebenarnya tetapi kekangan masa kita dalam mwmbesarkan mereka dengan tugasan, pergerakan kemajuan yang terlampau pantas dan kurangnya masa bersama mereka. Pengurusan masa sangat penting dan sempena 2013 ini kita haruslah bersama-sama menggunakan masa yang ada untuk menjadi ibubapa yang lebih baik, InsyaAllah. Jumpa lagi dalam bentuk pembacaan tanpa visual.