Monday, November 21, 2011

Laut Tawau pohon jangan dicemari

Salam.

Sedih hati saya apabila melihat laut di Tawau dicemari sampah sarap yang akan menimbulkan banyak masalah di kemudian hari. Harapan saya penduduk dan pemerintah akan membuka mata dengan paparan saya ini. Biarkanlah generasi kita mewarisi hanya yang terbaik. Kenapa susah sangat rakyat Malaysia menjadi rakyat yang pembersih? Tak susahpun untuk mencari tong-tong sampah dan pihak penguatkuasaan perlu perketatkan undang-undang. Saya hormat Adun dan MP kawasan Tawau, gigih berusaha tingkatkan taraf ekonomi rakyat dengan membuat kerja-kerja yang sukar saya dapati di kawasan lain. Saya menyeru rakyat Tawau buka minda dan berusaha bersama-sama berganding bahu memastikan bumi Tawau yang subur ini "Bumi Peladang" dan hasil laut yang banyak dikekalkan selama-lamanya.
Buangkan sikap ini:-

Tak salah berniaga di laut tetapi janganlah ambil mudah dengan membuang segala sampah sarap ke laut. Kuala-kuala atau muara-muara sungai sampah sarap bertaburan di permukaan air, masalahnya nelayan kecil tiada pendapatan harian. Doakan saya mampu mendapatkan dana bagi meletakkan tukun-tukun tiruan di semua kuala sungai di sini kerana saya akan usahakan perangkap sampah dan berbincang dengan PBT bagi kaedah baru kawalan. Alangkah indahnya kalau kuala sungai itu jernih dan di penuhi anak-anak ikan, pelancongan pun boleh dibangunkan. Kami tidak mengharapkan apa-apa imbalan tetapi berharap dan berdoa segala perancangan kami menjadi kenyataan. Kalau kita sendiri tidak menghargai tanahair kita, siapa lagi.

1 comment:

  1. dunia ini bukan milik kita tapi kita pinjam dari anak2 kita

    ReplyDelete