Monday, October 1, 2012

Anak ke Adek....

Salam.

Hari Sabtu Along menghadiri Majlis Graduasi Tingkatan Lima di sekolah dan yang paling saya tunggu2 Birthday Along yg ke 17 pada 7 October 2012 ni...Alhamdulillah 17 tahun saya jadi ibu...masa makan di Restoran Ameer Ehsan pagi Sabtu minggu lepas, ada seorang waiter bertanya pada saya, Akak tadi akak punya adek order air apa? Saya pandang Along, saya tanya Along, Adek nak minum apa...Along kata Carrot Juice...Along kata tak kenal anak ke adek, mesti kat bangla tu emak dia org kawin muda2.. Saya jawab sebab Mak awet muda...Along dgn zalim kata Mak jgn over confident, selalu lupa kunci kereta, pada hal pd tangan sendiri, itu tanda2 mak dah makin tua...hehehe straight to the point aje Along. Saya kata sebab mak dah tua la mak mintak sgt2 pada Along, buat SPM betul2 sebab Along anak sulong mak, first son that mak hope can take good care of adek2. Sayu muka Along bila saya pandang muka dia tepat2...Dalam garang Along dgn suara garaunya tu pasti kalah pada rayuan saya sebagai ibunya.
Along memang tak suka ambil gambar tetapi kerana saya dia turutkan...Ini imam solat maghrib saya, solat Isyak big boss, inilah anak lelaki yang selalu membaca Yassen bersama2 saya setiap malam, tinggi orangnya, tegas kalau bercakap, rajin membantu dan membuli mak ndaknya, inilah orangnya. Dia cakap pada saya, baju dia yang paling murah adalah uniform sekolah, budak2 zaman sekarang, anak2 hasil dari pasangan Dasar Ekonomi Baru, kami dulu dibiayai kerajaan sepenuhnya tetapi anak2 ini dibiayai ibubapa sepenuhnya, Graduation Day Along berkemeja Pieere Cardin, berseluar Bonia, Berstokin Bonia, Neck Tie RM19.90 saya beli dari The Store, Belt Bonia dan kasut BATA RM59.90. Saya usik dia, tshirt Along semua Adidas, Renoma, BUM, Conversekan...branded2kan, mak harap doa Along, amal ibadat Alongpun branded2 jugak ye...mak perlukan doakan Along nanti...Along tunduk aje dalam kereta.
Kerusi plastik merah tempat duduk mak ndak sembahyang, Along akan sediakan bila dia ada bersama di rumah, Along sebelum pergi tolong chargekan bateri hand phone mak ndak dulu sebab mak ndak akan risau kalau Along tak call lepas dari 1 jam bertolak...
Sebelum pergi mak ndak suruh Along isikan borang entah apa2 yang mak ndak perlu pos, Mak Ndak akan membaca Yassen tiap2 hari Along dan Adek ambil peperiksaan, Mak Ndak jugak akan baca Yassen bila Along berpergian bersendirian tanpa keluarga (masih dalam telekung lagi), itulah kaseh sayang mak ndak yang tidak pernah berbelah bagi bagi anak yang bernama Muhammad Iqbal ini. Along adalah anak saudara paling mak ndak sayang aka pengurus wang ringgit dan harta benda mak ndak, orang kepercayaan mak ndak, mungkin perkhidmatan Along yang selalu cemerlang membolehkan Along mewarisi harta benda dan duit ringgit mak ndak. Wardah pula mewaarisi barang kemas Mak Ndak yang kalau saya tengokpun mak ndak akan angin...macamlah saya selera sangat...
Harapan saya  tuan puan bermurah hati mendoakan kejayaan Along dalam SPMnya nanti. Along bercita2 untuk memasuki UPNM untuk menjadi penyelidik ketenteraan kerana cita2 awalnya memandu jet pejuang tapi awal2 lagi dah kami reject sbb kami hanya ada satu Along...Kasih sayang kami hanya pada seorang anak lelaki bernama Muhammad Iqbal....Sorry Along, because you are one & only, your ambition still need my screening....Itu kuasa VETO MAK.

55 comments:

  1. semoga anak2 mak wardah berjaya semuanya, berjasa kepada orang tua, menghormati orang tua..=)
    berapa umur mak wardah ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, seorang rupanya anak..=p
      boleh tahan ek.. hehehe...

      Delete
    2. Thanks Herma, akak ada sepasang anak kandung sahaja, Along dan Wardah. Umu saya 44 tahun sekarang...

      Delete
  2. salam kak,

    Alhamdulillah, semoga Along jadi anak soleh ... seimbang dunia dan akhirat (klu akhirat lebih lg bagus ;p) ... semoga Along berjaya dalam SPM tak lama lagi ... ttg cita2 tu ikut je kata mak ok! restu ibu tu penting...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Me, InsyaAllah dan paling penting setuju akak control cita2 Along. Bagi Along bidang yg Along minat tu akan menyesakkan dada akak, hihihi

      Delete
  3. semoga along berjaya dalam SPM..insya allah dia anak yang baik kak.. harap anak2 saya pun boleh mengimamkan saya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rai, jgn bimbang anak2 Rai akan menbesar dgn baik, lebih baik dari Along, lebih pandai dari Along, berjaya di dunia dan akhirat

      Delete
  4. subhanallah.... beruntung puan dapat anak yang baik mcm Along...semoga Along sukses dalm SPM nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aiyang, alhamdulillah moga Along berjaya dalam SPM dan mencapai segala cita2nya, dan Aiyang kuag sentiasa diberkati Allah

      Delete
  5. Good luck...semoga Along cemerlang dalam SPM..dan terus menjadi anak yg berguna & soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Doc, akak doakan anak2 doc dan keluarga sentiasa diberkati Allah juga

      Delete
  6. semoga berjaya di dunia & akhirat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mala, InsyaAllah, moga Mala dan keluarga juga sentiasa di bwah eahmat Allah, take care

      Delete
  7. Semoga Along berjaya dan menjadi insan yang cemerlang..

    Anak2 makchaq tak berapa berjenama.. depa main hentam ja..
    terutama t-shirt, kebanyakkannya yang dpt free depa dok pakai, kita pulak kesian....suruh beli depa kata tak payah.. yang free pun ok...

    mak wardah pun rupanya macam makchaq.. wonder women

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mak Chaq, anak2 Mak Chaq anak2 yang baik, Alhamdulillah anak2 yang pandai menilai sesuatu dengan baik, pasti mereka membesar dgn baik, tidak menyusahkan ibubapa, Insayallah akan berjaya, thanks mak chaq for the doa...

      Delete
  8. KA doakan yg terbaik utuk Along, kita sama punya anak sulong lelaki yang diimpikan untuk jadi pemimpin dalam kelurga juag satu hari nnti. All the best utk ALong! sebagai ibu doa itu sgt2 perlu kita berikan demi kejayaan anak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA, memang benar doa kita sebagai ibu adalah doa yang terbaik, suka baca bila KA komen sama mcm kawan2 yg lain2, moga kita semua sentiasa diberkati...

      Delete
  9. Awet mudalah mak wardah ni..
    untung akak dapat anak cam Iqbal kan..baik orangnya..
    Moga Iqbal berjaya dalam SPM nanti..
    All the best to you Iqbal (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nita, bukan awet muda, kata Along kadang2 mata dia org kelabu & rabun ayam jadi dia nampak akak muda. Thanks for the doa, InsyaAllah kita semua akan diberkatiNya.

      Delete
  10. best of luck to along..kuasa VETO MAK ..tu yang tak tahan tuuu.. i rasa i pon mcm tu kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Norisah,
      kdg2 kita mak ni kena ada kuasa VETO tu...kalau tak susah gak nak control dah le dia tinggi dari akak, kalau nak bercakap sakit tengkokm nak mendongak...thanks Norisah...

      Delete
  11. good luck Allah... all the best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Masz, InsyaAllah Along akan berjaya...Masz juga emoga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Allah

      Delete
  12. Insyaallah Along akan berjaya dlm peperiksaannya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, InsyaAllah mudah2an berkat doa sahabat2 semua ALong akan berjaya. Begitu juga doa kami untuk Najmi...Allah sahaja mampu membalas jasa baik najmi pd kami semua.

      Delete
  13. Anak ke 2 sy sebaya along jugak...tinggal bbrapa hr lagi nk exam...risau si ibu melebihi si anak.....sama2lh kita doakn agar anak2 kita cemerlang sebagaimana mrk mendpt straight A masa PMR dulu...InsyaAllah....amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nza, InsyaAllah mereka dapat straight As juga untuk SPM. InsyaAllah

      Delete
  14. Semoga Along dapat menjawab soalan SPM dengan tenang & cemerlang, amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas for the doa...harap semuanya dipermudahkan Allah

      Delete
  15. Ya Allah, Kau permudahkan la segala urusan, perkenankan la segala doa dan harapan ibu, ibu saudara dan anak emas mereka ini.. Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nai@TPJ, moga dipermudahkan segalanya...Ameen untuk Nai juga.

      Delete
  16. semoga along berjaya didunia & akhirat..amin

    ReplyDelete
  17. moga dia menjadi anak soleh spt yg diharap2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Azam,happynya akak azam sudi singgah...InsyaAllah, take care

      Delete
  18. semoga along berjaya dalam exam nanti dan menjadi anak cemerlang dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP, thanks semoga Along berjaya dalam peperiksaan dan paling penting cemerlang juga di akhirat, InsyaAllah. take care

      Delete
  19. Salam,
    singgah & join nak sembang.
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. alamak, hensemnye anak bujang akak...huhuhu

    beznye ye kak leh ajak sama2 mengaji, solat..alhamdulilah..

    sy doakan along terus sukses dalam ape jua bidang yg die ceburi lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dilla, Along tu lepas lah nak buat ustaz bidan terjun, appreciate sgt doa Dilla untuk ALong, take care.

      Delete
  21. tq atas doanyer dn juga yr support ye, sgt2 KA hargai saat2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA, kami semua sentiasa doakan yang terbaik buat KA, InsyaALLAh KA akan melaluinya dengan baik.

      Delete
  22. Alhamdulillah,, serononknya dgr cerita akak pasal Along.. semoga Along cemerlang dalam SPMnya dan sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Hanis, novel baru dah keluar? InsyaAllah

      Delete
  23. Assalamualaikum,

    Insyaallah semoga Along berjaya dlm peperiksaannya tu nanti...

    ReplyDelete
  24. Tk join Bloglist pun tetap ada di BL kedua KA tu dun worry ye

    ReplyDelete
  25. Insyaallah mudah2an along berjaya dalam peperiksaan..along dah berusaha..

    ReplyDelete
  26. akak juga berdoa agar along berjaya dunia akhirat..insyaallah

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum,....moga along berjaya dunia akhirat...
    dtg dari blog a'cup of coffee...we're moving to "life and survive"...jemput dtg...hehe...tq...

    ReplyDelete