Tuesday, November 6, 2012

Sumur

Salam Selasa.

Kenapa tajuk hari ini sumur? Ianya datang dari perbualan saya dengan anak saya Wardah. Peperiksaan SPM yang bermula semalam, mendebarkan semua ibu2 (biasanya ibu yg lebih rapat dgn anak2) dan bapa2 yang anak2 mereka menjadi calun SPM. Along terserempak dgn guru kimianya di kedai buku dan bersalaman kerana mungkin lepas ini mereka tidak berjumpa lagi. Tiba2 dalam kereta Mak Andak berpantun kepada Along:-

Kalau Ada Sumur Diladang
Boleh Saya Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi.

Along bertanya kepada Wardah, Adek tahu apa sumur?
Jawab Wardah dengan selamba " perigi".
Kata Along: Adek, salah jawapannya telaga, tapi betul2, jawapannya perigi. Dek ...apa beza perigi dengan telaga?
Jawab Wardah "entah"

Definisi perigi seperti di bawah, lubang yang digali bagi mendapatkan mata air di bawah tanah.


Definisi telaga adalah perigi yang digali dan diletakkan kolong (simen bulat) bagi memudahkan proses mengambil air dan kurang bahaya.


Kata Wardah : Along nikan timba mencari perigi
Jawab Along : Salah, Along bukan perempuan, maksud peribahasa tu perempuan yang meminang lelaki
Kata Mak Ndak : Kan Ain tu dah hantar SMS maksudnya dia pinang Along lah tu.
Jawab Along : Mak Ndah apesal? dari perigi ke budak tu pulak. Tak sukalah...
Kata Wardah :  Ain tu macam perigilah kannnnnn....Longggg....
Kata Along : Suka hati dialah nak jadi apapun, Along tak kesah, tak nak ambil tahupun.

Tuan2 dan Puan2, gossip Along & Ain bermula bila Ain telah menghantar hadiah dengan pos laju sempena hari jadi Along yang ke 17. Sebuah handphone nokia yg dalamnya dah disetkan nombor telefon dia sendiri.... Along sangat marah dan malu, Saya minta Along pulangkan dengan baik sebab harganya yang mahal dan dan Along tidak memerlukannya sebab Alongpun ada handphone sendiri. Pesan saya pada Along, baik2 jaga diri dan jangan terpengaruh dengn cinta2 monyet dulu. Yang penting cari ilmu untuk masa depan dan belajar lengkapkan tuntutan agama.

Untuk anak2 gadis remaja, jangan terlalu murah hati dengan membeli barang2 berjenama untuk lelaki yang anda minati, sayangi diri anda yang masih remaja, penuhi kehidupan dengan aktiviti yang positif sebab yang hamil di luar ikatan perkahwinan itu adalah gadis MELAYU, yang banyak membuang bayi adalah gadis MELAYU, yang keciciran di sekolah juga orang MELAYU. Nasihat ini untuk anak2 gadis MELAYU termasuk Nur Wardah anak perempuan kesayangan saya, jauhilah sikap2 negatif seperti ini dan untuk anak2 lelaki MELAYU pulak jangan ambil kesempatan atas kelemahan gadis2 ini. Bertanggungjawablah kepada gadis2 bangsa anda sendiri....Wallahuallam.

38 comments:

  1. dapat henpon...wah punya sayang tu....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Aishah. Rasanya bukan sayang budak tu nak test market kot

      Delete
  2. wah berkongsi byk cerita hari ni ye!

    ReplyDelete
  3. mujur along orgnya bukan jenis lelaki yg suka ambil kesempatan..apala nk jadi gadis-gadis jaman moden ni..kenala jual mahal sikit walaupon suka..tp yela mungkin takut kalau tak try melepas pula along kt org lain :)

    psl telaga dgn perigi br sy tahu definisi sebenar..dr pemahaman sy selam ini adalah terbalik rupanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rina, berubah betul duniakan...Mungkin akak yang ketinggalan zaman kot.

      Delete
  4. Mesti si ain tu anak org kayakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nazayiena,
      Kayapun akak tak suka Along terlibat dalam benda2 macam ni...nak apa2 mintak dengan kami tapi kalau tak mampu sabar dulu.

      Delete
  5. salam kak..

    Bagusnya peringatan akak tu.. semoga anak2 muda kita tak kira lelaki ataupun perempuan menjaga perlakuan mereka sebaiknya...
    baru saya tahu perbezaan perigi dengan telaga.. selama ni ingatkan kedua2nya sama.. he..he..

    salam buat wardah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Hanis...
      Yelah akak takut dengan kerenah budak2 zaman IT ni, canggih sangat.

      Delete
  6. Sumur????? lahh tak tahu pula ianya perigi... tahu pantun aje...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala Najmi tu dari Along mungkin ada makna yang lebih spedifik

      Delete
  7. Budak pompuan kasi hadiah hp pada anak lelaki? Mujur anak gadis saya semua tak mampu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, Alhamdulillah anak2 AA terjaga tingkah lakunya tapi saya tak suka bab2 bagi2 hadiah mahal2 ni. Thanks AA.

      Delete
  8. Trima kasih pasai maklumat tentang telaga....


    Sebenarnya kita sentiasa bersama anak-anak kita... Tegur dan nasihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WuMing,
      Thanks...betul kalau sayangkan anak2 selalu kena tegur mereka dgn cara baik dan kasih sayang. Takut dgn dunia hari ini

      Delete
  9. Betullah tu mak Wardah...bebudak sekarang kalau dah sayang kat seseorang..hanya dia je yg betul..pendapat kita langsung x diendahkannya..berbeza ngan zaman kita dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Tie,

      Tapi akak tak sedap hati dgn budak Ain tu...naluri ibu akak tahu dia nak test market sbb selalu sgt nampak dia lepaka dgn macam2 orang. take care

      Delete
  10. Minat sungguh Ain dengan Along sampai bagi hadiah henpon Nokia tu. Anak orang senang gamaknya na.

    Kalau ada sumur di ladang
    Boleh saya menumpang mandi
    Walau hati merasa sayang
    Harus pandai menjaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas, Ya Allah tak sangka dinas pandai berpantun. Akak tak tahu Ain tu kaya ke tak tapi naluri ibu akak takut sgt Along campur dgn budak2 macam ni. Akak selalu nampak Ain tu dating dgn macam2 budak lelaki. Dia buat macam tu nak test market je kot...

      Delete
  11. Salam Mak Wardah,
    Hmm meriahnya perbualan dengan anak-anak bujan tu kan..saya boleh bayangkan bagaimana malu nya along masa terima hadiah ain tu...hehe gelagat mereka ni kadang-kadang di luar dugaan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks LW..
      Along terkedu pastu kena sound lagi...Ain tu byk sgt bf, selalu sgt saya terserempak dgn dia kat McD, kedai mamak lepak dgn bf.Take care

      Delete
  12. prbualan yg menarik
    kita bleh jwb klau
    di tnya yg ngak ngak hehe

    ReplyDelete
  13. Wahhhh, bagi hadiah h/phone...tentu anak orang senang tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MP,
      Anak org kaya miskin akak tak kesah tapi akak takutkan pergaulan yg tak sihat aje. Kl boleh dijauhkan anak2 kita dari benda2 macam ni.

      Delete
  14. salam mak wardah.
    Main pos2 je handphone.adoi...
    Biasalag. 1st time bercinta sis..

    *pekabar sis di pagi jumaat yg mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Tirana.

      Tak bercintapun tapi Ain tu berani budaknya...Take care

      Delete
  15. Salam MW,

    Semoga Along dapat mnejawab peperiksaan dengan tenang ye ...

    hmm...rasanya dulu umur2 17 tahun takdelah duit banyak2 nka beli hadiah mahal2 ... aduhai anak2 sekarang ye ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ME,
      InsyaAllah Along dapat menjawab dgn tenang & thanks for the doa. ME, akak takut dgn arus keberanian anak2 sekarang.

      Delete
  16. saya pun takut..ada anak lelaki 2 org minta2 la jgn jadi apa2..moga dia org tahu baik buruk dan berfikiran matang sikit...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eni,
      InsyaAllah anak2 kita sentiasa dilindungi Allah. Take care.

      Delete
  17. As-salam

    Statistiks kita menampakkan orang kita sekarang lambat berkahwin. Kalau kecenderungan berpacaran sudah mula berlaku awal, statistiks boleh jadi berubah kisahnya. Cerita Mak Wardah menggambarkan kemungkinan ada tren sesetengah remaja kita sekarang ingin berpacaran awal. Tapi itu juga mungkin satu kekecualian, dan tidak juga semestinya berpacaran awal itu berakhir dengan berkahwin awal. Malah, mungkin saja itu satu kejadian di mana seorang rakan memang amat sayang kepada seseorang dan menunjukkannya dengan memberi hadiah.

    Walau apa pun, Pak Temuk setuju, semua pihak khususnya para remaja, kita wajarlah berhati-hati.

    Tak sempat pula lihat Kamus DBP mengenai definisi perigi & telaga. Sebenarnya, mungkin juga seerti; bezanya mengikut tempat. Jadi mungkin juga kedua-duanya berkolong, bergantung kepada keperluan dan kemampuan pemiliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cikgu. Satu nasihat yang amat bermakna. nanti saya check DBP, saya perlu tahu makna yang betul. Terima kasih byk2 cikgu.

      Delete
  18. owhh jelas dgn maksud telaga dan perigi tu...hehhee

    pasal perigi cari timba...huhuhuh caboottt tak reti nak komen...be the best mom to u :)

    ReplyDelete
  19. serius menakutkan
    hebat sungguh cinta buta itu
    smpi membelikan hp utk org yg diminati
    oh..takutnya saya

    ReplyDelete