Wednesday, March 27, 2013

Hulk Hogan dah jadi sejarah

Jari jemari anak perempuan@ anak bongsu kesayangan saya Wardah yang sedang nyenyak tidur.
Dialog sebelum tidur:
Mak Wardah: Adek, your nail got white spot. Not enough iron in your body.
Wardah: Mak, don't easily say that. Mak Ndak told me, last times older people said those people got this spot means "bertuah"
Mak Wardah: Itu dulu2 zaman batu but actual fact tak cukup zat besi.
Wardah: So sleepy, I want to sleep. I want to salam you. Gud Nite mak mok..(gemok)

Balik tuition....Wardah jalan laju2 dengan alasan dia kelaparan
Dialog dalam kereta.
Wardah: Mak faster, I am very hungry. Jom pergi makan
Mak Wardah: Nak pergi mana?
Wardah: Mohd Chan adek dah boring, secret resepi 50-50, let's me decide. MAMA KANDAR. We pick up Along and straight to eat. If not, I'll eat you but too much fat, bahaya.
Mak Wardah: Bertuah punya anak.
Angin...lambat...slow
Dialog kat mama kandar.
Wardah: I want to order Burger Bakar KLCC
Along: Along nak char kuew teow and burger bakar special
Mak Wardah: Mak nak char kuew teow aje with teh ais
Wardah: Milo Ice
Along: Milo Ice
Wardah: After half an hour: What happen to my burger bakar?
Along: sudah terbakar
Wardah: Mengada...dahlah makan banyak, cakap banyak
Along: who ask you to order burger bakar KLCC? You think easy to do the KLCC?
Wardah: It is so funny, Along nampak tak adek dah tergolek2 kat lantai ketawa
Along: betul apa, order benda pelik2.

Haa...how to eat
Wardah: Mak, no fork and spoon how to eat? My mouth not that big.
Along: the lidis replace fork and spoon.
Mak Wardah: tak apa pinjam mak punya sudu garpu.
Wardah: tak boleh habis, too much.
Along: tak pe Along tolong adek.
Mak Wardah: My Hulk Hogan daughter cannot finish that?
Wardah: Syyhhh...don't call adek that name. Whatever  mak cakap will be the doas...Cakap Wardah ni cantek, pandai, rajin, jelita, solehah, kaya and etc
Along: Yelah, adek kuat hisap TET XX sampai 5 tahun, mak ndak cakap sebab tu jadi Hulk Hogan
Wardah: whispering (ALONGGG cakap lagi sekali tengah orang SIAP.....)
Tulah my ex-hulk hogan baby, dah Along pecah lubang. Balik dia suruh tapau mee ying yong kat Mohd Chan, share pulak dengan mak ndak
Hulk Hogan masa 2 bulan berat dia 12 kg....Mak gemok manalah yg dukung dia...
Tinggal kenangan, Hulk Hogan mak ndak....

Monday, March 25, 2013

Zombieland...Sungei Lembing

Salam Isnin
Pada hari Isnin yang biru saya ingin berkongsi cerita, kesan penjajahan dan akibatnya kepada kita rakyat Malaysia. Saya melawat Sungei Lembing bagi tujuan pembangunan peniaga, penjaja Melayu dan impak pelancungan terhadap bumiputera di kawasan ini. Tidak mahu bercerita tentang Muzium Bijih dan kesan2 peninggalan PCL disini, saya ingin berkongsi pendapat tetntang kesannya penjajahan British kepada politik, ekonomi, sosio dan teknologi.
Kesan paling ketara, polarisasi kaum, dibahagikan Sungai Kenau di sebelah kiri adalah majoriti didiami kaum Melayu dan disebelah kanan pula kaum China. Dari segi teknologinya, disebelah kanan terdapat beberapa inovasi baru mengenai pelancongan seperti Green Camping Site dalam pembinaan yang akan dibangunkan Warganegara Singapura, Kilang Mee yang masih beroperasi, Rumah2 Burung Walit dan beberapa bangunan baru yang masih dalam pembinaan. 
Di kawasan ini pulak diseberang sungai disebelah kiri didiami oleh puak Orang Asli dan disebelah kanan iaitu kawasan jalan raya utama didiami oleh kaum Melayu. Secara keseluruhannya, Sungei Lembing mempunyai muka bumi unik iaitu dari hulu sampai ke hilir Sungai Kenau. Terdapat tanah tinggi dan lembah yang sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan.
Tempat perkelahan yang cantik tetapi sikap rakyat Malaysia yang buruk menyebabkan ianya tercemar dengan  sampah sarap
Terdapat banyak rumah tinggal lama yang cantik bentuknya dan masih boleh di baik pulih bagi menimbulkan suasana zaman kegemilangan bijih timah dulu.
Jambatan gantung yang unik dan menjadi satu daya tarikan bagi tujuan pelancongan. Tapi kuat jugak degupan jantung saya semasa melaluinya.
Rumah kongsi pekerja lombong yang tinggi nilai sejarahnya. 
Waktu malam yang sunyi dan menyeramkan kerana itu Sungei Lembing yang dipanggil bandar mati mampu dibangunkan untuk pakej pelancongan extreme tetapi perlukan prasarana yang berkualiti dan terjamin
Laksa Gandum yang sangat enak dan murah hanya RM1 sepinggan. 
Trademark Sungei Lembing ialah biskutnya sendiri. Sekiranya kertas cadangan saya berjaya, doakan Sungei Lembing berjaya menjadi salah satu pusat pelancongan yang selamat dan selesa untuk dikunjungi.
Di Tiara Atsari saya menginap di VIP Room, harga berpatutan dan tempat tinggal selesa. Dimiliki oleh Puan Hanita seorang guru yang bercita2 tinggi dalam menjayakan tempat lahirnya. Boleh dikunjungi di blognya sendiri Tiara Atsari

Tuesday, March 19, 2013

Saya tak mampu menghalang...

Salam Isnin yang meriah sebab saya mengambil cuti tahunan. Hari Sabtu pergi buat kad pengenalan baru dan ini adalah deretan gambar kad pengenalan saya. Kad pengenalan 12 tahun ada salinan tetapi tertinggal di kampung.
Pada usia saya 27 tahun selepas habis pantang melahirkan Along, muka saya macam budak baru masuk kolej tetapi saya masih di era jahiliyah saya.
Pada usia saya 30 tahun selepas habis pantang melahirkan wardah, muka saya dah nampak macam mak orang tapi sehari selepas ini saya dibukakan hati oleh Allah untuk meninggalkan zaman jahiliyah. IC baru kena buat sebab IC rosak.
Tukar ke mykad masa usia saya 38 tahun kalau tak silap terpaksa sarung tudung hitam sebab saya pakai tudung warna cerah.
Sabtu 16.3.2013, wajah terbaru saya dalam usia 45 tahun dan saya bersyukur kerana persahabatan saya dengan sahabat baik saya Puan Norhayati Tawel,  Nurhana Zahrullail, Sharliza Shaari, Azana, Najmi, kawan2 sepersekolahan, kawan1 seperkuliahan, rakan2 sepekerjaan, rakan2 bloggers  dan jiran tetangga  membawa saya kearah yang seribu kali ganda ke arah kebaikan. Tuan2 dan puan2 pada usia ini juga Insyallah saya akan menghantar surat berhenti kepada syarikat sekarang kerana saya akan berhijrah ketempat baru kerana saya selalu berdoa untuk ketempat baru dan Alhamdulillah dimakbulkan Allah. Jujurnya saya terpersona dengan tawaran gajinya tetapi skop kerjanya memang idaman saya selama ini. Doakan saya...

Friday, March 15, 2013

Katil - never buy my sleep

Salam Jumaat.

Kawan2, saya selalu outstations, berbagai hotel saya tinggal dan berpuluh2 katil saya dah tidur tetapi adakalanya sebelum tidur saya terfikir siapa yang pernah tidur sebelum saya? Bermacam2 gambaran akan timbul di otak saya dan saya faham kenapa.
Katil dihotel Equatorial Cameron Highland ini tak dapat membeli tidur saya
Katil di hotel MS Garden Kuantan ini tak dapat membeli kebahagiaan saya
Katil di Tiara Atsari Rest House ini dapat membeli lena saya kerana Along ada bersama

Katil di Rocana Hotel Kuantan ini tidak dapat membeli dan memberi kegembiraan saya kerana saya akan bahagia hanya dengan katil saya dimana ada sepasang cahayamata saya. Tak kira pada usia ke berapa mereka, Tak kira dimana mereka berada, merekalah kebahagiaan saya kerana mereka:
Mandi saya pasti tak basah
Tidur saya pasti tak lena
Makan saya pasti tak lalu
Moga Allah akan melindungi anak2 saya, Muhammad Iqbal, Nur Wardah, Muhammad Adam Lutfi dan Muhammad Amjad Luqman dari segala perkara2 buruk, diberikan taufik dan hidayahnya dan sentiasa di bawah rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Disinilah lena tidur saya, di sinilah damai jiwa saya dan disinilah letaknya kebahagiaan saya.

Monday, March 11, 2013

Permulaan Sebuah Kehidupan


Salam Isnin, pembaca (macamlah ramai sangat yang baca) yang saya hormati semua. Semuga Isnin ini kita semua dikurniakan Allah segala yang terbaik. Berkongsi kesah permulaan sebuah kehidupan semasa saya dan Along ke Sungei Lembing pada akhir Febuari dulu. Kami tinggal di Tiara Atsari Rest House. Rumah Melayu lama yang indah sekali.

Petang selepas Asar, kami nak pergi makan malam, Along terjumpa sarang burung yang jatuh ketanah dan dengan kuasa Allah ada 2 biji telur comel didalamnya. Along ambil dan periksa samada pecah atau tidak. Alhamdulillah semuanya elok kata Along inilah permulaan kehidupan seekor burung. 
Tengok cantiknya susunan rumput kering yang dijadikan tempat tinggal mereka, Maha kayanya kuasa Allah seekor binatang kecil mampu membina tempat tinggal yang baik bagi melindungi keluarga mereka. Benarlah Ilmu Sains itu Ilmu Allah kerana setiap makhluk yang hidup perlukan air, makanan dan tempat perlindungan dengan cara yang berbeza. Allah menjadikan setiap satu makhluk pasti berbeza sedangkan bentuk  tangan kiri dan kananpun tidak sama. Bermakna DNA dan RFID adalah asalnya dari Allah juga jadi jangan mendabik dada saya pakar DNA, saya pakar itu dan ini, sedarlah kita hanya meminjam Ilmu Allah yang kalau kita masukkan jari telunjuk kita kedalam air, ilmu kita hanya setakat air yang melekat di jari.
Along letak semula dipokok yang sama tapi kepakaran Along tidak sehebat ibu burung. Tidak saya sangsikan kekuasaan Allah, pulangnya dari makan malam, sarang burung itu telah beralih ke puncak pokok yang jauh dari jangkauan manusia dan terselit teguh didahan rimbun yang kukuh. Bermakna kalau seekor burung kecil boleh mengubah corak kehidupan kenapa saya yang dilahirkan sebagai manusia tidak mampu mengubah diri sendiri. Ya Allah, semuga saya mampu menjadi manusia yang lebih ingat pada yang mencipta saya sebab saya selalu lalai dan lupa. Terimakasih.

Monday, March 4, 2013

PRU 13, Pakatan Rakyat Baru - Bina Ummah

Salam Isnin,
Tiada bicara yang panjang tapi hanya picture tell us the story.
Berbisik
Berbincang
Berpakat
Berikhtiar
Bertelagah
Geram
Sakit hati
Jom Berdamai
Jom Bina Ummah