Monday, March 25, 2013

Zombieland...Sungei Lembing

Salam Isnin
Pada hari Isnin yang biru saya ingin berkongsi cerita, kesan penjajahan dan akibatnya kepada kita rakyat Malaysia. Saya melawat Sungei Lembing bagi tujuan pembangunan peniaga, penjaja Melayu dan impak pelancungan terhadap bumiputera di kawasan ini. Tidak mahu bercerita tentang Muzium Bijih dan kesan2 peninggalan PCL disini, saya ingin berkongsi pendapat tetntang kesannya penjajahan British kepada politik, ekonomi, sosio dan teknologi.
Kesan paling ketara, polarisasi kaum, dibahagikan Sungai Kenau di sebelah kiri adalah majoriti didiami kaum Melayu dan disebelah kanan pula kaum China. Dari segi teknologinya, disebelah kanan terdapat beberapa inovasi baru mengenai pelancongan seperti Green Camping Site dalam pembinaan yang akan dibangunkan Warganegara Singapura, Kilang Mee yang masih beroperasi, Rumah2 Burung Walit dan beberapa bangunan baru yang masih dalam pembinaan. 
Di kawasan ini pulak diseberang sungai disebelah kiri didiami oleh puak Orang Asli dan disebelah kanan iaitu kawasan jalan raya utama didiami oleh kaum Melayu. Secara keseluruhannya, Sungei Lembing mempunyai muka bumi unik iaitu dari hulu sampai ke hilir Sungai Kenau. Terdapat tanah tinggi dan lembah yang sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan.
Tempat perkelahan yang cantik tetapi sikap rakyat Malaysia yang buruk menyebabkan ianya tercemar dengan  sampah sarap
Terdapat banyak rumah tinggal lama yang cantik bentuknya dan masih boleh di baik pulih bagi menimbulkan suasana zaman kegemilangan bijih timah dulu.
Jambatan gantung yang unik dan menjadi satu daya tarikan bagi tujuan pelancongan. Tapi kuat jugak degupan jantung saya semasa melaluinya.
Rumah kongsi pekerja lombong yang tinggi nilai sejarahnya. 
Waktu malam yang sunyi dan menyeramkan kerana itu Sungei Lembing yang dipanggil bandar mati mampu dibangunkan untuk pakej pelancongan extreme tetapi perlukan prasarana yang berkualiti dan terjamin
Laksa Gandum yang sangat enak dan murah hanya RM1 sepinggan. 
Trademark Sungei Lembing ialah biskutnya sendiri. Sekiranya kertas cadangan saya berjaya, doakan Sungei Lembing berjaya menjadi salah satu pusat pelancongan yang selamat dan selesa untuk dikunjungi.
Di Tiara Atsari saya menginap di VIP Room, harga berpatutan dan tempat tinggal selesa. Dimiliki oleh Puan Hanita seorang guru yang bercita2 tinggi dalam menjayakan tempat lahirnya. Boleh dikunjungi di blognya sendiri Tiara Atsari

30 comments:

  1. Mudah2an niat murni Mak Wardah akan diperkenankan & menjadi kenyataan.. amin.. akak teringin juga nak pegi kat sini..

    bila tgk jambatan gantung tu.. akakpun melalui pengalaman yg sama masa pertama kali melaluinya dulu kat satu kg tu.. berdebar2.. kaki rasa seram sejuk.. dan macam2 lagi.. rasa mcm tobat taknak lalu dah... hehehe... seram sebab kat bawah ada air.. jambatan pulak nampak uzur.. itu yg buat jantung berdegup kencang sbb tak pandai berenang.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Madihaa, suka blog madihaa yg sedap dan lazat. Appreciate sgt doa akak. Samalah kita, bila lalu jambatan gantung tu, pandang bawah, gayat dgn goyangan alal dangdutnya...jantung degupnya laju

      Delete
  2. salam dear, saya prnah kesana lama dah.masa tu lombong masih broperasi walau tak rama pkrja yg tinggal.the scenery was superb.cantik.dgn sejuknya, pkok2 menghijau. mash tk trcemar masa tu. I wsh boleh kesana lagi for old tme sake..he he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx teacher...I can imagine that...you are very lucky visited sg. lembing that time. take care

      Delete
  3. Akak mmg suka sejarah...mm ni tempat menarik utk di kunjungi ni...thanks atas info yg menarik sgt ni :)

    ReplyDelete
  4. Saya memang minat tempat2 bersejarah ni. Suka saya tengok rumah2 lama tu. Jambatan gantung tu best & sungai yg jernih tu, waduhhh! Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Dinas, kalau dinas pi Sg. Lembing jgn laupa bawak pak we Mr. Kenon tu, mesti photo2nya superb

      Delete
  5. Semoga berjaya..dan penduduk dapat benefit darinya..

    ReplyDelete
  6. cantiknya pemandangan kat situ.....sungai yang jernih teringin nak pergi pula he hee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Yan...boleh datang dgn family n kawan2. take care

      Delete
  7. Tak sangka plak ada prospek & nilai komersial kat Sg. Lembing. Mudah2an dipermudahkan segala urusan, kakak...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah saya terfikir nak melawat Sg Lembing sebelum ni...tertarik juga nak ke sana lepas baca entri ni..

    Mmg sedih, sebab benda2 yg boleh dikomersialkan, di biarkan lapuk begitu saja...dan khazanah alam sekitar, rosak sebab sikap pengotor rakyat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thc Doc, harap sgt doc visit Sg Lembing, come back and show us your excellent skills mesti superb

      Delete
  9. Cantik2 pemamandangannya...bilalah bolih sampai sini jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx BUNDA, InsyaAllah Bunda akan dapat kesana satu hari nanti

      Delete
  10. Jemput join segmen saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/03/pembukaan-butik-tharwati-nasuha.html =) Akan tamat 31.3.13 ni...jomm!

    ReplyDelete
  11. Ingatkan Sg Lembing tidak ada apa2 yg menarik..awesome juga pemandangannya ya.

    Reply komen@"HAPPINESS"
    Tapi MW cuma terlupa kan..bila dah ingat bolehlah sedekahkan al Fatihah tu. Saya pun jadikan ia sebagai amalan selepas solat Subuh walaupun ibubapa saya masih hidup, maklumlah nak ssedekah duit saya tak bekerja.

    ReplyDelete
  12. wah sagt2 menarik sebenarnyer di sini yer, tq share with us

    ReplyDelete
  13. Banyak cerita menarik yang kita dengar pasal sungai lembing ni..and tak sangka mak wardah sediakn entry mengenai tempat ni..

    ReplyDelete
  14. munna pun tak pernah lagi sampai sana kak.... insyaallah kertas cadangan akak tu akan berjaya

    ReplyDelete
  15. moga sukses ye,kak...sy sndiri blm prnah smpai sg lembing ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx, akak doakan anda akan pergi melawat kesini...

      Delete