Salam.
Berkongsi cerita tentang lelaki kesayangan saya, bekerja sementara sebagai storekeeper sementara menunggu untuk menyambung pelajaran di Universiti, Along bekerja sambilan. Hari pertama saya tanya susah senangnya bekerja dia jawab " Mak, no add math, bio, chem, physic applications, just energy. Along letih sangat". Ada rasa kesian dalam hati saya. Saya kata kalau tak larat berhenti saja tapi dia jawab "I'll continue". Dalam hati saya ada rasa syukur kerana lelaki kesayangan saya ini tabah mencari rezeki, satu perbuatan yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.
Setiap hari saya sediakan bekal untuk Along sebab dia budget belanja R15 ini sehari yang pastinya datang dari pocket saya dan kawan2 Along yang lain juga melakukan aktiviti yang sama kerana masa bekerja dari 9-6 petang, 1 petang hingga 10.30 malam ataupun dari 9 pagi hingga 10 malam. Satu hari Along beritahu saya" Mak, kalau orang yang susah2 tu bekerja jadi storekeeper apa yang dia orang dapat ya, dari baki gaji. Gaji sebulan RM925, tolak EPF, tolak belanja, tolak rumah sewa, tolak minyak kereta balancenya dalam 400 jer". Alhamdulillah Along mula memahami realiti kehidupan yang sebenarnya.
Dari segi bekerja Along berdisplin dan rajin (mengikut kaca mata saya). Satu hari dia balik rumah, park kereta masuk rumah dengan muka yang muram. "Today Along kena mop lantai dan cuci arak yang pecah, baunya busuk. ALong ni dah syubahah mak". Ya Allah rasa nak meleleh airmata saya kerana sayapun selagi boleh tak mahu anak2 saya makan rezeki yang syubahah. Jumaat hari pertama kerja, Along call saya "Mak, hari ni Along tak solat Jumaat sebab kena jaga kedai kena gilir dengan kawan. I am not happy". Sekali lagi saya terkedu. Baliknya malam Along kata " Mak, gaji Along tak boleh makan sebab nanti haram jadi darah daging, Along nak beli handphone ajer...hp Along dah rosak.". Saya usap belakang Along sebab faham Along sedih dengan keadaan syubahah itu. Alhamdulillah, ada titik kesucian dalam hati anak ini.
Dapat gaji, Along bawak mak ndak dengan wardah ke Plaza Alam Sentral Shah Alam, belikan wardah cover handphone warna hijau dan dia sendiri warna biru, beli handphone Samsung model sama macam Wardah.
15 hb April hari last day Along bekerja, Along kata dia suka bekerja tapi dia tak nak kerja2 yang bersyubahah, kena tinggal solat jumaat kerana kata Along tak bermakna gaji sebanyak RM925 kalau agamanya tergadai. Alhamdulillah ya Allah, aku ibu yang melahirkan Muhammad Iqbal memohon kepada MU, tetapkan iman anak lelaki kesayanganku ini ke arah agamaMU sentiasa, permudahkanlah kehidupannya, kasihilah dirinya kerana Muhammad Iqbal adalah anak lelakiku yang baik hatinya, pengasih kepada keluarga, taat kepada orang tuanya, aku sentiasa redha atas segala perbuatan baiknya dan aku sentiasa mengampunkan setiap kesalahnya walaupun sebesar zarah sekalipun. Ya Allah jadikanlah anak lelaki ku ini pemegang markah terbaik di akhirat dan duniaMU Ya ALLAH. Ameeen.
amin2.. sejuk perut kita mengandungkan yer MW
ReplyDeleteBila dah cari duit sendiri baru nampak depa menghargai kesusahan..
ReplyDeleteAnak2 lelaki makchaq semua pun bekerja lepas SPM, yg perempuan kerja jadi bibik kat rumah..
Alhamdulillah Along tinggi pegangan agamanya...
bekerja tu bagus untuk pendedahan dengan realiti yg bakal dihadapinya.
ReplyDeletebaguslah..dengan ilmu yang ada, Along dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..bukan buat tak kisah dengan hasil yang diperolehi.
moga Along dikuatkan iman, dikurniakan kekuatan bagi menempuh kehidupannya kerana perjalanan dan cabarannya masih panjang...
amin..
terharu.. saya ingin jadi ibu yang sempurna :)
ReplyDeleteWaahhhh..sayu je saya baca..alhamdulillah..semoga along sentiasa menjadi anak yang baik..alhamdulillah (;
ReplyDeleteDalam usia semuda itu bagus dia dapat mengenal erti kehidupan dan Alhamdulullah dia juga boleh membezakan halal dan haram.
ReplyDeleteMak Wardah, meleleh air mata saya baca entry you about Along, ita jadi ibu boleh bayangkan macmmana perasaan seorang ibu.moga Along terus jadi manusia baik yang membanggakan keluarganya dan di rahmati Allah sentiasa.,Amin...
ReplyDeleteSayu baca entri ni. Alhamdulillah, Muhammad Iqbal penyejuk hati ibu..
ReplyDeletealhamdulillah..... beruntung sungguh mak wardah memiliki along
ReplyDeletealhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung. terharu. tumpang gembira dan bahagia juga...along kuat pegangan agamanya..berprinsip. :-)
ReplyDeletesy dulu setiap cuti sem sy keje hehee...mak x suruh pun..tp dr situ kite paham alam pekerjaan sebenar =)
ReplyDeletealhamdulillah......harapnya anak2 munna pun jadi sebagus Along....
ReplyDeleteAmeen..
ReplyDeleteharap Asyraf pun macam Along..
salam
ReplyDeleteLawatan pg tirana aduka
Pekabar?
sebak yang teramat kak..... semoga saya mampu mendidik iman menjadi seperti along....
ReplyDeleteAlhamdulillah, untuk kebaikkan diri juga..
ReplyDeleteterharunya... pandai along berdikari..
ReplyDeletesaya harap satu2nya anak bujang saya juga jd anak yang bertanggunjawab pada agamanya
ReplyDelete