Monday, July 29, 2013

Ramadhan dan pembaziran...

Salam.
Berkongsi cerita Ramadhan kami sekeluarga dan jemaah 3 generasi kali ini bersama2 outstation bersama kami ke Raub, Pahang. Bertolak pada 25hb Julai, bermakna Nuzuk Quran kami habiskan di Raub sampai hari 27 hb Julai 2013. Kami menginap di Hotel Jelai, Raub. Hari pertama kami berbuka di restoran nasi Kandar, Raub, subhanallah, layanan mereka sangat baik dan masakan pun boleh tahan. Kami makan taklah banyak sangat tapi tetap ada pembaziran kerana kami tak habiskan bubur lambuk yang diberi secara percuma. Ketika kami balik ke hotel yang berada ditengah2 tempat pembangunan yang sedang berjalan , saya nampak buruh binaan Indonesia sedang berbuka puasa dengan sebungkus nasi putih dan sedikit lauk. Ya Allah, kenapalah saya bodoh tak bungkuskan baki makanan tadi sekurang2 saya tak membazir.
Mak Ndak n Wardah
Esoknya kami berbuka pula di Alya Tomyam pulak, Saya ikutkan selera mak ndak pula, kadang2 saya sengaja bagi mak ndak makan dan pilih sendiri apa yang dia rasa nak makan. Memang banyak mak ndak order, Ikan Siakap Stim, Sayur Kailan goreng ikan masin, kerabu sotong, sup ekor, daging masak paprik dan sambal belacan. Aduh, penuhnya perut saya, memang dah terlebih makan sebenarnya dan memang ada yang tak berusik. Sup ekor dan kerabu sotong tak berusik jadi saya minta dibungkuskan dan mak ndak order 5 air teh limau ais dan 2 nasi putih. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Memandu balik ke hotel, saya singgah di kawasan pekerja Indonesia itu beebuka puasa. 
Manis senyum mereka bila saya hulurkan bungkusan dan kata2nya indah mereka "TERIMA KASIH KAK, BERKONGSI REZEKI ALLAH".
Makanan yang sudah di meja
Benar, selama ini sukarnya saya nak berkongsi rezeki saya, semuanya bila saya mula mengenali sahabat maya saya Najmi dari blog "Hidup Ini Mesti Diteruskan" saat saya mula memahami kepentingan berkongsi dan kebaikannya. Perkongsian Najmi bukan hanya setakat rezeki tetapi Ilmu, Pengalaman, dan sebagainya. Najmi yang tidak pernah saya temui mampu membuka minda insan senasib yang lain untuk terus tabah menjalani hidup dengan berdampingkan Allah semata2.
Tugas saya ke Raub kali ini membawa misi menjenamakan produk makanan tradisional setempat ke persada yang lebih tinggi, yang belum ada Halal, saya cari jalan untuk mereka mendapatkan  Halal sebab saya sayangkan mereka dan produk mereka tapi mereka perlu berubah menjadi usahawan yang memahami erti Halal dan halalan tyoiyibba, berniaga dengan syariat Islam dan memberi yang terbaik untuk hasil jualan. Islam itu indah dan sangat berkesan dalam kehidupan, percayalah cakap saya.

Update dari saya untuk perkongsian bersama, Ini adalah senarai makanan atau masakan tradisional daerah Raub yang akan saya bawa ke persada makanan antarabangsa tidak lama lagi. Senarai yang saya telah setuju ialah:
1. Masak Tempoyak Keladi Kemahang
2. Sambal Hitam Belimbing Buluh
3. Peraga Goreng
4. Teh Pegaga
5. Kerepek Pisang Sira
6. Kuih bawang
7. Kueh Peneram.

Tuan2 dan puan2, doakan saya berjaya dalam membuatkan peningkatan pada usahawan, produk dan pemasarannya. Saya tahu bukan mudah tapi saya yakin kalau saya berusaha pasti Allah akan bantu saya. Seandainya tuan dan puan ada produk bagus, bua koperasi keluarga dan hubungi saya di email. Saya akan turut bantu anda semua kerana koperasi itu adalah satu perkongsian yang baik untuk masyarakat kita.

Terima kasih.

Berkongsi duka bersama....




Sunday, July 21, 2013

Buku bertemu Ruas....

Salam.

Berkongsi kisah anak2. Wardah sejak akhir2 ni selalu merungut tuition cikgu tak datang, PMR tak lama lagi jadi lebih baik panggil cikgu datang rumah. Jimat masa dan tenaga jugak dan pertama kali cikgu datang rumah, selamba Wardah Tanya mak ndak.
Wardah: Mak Ndak, kenapa cikgu ni macam budak2? Macam besar Along jerr...
Mak Ndak: Janji boleh mengajar Adek, macam awak tu tua sangat...
Wardah:jom belajar sama Adek, Ndak....
Mak Ndak: tak de pasal pulak....
Wardah: hehehehe

Hari ini baru saya terjumpa dengan cikgu tu sebab dia buat kelas ganti, ha tu dia, kena buku dengan ruas. Terdiam Wardah, kecik2 cili padi, baru tahu tinggi rendahnya langit. Wardah2 tulah lain kali jangan pandang sebelah mata kat saiz orang, tegas dan bijak cikgu ni memang sesuai jadi home tutor dan sangat sesuai dengan anak saya Nur Wardah.

Selamat Berbuka Puasa....Selamat Berterawih dan Selamat berhujung minggu.
Kena marahkan...Alhamdulillan dah berbulan saya ambik cikgu ni, bagus orangnya. Jujur dan tepati masa.

Monday, July 15, 2013

Nenek Zalim....


Salam Isnin. 
Bercerita tentang Wardah peel (perangai) dia masa kecik2 dulu...tiba-tiba petang semalam sambil baring dia tanya saya. Macammananya mak kalau jadi nenek...
Ni peel pertama Wardah, tak boleh tinggal nak naik pentas Konvopun nak ikut dah hari2 pergi class dia ikut, tapi sayang sangat hulk hogan mak...
Yang Along pulak baru tadika, hari2 merajuk kalau mak tak ambik dari tadika, rasa nak jer masuk dalam hand bag bawak pergi mana2.
Saya masa ni sorang2 je tapi lebih bahagia bila ada dua orang yang noty2 tu.
Kawan baik saya yang selalu tolong jaga Wardah masa saya baru bersalin dan ada class.
Saya konvo dengan anak dah dua, Along 5 tahun, Wardah 2 tahun. Sejak Wardah dalam perut kehulu ke hilir saya bawak dia dalam perut bersama. 
Along masa kami kat Sabah, tipu saya kat pasar ada orang jual cacing gergasi tapi memang benar2 gergasi sebab dia cacing umpan...
Wardah kata dia kurus dan saya gemuk sebab masa tu saya suka cium hidung dia, saya ambik lemak dia sekali.
Perbualan kami:-
Wardah: Macammanalah mak kalau jadi nenek?
Saya: Kalau weekend adek suruh mak jaga anak adek, ok mak namakan dia orang Wardeh, Wardih, Wardoh & Warduh (kalau perempuan -sebab nama mak dia Wardah). Kalau Lelaki plak nama anak adek, Wardan, Warden, Wardin, Wardon, Wardun) 
Wardah: Kalau anak Along, nama apa pulak
Saya: Ayah dia nama Iqbal jadi anak dia nama kalau perempuan Iqbalina, Iqbaline, Iqbalini, Iqbalinu, Iqbalino. Kalau Lelaki plak nama anak Along Iqbel, Iqbil, Iqbol, dan Iqbul.
Wardah: hahahahah kelakar betul nama anak kita orang.
Saya: Kalau dia orang suka ikut mak kemana2, mak bawak dia orang ikut mak pergi pasar seksyen 6, mak bagi makan kenyang2 pastu mak tinggalkan dia orang main2 kat situ. Call Along or Adek, pergi amek cucu2 mak tu.
Wardah: Ya Allah zalimnya nenek. Nenek Tiri betul.

Hah baru tahu penangan nenek tiri ni....Selamat Berpuasa

Thursday, July 11, 2013

3 Generasi

Salam tuan2 dan puan2.
Selamat Berpuasa dan Menjalani Ramadhan yang mulia. Kami hanya perempuan sahaja yang ada dirumah sebab lelakinya keluar dengn tugasan masing2. Aktiviti kami simple, berbuka dan memasak persiapan yang ala kadar dan terawih. Yang penting pergi pasar Ramadhan, pergi kedai, semuanya dalam bentuk jemaah 3 generasi. Mak Ndak, saya dan Wardah tetapi saya perasan dalam usia hampir 60 tahun pada 3 October ini, tenaga dan kekuatan Mak Ndak nampak sangat surutnya. Mak Ndak sudah jadi warga emas.
Nampak sangat perbezaannya, sembahyangpun dia kena duduk atas kerusi, nak pakai bajupun adakala Wardah perlu bantu. Sapalah kita untuk menolak proses penuaan tetapi saya sangat hargai pengorbanan mak ndak yang menjaga saya dulu2, kemudian anak2 saya dengan penuh kasih sayang dan teliti. Hanya pada Allah saya berdoa,semoga  mak ndak sentiasa sihat dan terus bahagia bersama kami, anak2 saya sentiasa akan membalas budi Mak Ndak dan sanggup menjaga Mak Ndak sampai bila2. Jangan pulak nanti Mak Ndak jaga cucu2 saya bermakna saya akan sengkeh Along dan Wardah dan menantu2 saya. Pada usia sekarang saya tengok banyak masa Mak Ndak buat revision tentang agama dan amal ibadat, Alhamdulillah tapi tetap sanggup bersusah payah memasak untuk anak2 saya.
Ya Allah, semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kejayaan buat kita semua dan umat Islam diseluruh dunia. Take care dan maafkan salah atau silap saya.

Wednesday, July 3, 2013

Salah Ke Jadi Anak Dara Tua??????

Bestnya dapat cuti ganti sebab saya bertugas di hujung minggu dan kenikmatannya akan berakhir hari ini kerana esok saya akan bekerja seperti biasa dengan lambakan tugas sedang menanti. Isnin baru2 ini Wardah balik dari sekolah marah2 dengan hangen yang teramat. Saya yang ambil dia dari sekolah (dia stayback hari tu) pening kepala dengan rungutan Wardah yang tak tahu hujung pangkal.
"Mak berdosa ke kalau Mak ndak tak kawen?" tanya Wardah dengan muka mencuka dan muncung panjang
"Taklah, itukan ketentuan Allah", jawab saya.
"Mak tadi XXXX kata Tok Ayah dia ada tanya tentang Mak Ndak kat Mami dia. Mami dengan Tok Ayah dia kesiankan Mak Ndak sebab tak kawen2. Mak dia kata kalau Tok Ayah berkenan nanti dia tanya Mak". marah Wardah lagi.
"Rasa nak aje adek lempang muka XXXX dengan mak dia. Patutlah masa adek tunggu mak tadi Auntie XXXX tu tanya kat adek mak ndak buat apa kat rumah. Manalah adek tahu. Benci," Hangen Wardah memang dah makin tinggi.
Saya diam tak sanggup nak layan sebab hari tu saya penat sebab puasa dan Wardahpun puasa.
Malam dalam pukul 9 saya terkejut tengok Along balik dengan teksi. Kelas hari Selasa cancelled jadi Along baliklah, katanya. Malamnya baru saya tahu Along balik sebab Wardah bercerita dengan Along kes Tok Ayah XXXX nak meminang Mak Ndak. Mak Ndak yang tak tahu apa2 happy ajer anak sedara kesayangan dia balik. Ajak Along keluar makan satay kat Mama Kandar. Kebetulan Mak Ndak kata terserempak dengan emak XXXX.
Sejak dulu lagi dua beradik ni tak berkenan dengan keluarga XXXX tu dan saya pulak tak berapa ambil pot sangat tentang keluarga mereka dan hanya dengar cerita jiran2 dan kawan2 surau.
Malam tu dalam pukul 11 malam, dua beradek tu bersemuka dengan Mak Ndak dan ini nasihat Along pada Mak Ndak....
MAK NDAK JANGAN RISAU, TAK KAWENPUN BUKAN BERDOSA SEBAB MEMANG TAKDIR MAK NDAK TAK DE JODOH. ALONG ADEK KAN ADA, KAMIKAN ANAK MAK NDAK, KAMI SAYANG KAT MAK NDAK. MAK NDAK JANGAN TAKUT, KAMI TAK RASAPUN MAK NDAK BEBAN, MAK NDAK JANGAN PEDULIKAN CAKAP2 AUNTIE XXXX TU. ALONG NANTI BILA DAH KERJA, MAK NDAK BOLEH IKUT ALONG SEBAB KALAU MAK NDAK KAWENPUN DENGAN ORANG YANG TAK TENTU HALA TAK GUNA SUSAHKAN HIDUP MAK NDAK JE.
Menitik airmata Mak Ndak, kesian sangat pada Mak Ndak. Faham sangat perasaan Mak Ndak dan Along ingatkan Mak Ndak jangan bercampur sangat dengan keluarga XXXX. Kalau nak ke surau tunggu Along pergi sekali supaya tak jadi fitnah. Apa2pun tunggu Along pergi sekali walaupun ke kedai dekat rumah.
Tapi Wardah pulak ingatkan Mak Ndak tentang layanan keluarga XXXX pada bibik mereka yang selalu bercerita tentang buruknya layanan mereka.
MAK NDAK INGAT TAK BIBIK TU CERITA KAT KITA, KERJA TERUK TAPI NAK BAGI MAKANPUN KEDEKUT. BUAT KERJA 24 JAM, XXXX DENGAN ADEK BERADEK DIA (SEMUA PEREMPUAN) PANTY KOTORPUN BIBIK DIA BASUH NANTI DIA SURUH MAK NDAK PULAK JADI BALACI DIA. MANJA TAK BERTEMPAT. DAHLAH MULUT AUNTIE XXXX TU ENTAH MACAM APA. ADEK TAK SUKA SANGAT....
Natijah dari peristiwa dan ketakutan wujudnya PAK NDAK, Along selalu telefon Mak Ndak dari asrama dan Wardah bantu Mak Ndak buat kerja2 Along tapi hanya sidai dan angkat kain. Malamnya saya intai Wardah kat bilik Wardah, doa saya mereka akan kotakan janji mereka. Ameen.
Tidurnya lena setelah Mak Ndak faham dan akur dengan nasihat mereka, muga Mak Ndak sentiasa sihat dan bahagia dengan ketentuan Allah.
Semoga Mak Ndak sentiasa sihat dan berpeluang menunaikan fardu Haji ditemani Along dan Wardah. Bersabarlah jadi wanita kerana wanita senang masuk syurga sebenarnya tapi adat dunia kalau tak kawen dikatakan anak dara tua, kawen mudapun salah sebab gatal katanya, kawen lewat pulak tak laku, aduhai bersabarlah....