Salam tuan2 dan puan2.
Selamat Berpuasa dan Menjalani Ramadhan yang mulia. Kami hanya perempuan sahaja yang ada dirumah sebab lelakinya keluar dengn tugasan masing2. Aktiviti kami simple, berbuka dan memasak persiapan yang ala kadar dan terawih. Yang penting pergi pasar Ramadhan, pergi kedai, semuanya dalam bentuk jemaah 3 generasi. Mak Ndak, saya dan Wardah tetapi saya perasan dalam usia hampir 60 tahun pada 3 October ini, tenaga dan kekuatan Mak Ndak nampak sangat surutnya. Mak Ndak sudah jadi warga emas.
Nampak sangat perbezaannya, sembahyangpun dia kena duduk atas kerusi, nak pakai bajupun adakala Wardah perlu bantu. Sapalah kita untuk menolak proses penuaan tetapi saya sangat hargai pengorbanan mak ndak yang menjaga saya dulu2, kemudian anak2 saya dengan penuh kasih sayang dan teliti. Hanya pada Allah saya berdoa,semoga mak ndak sentiasa sihat dan terus bahagia bersama kami, anak2 saya sentiasa akan membalas budi Mak Ndak dan sanggup menjaga Mak Ndak sampai bila2. Jangan pulak nanti Mak Ndak jaga cucu2 saya bermakna saya akan sengkeh Along dan Wardah dan menantu2 saya. Pada usia sekarang saya tengok banyak masa Mak Ndak buat revision tentang agama dan amal ibadat, Alhamdulillah tapi tetap sanggup bersusah payah memasak untuk anak2 saya.
Ya Allah, semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kejayaan buat kita semua dan umat Islam diseluruh dunia. Take care dan maafkan salah atau silap saya.
Nai pon dah rasa syg kat Mak Ndah ni..
ReplyDeletesemoga mak ndah dikurniakan kesihatan yang baik...
ReplyDeletesalam ramadhan dari bunda...
Mudah2an 3 generasi ini (suami dan anak beranak) diberi kekuatan iman dan kesihatan yang baik, sihat tubuh badan selama-lamanya...:)
ReplyDeletekalau ke terawih,malu bila duk sebelah makcik2 yg mampu solat sampai 20 rakaat,sy 8 dah stop.huhu
ReplyDeletesalam utk mak ndak
semoga mak ndak diberi kesihatan yang baik..dan umur yang panjang..ameenn..
ReplyDeleteselamat berpuasa..:)
Semoga Mak Ndak, diberikan keuatan untuk menjalani ibadah puasa ..
ReplyDeleteSungguh tinggi jasa mak ndak. Semoga dia sentiasa berada dalam rahmatNya, amin :)
ReplyDelete