Salam.
Berkongsi rasa suka duka bersama anda semua sesuatu yg sangat amazing. Tiada perkataan dapat saya huraikan syukurnya atas doa dan nasihat anda semua. Moga Allah membalasnya dan kita semua sentiasa dalam barakahN tapi tulus dari hati saya perkongsian dengan anda semua amat mendamaikan saya. Semuanya adalah kerana anda semua. TERIMAKASIH.
Berbezanya sikap anak kesayangan saya ketika di sekolah dan Universiti. Anak2 anda juga seperti Along? atau mungkin berbeza...apapun semuga semua anak kita berada dalam peliharaan Allah Yang Maha Esa.
Zaman sekolah menengah Muhammad Iqbal....
Along dua dari kanan di baris hadapan....Nakal sangat masa ni, kuat buli orang. Malas betul study, main aje.
Kedudukan yang sama dua dari kanan masa akhir tahun Tingkatan 5, perangai pun sama lagi tak berbeza cuma lebih tinggi.
Dah masa U, dah jadi orang dewasa, minat karakter jepun ni pulak, sampai sanggup bergambar berpayung. Badan dah lagi tinggi dan ada janggut lagi. Itulah anak2 berbagai kerenah dan perangai tapi kita semua patut bersyukur dianugerahkan cahaya mata dan sekarang saya hanya mampu berdoa pada Allah agar along dipermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat, sesungguhnya bagi saya Along adalah segalanya kerana saya hanya ada sepasang cahaya mata. Semuga kita semua akan sentiasa bahagia dan saya akan bercerita tentang perjalanan saya ke Kunming China nanti dan berkongsi ceritanya.
Ohhhh..along minat Anime Jepun tu...hihihi...
ReplyDeleteBenar tu...moga anak anak kita menjadi anak yg soleh/solehah...
wahh..minat anime jepun.. boleh la belajar bahasa jepun.. mana tau dapat jejak kaki ke sana satu hari nanti.. hehe..along jaga mak dan wardah ye..
ReplyDeleteIbu manalah yang tak inginkan anak2nya berjaya.
ReplyDeleteSalam kunjung balas Mak Wardah.. owh anak teruna mak dah masuk U , ..cepat masa berlalu..pantas jer. anak sy sulung baru form 4. salam ukhuwah blogging.
ReplyDeleteAssalammualaikum..syukur Allah kurniakan anak-anak yang bijak..moga sentiasa berbahagia dunia dan akhirat..insyaAllah amin..
ReplyDeleteMudah2an anak2 kita jd anak terbaik dunia & akhirat yer !
ReplyDeleteAlhamduliullah....ohhh ke Kunming ya beberapa kali saya tiba dii sana dan pernah tinggal lebih seminggu tanpa buat apa2 kerana menanti visa ke Laos..Semoga anak-anak yang ditinggalkan sementara tahu menjaga diri dan semoga MW selamat pergi balik.....
ReplyDelete