Hari minggu ni saya ingin berkongsi ahli keluarga baru kami yang baru sahaj kehilangan ibunya, masih terlalu awal untuk menjadi yatim piatu. Saya kongsikan wajah comelnya. MasyaAllah bila dah tua, senangnya lupa. rasa dah update tapi belum rupanya.
Tuan & puan,
Alhamdulillah saya ada ahli keluarga baru, yang menggembirakan hati kami sekeluarga terutama Wardah. Manja, Comel dan Ceria, our new baby in the house.
Baby Oli
Anak yatim piatu yang Wardah jumpa di belakang pintu dapur
Duduk dengan Along tengok TV
Comelkan
Seksinya...wangi perut Oli
Oli rajin belajar
Dua abang ni pun happy
Kami diduga dgn Oli kena sakit mata...kesian anak comel ini
Kesian comel kami...
Malam2 didukung Along pergi klinik
Oli ikut tatak wardah kemana2, tak aktif lagi
Terlena Along Oli tunggu nak jemput Oli dari klinik
Mata Oli sepet, dia duduk dalam bilik tatak wadah jer...
Oli lemah dan muram
Tapi kami pelajari satu perkara baru, Kata doctor Oli masih terlalu kecil dan tak dapat susu ibunya yang maut dalam mulut anjing jiran kami, tanpa susu ibu banyak baby kitten yang alami sakit seperti Oli, Along cadangkan kami cari ibu kucing untuk bagi Oli menyusu sekejap, dari Kota Kemuning ke Seksyen 7 Shah Alam kami beroperasi natijahnya TIADA SUSU SEBAIK SUSU IBU KANDUNG SENDIRI, TIADA KASIH SEBAIK KASIH OBU KANDUNG SENDIRI, hasil operasi mencari susu ibu kandung kami berakhir dengan rupa Along ini.
Puas Along pegang ibu kucing, puas Tatak Wadah tonyoh Oli pada si ibu kucing, dalam 6 percubaan tiada yang berjaya. Kita manusia mesti bersyukur masih punya Ibu dan Ayah, kasihi mereka selagi ada hayat mereka, bagi Along & Wardah, sebagai muslim kerana itulah perintah Allah syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kerana ayah dan ibu kita boleh melihat bulan dan matahari. Tuan & Puan, minya jasa baik berikan satu petua untuk mengatasi masalah Oli kami. Petua dan cadangan tuan dan puan amatlah saya hargai. Terima kasih.
Mana dia mak Wardah? tak keluar pun gambarnya...
ReplyDeleteMasyaAllah pelupa saya...nanti saya emailkan
Deletekesiannya...saya mmg takut skit dengan kucing nie,tapi alhamdulillah..dia berjumpa dengan keluarga yang penyayang...
ReplyDeleteAlahaiii..comelnya lah oli tu..geram tengok..tapi saya takut kucing..camana..huhuhu
ReplyDeleteMasya-Allah sekeluarga berjihad yg tak sedar sebenarnya.
ReplyDeleteMembantu yg dlm kesusahan. Bayangkan tanpa wardah dah keluarga apa jadi comel-comel ini semua. Syukur ada saham besar di situ..
saya tak de pengalaman begini mak wardah. kalau ajar anak rabbit tu adalah sebab emak rabbit memang tak pandai jaga anak. dok pegang kaki emak rabbit dan kami suakan kat mulut baby. kalau manusia boleh kita perah susunya tapi kalau kucing boleh ke?
ReplyDeleteMak wardah, di petshop ada jual susu khas utk anak kucing...pets own milk x silap namanya.... mata dia mak wardah cuci dengan air suam letak garam... tu jadi antibiotik semulajadi... mak wardah beli jugak vetri dmg... tu sebagai immune support tuk anak kucing yg x menyusu....
ReplyDeleteHarap boleh membantu sedikit sebanyak
Alahai anak miaw rupanya. Cute! Rumah Ita di kampung, cuma kucing colour oren je yang hidup. Kalau colour lain tak taulah kenapa tak serasi. Mesti cepat mati!
ReplyDeleteTapi Ita ada masalah sikit, macam kurang nak ngam dengan kucing. Hee.
comelnya oli..
ReplyDeleteakak duk area kemuning ke? kami pun duk area situ.. kakak ipar saya ada ibu kucing dgn dua anak.. lebih kurang sebaya oli rasanya baby kucing tu.. agak2 ibu kucing terima tak anak angkat utk disusukan..
mana tau kan ibu kucing tu pun terpesona dgn kecomelan oli.. saya pun tak pernah ada kucing.. jadi tatau penjagaannya macam mana..kalau manusia boleh kita perah susu ibunya bagi si kecil minum guna botol..tapi mcm mana nak perah susu ibu kucing.. sori kak.. tak membantu..
Assalam..salam ziarah..
ReplyDeletecomelnyer Oli..hrp dia sihat sepenuhnya..baby kecik2 ni mmg sian klu x dpt menyusu mak dia....