Monday, August 18, 2014

Hati Ada Segaris Luka

Salam.

Berkongsi sedikit rasa luka di hati saya kerana saya ibu yang melankolik sedikit. Kesnya semalam saya nak ajak Along pegi open house kenalan saya. Ini perbualan kami:
Mak: Along, mak nak pegi rumah Auntie Liza, raya. Jom kita semua pegi ye.
Along: Mak, Along hari ni ada reunion sekolah kat White Coffee. Along dah janji. Rumah Auntie Liza pukul berapa?
Mak: Pukul 2, mak tunggu along balik kita pergilah.
Along: Tengoklah kalau sempat, sebab acad ajak Along pegi rumah dia. Mak dia ajak jugak. Along pergi dulu mak.
Baru pukul 1:00 petang, dia cepat-cepat siap dan solat lepas tu dia dah kat dalam kereta, tinggalkan saya selepas bersalam.

Wardah turun dengan Oli dan sempat lagi Wardah perli saya.
Wardah: Makkan ada anak lelaki lagi, Oli nikan lelaki".
Mak: anak manusia tak sama dengan anak binatang"
Wardah: " Mak, kadang2 anak binatang lebih baik dari anak manusia... kan adek kakak...Oli yang soleh"
Saya diam kerana ada benarnya kata-kata Wardah dan saya kadang2 akui pekara ini memang wujud dan berleluasa. Saya dalam facebook ada ramai kawan suka kucing dan ada satu kisah kucing milik seorang hamba Allah ini yang telah meninggal dunia tetapi kubur arwah sentiasa ditemani kucingnya.Kalau kucingpun sayangkan tuannya tetapi saya pernah baca ada juga anak-anak yang lupakan orang tuanya.
Oli tengok saya dengan mata sayu, saya tengok TV cerita Tamil semalam, kisah seorang ibu yang tabah dalam membesarkan seorang anak lelaki, kisah anak lelaki itu anak lelaki yang sangat bertanggung jawab kepada keluarga, akhirnya rohnya ibunya tersenyum puas hati dengan sikap dan kebaikan anak ini. Tetapi di akhir cerita satu ingatan yang sangat terkesan apabila teman wanita anak lelaki itu berkata Jangan Cerita Pasal Anak Selagi Kita Belum Sah Berkahwin... Harap semua anak-anak muda begitu sikap dan pemikirannya.
Perjalanan hidup mereka jauh lagi, saya doakan semua kesayangan saya dijauhkan ALLAH dari segala perbuatan yang mungkar, moga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA.

3 comments:

  1. bila anak anak makin besar mereka ada banyak urusan masing masing.. hala tuju masing masing.. akak beruntung sebab sungguh pun along da besar, dia still tak segan2 nak teman akak ke mana mana bila dia sendiri tak ada urusan.. tak tau lah macam mana nasib saya nanti.. harap2 anak anak nak ikut saya beraya ke beli barang dapur bila diorang dah besar nanti..

    ReplyDelete
  2. Setuju ngan Rai...akak memang bertuah..


    ReplyDelete
  3. saya belum merasainya lagi mak wardah dan saya percaya itulah yang bakal dilalui oleh ibu-ibu generasi y seperti saya ni...

    ReplyDelete