Salam.
Akhir2 ini mak ndak semakin ketara mempunyai hari liburnya sendiri dgn caranya sendiri. Kami hanya hantar ke mana dia nak berlibur. Kami faham sunyinya mak ndak dari hari Isnin sampai Jumaat. Sejak Along keluar rumah belajar di U ketara betul perubahan dari segi fizikal.
Hari ini dia minta saya hantar dia ke Econsave. Seperti biasa kalau tak Along pasti Wardah jadi escort. Masing2 sedar peranan mak ndak dlm hidup mereka. Nasihat saya pada anak2saya, sayangi mak ndak & jaga kebajikan mak ndak sampai bila2. Hari Sabtu & Ahad memang saya khaskan untuk hari Libur Mak Ndak samada ke Pasar Seksyen 6 atau Pasar Seksyen 16.
Mak Ndak menunggu waktu solat Asar, Wardah baca buku untuk exam, Oli baring sebelah Mak Ndak dan yang lain diatas berehat. Lepas Asar Wardah naik dan beritahu saya "Mak, Mak Ndak ngan Adek nak pergi econsave.
Di Econsave Mak Ndak mencari buah-buahan untuk dia, Wardah & Along. Antara sayur yang wajib dia beli Brocolli, Salad, Daun bawang, terung mini, cendawan dan petai (kalau ada) kerana itu semua makanan kegemaran anak Manja dia. Wardah pergi timbang dia tunggu troli sebab Mak Ndak lambat berjalan.
Selain dari itu dia akan cari Dim Sum, Rori Prata Kawanku & Jejari ayam khas untuk Along walaupun Along tak de di rumah, kalau ditegur dia akan jawab Khamis nanti Along balik boleh makan tapi bila Along balik mereka akan ke Wong Solo, seksyen 7, Pak Su Seksyen 16, Kedai Soto Seksyen 8 & balik happening mereka cari satay Samuri sampai ke Kajang.
Sedia membayar untuk pulang dan Bodyguard yang kirakan duit Mak Ndak. Kadang2 saya rasa Mak Ndak abdikan diri hanya untuk dua beradek ini semata-mata. Dari lahir sampai besar, Mak Ndak jaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. Selain dari bosan dengan pergerakan yang terhad, Mak Ndak juga sentiasa perlukan mereka berdua untuk melakukan aktiviti hariannya. Kesian Mak Ndak tapi itulah kuasa Allah kalau dulu Mak Ndak dukung Hulk Hogan saya kehulu dan ke hilir tapi kini Hulk Hogan saya yang bawak & pimpin Mak Ndak kemana-mana.
Mak Ndak perlukan anak2 saya sepenuhnya dalam kegiatan harian. Ke Pasar Along yang bawak barang, pergi makan Wardah yang uruskan air dan makanan Mak Ndak, semuanya mereka berdua sebab kalau tak ada mereka sapa lagi yang Mak Ndak ada. Kalau di kampung sepupu2 Wardah turut bantu Mak Ndak sama seperti Along & Wardah so duty mereka terhenti sekejap. Dari Malam hingga Senja, Wardah sentiasa bersama Mak Ndak & saya dapat rasakan perasaan Mak Ndak bila tahun depan Wardah habis sekolah, betapa sunyinya Mak Ndak. Kata Mak Ndak "Adek, tak payah belajar jauh2 sebab Mak Ndak risau kat Adek" bukan risau tapi terlampau sayang sebenarnya.
Berjalan ke kereta terdengkut2, tapi elok untuk lutut Mak Ndak dan saya cadangkan Mak Ndak Ambil terapi di klinik api Wardah pulak yang selaju2nya mengaku dia pun nak pergi terapi. Hari-hari Mak Ndak tinggal dengan Oli dan Oli dan ambil alih kerusi plastik sembahyang Mak Ndak & nampaknya saya terpaksa beli kerusi baru untuk Mak Ndak sebab nak pukul kucing menangkan Mak Ndak pun tak boleh, kesian pulak pada Oli.Moga Mak Ndak sentiasa berada dalam baragoh Allah begitu juga dengan keluarga kami. Wardah dgn Mak Ndak tak sabar tunggu JDT lawan Tok Gajah & Wardah dah beli toy gajah untuk Oli peluk tidur. Gud Luck Charm katanya. Itulah kisah Mak Ndak & anak-anak saya.