Tuesday, October 7, 2014

Kalau saya masih tidak bersyukur....

Salam Selasa dan masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidil Adha untuk semua. Hari ini 7 hb Oktober 1995 tepat pukul 1:01 saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberikan Nama Muhammad Iqbal. Anak lelaki yang sihat, comel dan cergas. Anak lelaki yang membesar dengan sihat dan Allah permudahkan segala rezekinya, Alhamdulillah.
Ya Allah, kenapa saya mesti sujud lebih lama padamu,
Pertamanya Ya Allah,
Kau kurniakan anak seorang zuriat,
Kau kurniakan anak yang sempurna sifatnya,
Kau anugerahkan anak yang baik rupa parasnya.

Along anak lelaki kesayangan mak, 
jadilah sebuah rumah yang kukuh, 
Buat ahli keluarga berlindung dari panas dan hujan,
Dari ribut dan angin kencang,
Sebab Along adalah anak lelaki kesayangan mak adalah anak yang kuat.
Bina rumah tersebut di atas jalan yang lurus,
Bina rumah Along dengan berimamkan Along,
Berjemaah adek2 dan mereka yang Along mesti lindungi,
Bina tiang rumah Along dengan solat 5 waktu,
Beratapkan zikir pada Allah,
Beralangkan rukun Islam & rukun Iman.
Along jadilah benih yang baik,
Walau tercampak kemanapun ianya akan tumbuh jadi pokok yang baik,
Begitu juga zuriat kita yang seterusnya,
Moga benih2 ini akan tumbuh menjadi pokok rendang yang cantik,
Menyejukkan insan lain untuk berteduh,
Kerana mak yakin hati seorang insan yang mak lahirkan adalah hati yang subur dengan belas ehsan.


 Mak sangat-sangat rindukan masa comel Along, Mak boleh buli, cium dan gomol sesuka hati. Along hari ni mak nak cubit perut fikir sepuluh kali, bila berdiri mak hanya sampai ketiak Along dan Along selalu ketawa geli hati tapi Along tetap anak yang berbudi.
 Along tetap anak saudara kesayangan semua, Along tak malu tunggang motor kapcai Ayah De kesana kemari, teman Mak Ndak kepasar atau kemana2. Sayangnya mereka pada Along tak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana itu Along mesti jaga diri.
Along, bodohlah emak sebagai seorang ibu tidak pandai menilai kasih seorang anak lelaki seperti Along.
Along, jahillah emak sebagai seorang ibu tidak tahu menghargai anugerah dan rezeki Allah yang tiada ternilai ini.
Along, sesungguhnya 19 tahun bersama Along, setiap saat mak syukuri,
Mak sujud syukur atas pemberian Ilahi, seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Iqbal yang walaupun garang suaranya tapi sungguh mulia hatinya.
Ya Allah, aku sebagai ibu yang mengandung, melahirkan serta membesarkan anak ini mengampunkan segala dosanya dari saat dalam kandungan sampai bila2 serta temukanlah kami nanti di JannahMU, Ya Allah kerana anak lelaki ini adalah anak lelaki yang sentiasa berbakti kepada aku ibunya, dia anak yang taat pada orang tuanya, Aku mohon padaMU Ya Allah, peliharalah iman anak lelakiku ini, permudahkan segala urusannya diduniaMU ini dan juga diakhiratMU nanti. Ya Allah sesungguhnya padaMU aku serahkan segala urusan anak lelaki kesayanganku ini, semoga dia menjadi lelaki soleh dan menerangi hidupku didunia dan akhiratMU dengan amal jariahNYA. 
Selamat Hari Lahir yang ke 19 Muhammad Iqbal!!

7 comments:

  1. Selamat hari ulangtahun kelahran, Muhammad Iqbal.

    Semoga segala doa tulus ibumu dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Pengasih...Aamin...

    ReplyDelete
  2. diam tak diam...sudah 19 tahun dia rupanya..
    selamat ulang tahun ke 19, muhammad iqbal..
    saya mengaminkan doa mak wardah yang penuh harapan ini, moga diperkenankan Allah. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Assalam mak wardah...
    Alhamdulilah dah 19 tahun anak bujang nya...moga harapan dan doa mak wardah terlaksana....aminnn

    ReplyDelete
  4. Amin..amin..amin..doa itu itu sangat mustajab..bila ibu itu menadah tangan terbuka luas langit..tiada terhijab walau sedikit..moga Allah berkati hidup adik iqbal..

    ReplyDelete
  5. happy birrhday along..jaga mak elok elok ya..

    ReplyDelete
  6. Aminnnn! semoga pinta dan doa mak di berkati Allah S.W.T. SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN Muhammad Iqbal.

    ReplyDelete
  7. Happy bday, boy! Allah Be With U..

    ReplyDelete